Dikarang Oleh: Che Zerry Zulkifli
Kedengaran lagu nyanyian Syamel AF2015 bergema di segenap ruang bilik. Seorang gadis sedang leka menghayati bait-bait lagu yang dimainkan di dalam telefon bimbitnya. Bibir gadis itu turut mengikut rentak nyanyian lagu itu dengan penuh perasaan. Lenggok suaranya yang merdu bagaikan seorang artis professional.
Tak kumenduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati
Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri...
HIDUP DALAM MATI
Arghhhhhhhhh!!!
"Sampai hati ustaz! Sampai hati ustaz tinggalkan aku! Kenapa? Kenapa dia begitu kejam sekali!!!" jerit Heliza secara tiba-tiba.
Telefon bimbitnya dimatikan. Diarinya dicampak kasar ke dinding. Habis bertaburan gambar-gambar yang diselitkan di dalamnya. Heliza yang perasan gambar-gambar tersebut berserakan di atas lantai lantas mengutip gambar tersebut satu persatu.
"Ustaz,aku sayang kau,"rintih Heliza sambil tangannya mengusap-usap salah satu gambar yang bertaburan itu. Suaranya tiba-tiba bertukar menjadi manja dan mencium berkali-kali gambar kesayangannya itu.
"Tapi....kau dah tipu aku!Kau tinggalkan aku!Kau tahu tak aku sayang kau separuh mati!Aku dah macam hidup dalam mati!Kau tahu tak?!!!" tiba-tiba sahaja Heliza menjerit marah dan mengoyak-ngoyak gambar yang berada di tangannya. Sesal dengan perbuatannya, dia mengambil gam dan mencantumkan semula gambar yang dikoyak.
Namun,kemudiannya Heliza menangis pula. Dia merayu-rayu supaya lelaki yang digelar ustaz itu kembali padanya. Bagaimana sahajalah lelaki itu akan kembali padanya sedangkan dia hanya berkata-kata dengan figura yang berada di dalam sekeping foto. Sekejap-kejap Heliza marah,sekejap lagi dia merayu,ketawa dan menangis. Bagaikan tiada lagi jiwa yang mendekatkan dirinya pada Allah. Heliza lupa seketika pada akhirat dan berusaha keras untuk mengejar sesuatu yang dicipta dalam dunianya sendiri.
Heliza tersedar dari ilusi. Dia mengesat air matanya yang membasahi pipi. Dia beristighfar. Sudah tersasar jauh pula. Dia menghenyakkan punggung di atas landai tilam empuknya itu. Dia cuba mengusir rasa sedih yang masih terbuku di hati. Remuk redam hatinya apabila dia mendengar perkhabaran lelaki kesayangannya baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan wanita lain. Mana mungkin hatinya boleh menerima perkhabaran sebegitu. Hatinya bagai disiat-siat pilu. Terlalu sakit. Tidak menyangka 'ustaz' yang disayanginya sudah pun menjadi hak wanita lain. Dan wanita itu sudah tentu bukan dirinya. Hatinya rawan mengenangkan dirinya yang selalu dirundung pilu. Bagaimana dia harus berhadapan dengan realiti yang menyaksikan dirinya terolang-aling sendirian kembali.
"Aku tak akan biarkan kau bahagia. Jika aku tak dapat apa yang aku nak,jangan harap kau akan mendapat kebahagiaan yang kau inginkan! Ini janji aku!" sebuah janji diserapkan dalam dada dan jiwanya sendiri. Janji itu mesti dikotakan. Heliza ketawa sendirian.
********************
"Assalamualaikum, Zurheliza Fathia" tegur seorang lelaki kacak.
Susuk tubuhnya yang tinggi kurus serta berkulit cerah itu boleh memikat sesiapa sahaja gadis yang bertemu dengannya. Wajahnya yang suci bersih dilengkapi janggut halus yang berjuntaian di bawah dagu menyerlahkan aura kacak seorang lelaki. Jubah putih yang dipakai diselimpangkan dengan rida' di bahagian bahu kanannya bak sunnah Rasulullah S.A.W. bakal mencairkan hati para gadis yang melihatnya.
YOU ARE READING
NIQAB YANG TERSINGKAP
Mystery / ThrillerAPABILA NAFSU MENGUASAI HATI...IMAN HANCUR BERDERAI