Pada awal pagi kira-kira pukul 7 pagi, mereka dikejutkan dari tidur yang lena.Apabila mereka sudah dikejutkan, makin terkejut pula reaksi mereka apabila manager mereka memaklumkan bahawa mereka ada perjalanan ke sebuah tempat yang penuh dengan misteri. Bagaikan ada suara-suara hantu bergelombang di corong-corong telinga mereka. Saling berpandangan antara satu sama lain. Fuhh.. Cam seram aje... Pastikan pandang kiri kanan dahulu sebelum meneruskan perjalanan mata anda untuk membaca ya! Wuuuuu~~~~
Jam telah menunjukkan pukul 6 petang.
Kesemua acara yang mereka harus hadiri pada hari itu, telah selesai. Mereka pun balik ke dorm masing-masing untuk bersiap dan packing barang-barang yang diperlukan. Mereka bertolak menuju ke destinasi kira-kira pada pukul 9 malam. Masing-masing tertunduk-tunduk kepala semasa dalam perjalanan. Keletihan agaknya.
Jam telah menunjukkan pukul 11 malam.
Mereka tiba di sebuah rumah banglo yang mewah akan tetapi persekitarannya agak menyeramkan.
"Hyung, banglo Hyung. Mewah.. Tapi kan, kenapa macam menyeramkan je. Entah-entah..." Tidak sempat Ravi meneruskan percakapannya dia berhenti kerana melihat semua orang melirik ke arahnya. Dia hanya tersengih seperti kerang busuk dan mengambil beg galasnya yang kelihatan seperti lelaki yang membawa watak yang nakal. ~T~
Sampai di depan pintu rumah banglo itu, manager mereka memaklumkan bahawa mereka akan bermalam di sini untuk seketika. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu, tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa meniup muka mereka. Sejuk, tapi menyeramkan!
Kini jam telah menunjukkan pukul 12 malam.
Masing-masing berbaring di atas katil di dalam bilik yang besar.
"Hyung, teman Hyuk pergi tandas kejap. Boleh tak?"
"Hyuk pergi lah sendiri. Lagipun tandas ada dalam bilik ni juga. Cuma selang satu pintu. Kalau takut, buka pintu tu luas-luas"
"Binnie, kau nak orang tengok dia sedekahkan hajat dia ke?"
"Issh hyung ni. Ke situ pula. Hyuk cuma nak basuh kaki. Kaki Hyuk kotor waktu berjalan ke sini."
"Lah.. Basuh kaki je rupanya. Pergi ambil Leo Hyuk tu lah. Suruh dia teman."
Leo memandang terus ke arah Hongbin apabila dia menyebut nama Leo. Tajam sungguh telinga Leo tu ya. Hyuk pergi ke tandas seorang diri untuk membasuh kaki. Tiba-tiba, disebalik cermin yang super besar dalam tandas itu bagaikan diketuk sesuatu.
...Tuk Tuk Tuk...
Hyuk memandang ke arah cermin itu. Tiada apa-apa. Dia memandang ke kiri, ke kanan, ke atas dan kebelakang. Namun tiada apa-apa yang mencurigakannya. Tapi tiba-tiba, angin mula meniup rambutnya. Matanya memandang ke hadapan. Dia terus menutup air dan keluar dari tandas.
"Hyuk, kenapa terburu-buru sangat ni?"
"Jumpa hantu kut"
"Issh, jangan celupar sangat mulut tu Ravi."
"Betul cakap Ken tu. Apalah kau ni."
Melihat Hyuk menutup mukanya dengan bantal dan menggigil-gigil mereka semua makin pelik dengan perubahan Hyuk yang drastik.
"Hyuk?"
Setelah sahaja Leo menegur Hyuk, lampu di bilik mereka tiba-tiba terpadam walaupun keadaan diluar tidak hujan ataupun kilat. Masing-masing tercengang melihat sekeliling bilik dan hanya bertemankan cahaya dari telefon bimbit. Disebalik kegelapan dalam bilik mereka itu, ada seseorang yang memerhati. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh. Pada mulanya mereka tersentak tetapi mereka mula menyangka mungkin hari hendak hujan dan kerana itulah lampu terpadam.Disebalik cahaya dari telefon bimbit mereka, kelihatan suatu bayangan. Masing-masing terkejut dan teris berlari ke arah katil Hyuk. Duduk di satu selimut sehingga pagi.
Pada keesokan paginya, mereka dikejutkan krew-krew penggambaran. Maing-masing tercengang melihat krew-krew penggambaran yang mengejutkan mereka. Ohh, rupa-rupanya mereka kena prank oleh kerana permintaan peminat-peminat mereka untuk melihat mereka dalam ketakutan! Huu.. Mesti dalam ketakutan semua semasa membaca rupa-rupanya ianya hanyalah prank sahaja.
YOU ARE READING
VIXX DORM
FanfictionVIXX DORM mengisahkan tentang kehidupan 6 orang idol di dorm mereka! Sambungan daripada kisah SIX POPULAR BOY LIFE STYLE!