panahan pertama

29 5 2
                                    

Terkenang ku kisah lalu yang sering menjadi bualan rakan-rakan ku di kelas, aku teringat akan dirinya yang hampir dua bulan kami tidak bertemu.Hari yang ku nantikan semakin hampir, sudah tiba masanya aku menjalani hidup sebagai seorang pelajar tingkatan dua di sekolah tercinta ku. panahan pertamanya telah memanah tepat pada hatiku, pada mulanya aku tidak merasakan apa-apa yang janggal namun perasaan ku tidak bolehh ku sangkal walau apa yang aku lakukan.

Aku menjalani hariku seperti murid-murid lain.namun perasaan ku semakin tidak keruan tiap kali memandangnya, hati ku sejuk bila melihat senyumannya, seperti dunia ini milik ku

Pada mulanya aku hanya mampu memendam perasaan sahaja, tapi bila sering kali di sakat oleh rakan-rakan ku perasaan ku semakin bertambah mekar berkembang,tanda merah di pipiku menandakan yang aku di lamun cinta.

Masa berlalu pergi begitu cepat, tanpa ku sedari aku telah tersuka tanpa sengaja pada dirinya,aku telah meluahkan perasaan ku pada dirinya,ternyata cinta ku tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga mempunyai perasaan yang sama pada diriku, betapa indah nya dunia ini

Banyak memori indah yang kami cipta bersama antaranya,belajar bersama, berkongsi cerita bersama, terlalu banyak kenangan hinggakan aku terlupa apa yang pernah berlaku.

Diriku dan dirinya tiada bezanya, aku chubby dia juga begitu, kami ada telepati yang sama, buku rujukan yang sama,sifat yang sama dan duduk dalam kelas yang sama.

My Love StoryWhere stories live. Discover now