#3

3 0 0
                                    

Sori bebanyak sebab dah lama x update,, huhuhu..

.............................

Dah hampir sebulan aku bersekolah di Sekolah Persendirian Mawar, tapi aku masih belum dapat kawan yang dapat aku berkongsi cerita.. Semua orang di sini mementingkan pangkat dan darjat.. Hmmm,, aku kan budak scholars, memang macam langit dengan bumi la aku ni nak dibandingkan dengan diorang semua tu.. Huh, satu lagi masalah aku kat sekolah ni.. Aku ni tak kacau orang pun,, awat orang lain semua pakat nak kacau aku???

Flashback~~

Aku baru ja sampai kat sekolah.. Dengan innocent-nya aku berjalan ke loker aku yang terletak di hujung koridor.. Sampai ja kat loker, aku perasan yang beberapa orang pelajar kat sekolah tu asyik berbisik-bisik sambil memandang ke arah aku.. Awat aku hensem sangat ka hari ni? Huhuhu.. Rasa macam biasa ja. Aku tidak memperdulikannya dan terus membuka loker aku..

Gedebushhhh!

"Adoii!! Apa ni?  Werkkk! Sapa yang letak sampah dalam loker aku nii??"

Semua orang di sekeliling aku terus mentertawakan aku.. Siap ada yang rakam lagi.. Hambek kau, popular terus aku lepas ni. Werkk!! Dah la busuk gila sampah ni.. Sapa la yang dengki sangat dengan aku ni? Huhh,, apa la salah aku ni..

Selepas itu, aku hanya pergi ke pejabat dan meminta kebenaran untuk balik ke rumah.. Tak sanggup aku nak pakai baju yang penuh dengan haruman yang meloyakan ni.. Werkk!! Nak termuntah aku dibuatnya.. Kak kerani kat pejabat tu pun rasanya tak sanggup nak bau 'wangian edisi terhad' ni kat aku.. Tu yang cepat bagi slip perlepasan tu.

Berjam-jam laa jugak aku bertapa dalam toilet untuk buang bau perfume baru aku tu..

End of flashback~~

........................

Aku masuk ke kelas memandangkan loceng dah berbunyi.. Hopefully aku dah tak payah la kot balik rumah tukar baju.. Kedatangan Cikgu Azhar (cikgu fizik kelas aku) membuat lamunan aku terhenti..

"Assalamualaikum semua. Hari ni cikgu nak bagi satu tugasan yang perlu kamu siapkan dalam masa sebulan.. Tugasan ini perlu dilakukan oleh secara berpasangan."

"Yeahhh!! Cikgu, kami boleh pilih pasangan sendiri kan?" Sapa entah yang tanya tu, aku pun tak tau.. Nama dia Johan kalau tak silap la.. Huhuhu .
Aku ni payah sikit nak ingat nama orang yang tak rapat dengan aku..

"Tidak, saya yang akan pilih pasangan kamu semua. Tugasan ini adalah mengenai topik-topik yang akan masuk dalam peperiksaan pertengahan tahun nanti.." Cikgu Azhar cakap ja yang dia yang akan pilih pasangan, semua orang pakat mengeluh.

Huhh,, mesti orang yang jadi pasangan aku nanti pun tak suka dengan aku..😔😔

"Ok, ini nama pasangan yang saya telah pilih.. Fatimah dengan Rayyan, Sara dengan Danish, Nana dengan Johan.......................... Ella dengan Fitri......"

Ella? Yang mana satu Ella ni? Haihlahh ni lagi satu masalah.. Aku mana kenal nama budak kelas aku ni!

*face palm*

"Ok semua dah ada pasangan Masing-masing.. Cikgu nak tugasan yang cikgu bagi ni dilakukan korang lakukan dengan kerjasama pasangan masing-masing yaa.. Tak nak ada yang mengelat, yang upah orang suruh buat tugasan tu and the most important is I don't want any plagiarism okay? Ok, satu lagi tugasan ni kena tulis pakai tangan, tak boleh type pakai komputer.."

"Alaahhh cikguuu... Takkan tak boleh type pakai komputer kot? Aduhh susah la macam ni.." Seorang budak perempuan dalam kelas aku mengeluh..

"Susah tak susah,, dah korang semua ni student sekolah elit,, buat cara macam student elit.. Ok, cikgu nak tugasan ni dihantar bulan depan. Sebelum peperiksaan pertengahan tahun nanti,, cikgu nak kamu semua dah hantar.. Jangan lambat sehari pun. Faham semua?? "

"Faham cikgu!"

"Ok, sekarang ni salin nota yang cikgu edarkan. "

Hmmm,, aku rasa tugasan macam ni ok ja sebab aku dah biasa buat tugasan yang lagi teruk lagi daripada yang cikgu Azhar bagi ni.. Tulis pakai tangan tu perkara biasa sebab kat rumah aku ayah ja yang ada laptop. Tu pun ayah selalu guna. So, mau tak mau memang kena tulis pakai tangan.

Ehh jap japp.. Partner aku tadi sapa eh.? Elly? Alya? Elliana? Ok, aku dah ingat dah.. Nama dia Ella. Tapi sapa pulak Ella ni? Aduhh,, jenuh pulak aku nak mencari. Agak-agak kalau aku tanya Rayyan dia nak bagitau dak sapa Ella tu? Cuba jelah Fitri oii,, mana nak tau kot nasib hang baik hari ni.. Hmm,, satgi time rehat aku try tanya dia.. Yelah,, tugasan ni la yang bagi grade untuk aku graduate dengan cemerlangnya,, takkan aku tak mau usaha kot.. Harap-harap laa Rayyan tak meroyan masa aku tanya dia nanti.. Aminn..

Ok time to take note. Fokus!! Balik nanti ulang kaji lagi sekali lepas kemas rumah.

...............................

*MASA REHAT*

Aku dengan penuh santunnya memulakan langkah ke arah Rayyan. Setiap langkah aku disusuli dengan harapan supaya mood Rayyan baik dan dia akan jawab pertanyaan aku pun dengan baik jugak..

" Ahemm,, Rayyan. Aku nak tanya something sikit boleh tak? " Aku tanya dengan nada yang perlahan.. Macam pompuan pulak aku nih.. Haihh bertabahlah wahai hati..

" Hmm,, kau nak tanya apa? " Rayyan membalas tanpa mengangkat mukanya untuk memandang aku..

" Hmm,, aku nak tanya,, Ella yang mana satu ek? Dia partner aku untuk tugasan yang cikgu Azhar bagi tu.. Aku ingat nak bahagi siap-siap tugasan tu.. Tapi aku tak kenal la pulak yang mana satu Ella.. Kau boleh tunjukkan tak? " Nahh,, ambik hang.. Tak terkeluaq bahasa utara langsung.. Hahahaha.. Aku dah semakin terer!  Ehh,, termeroyan sorang-sorang pulak.. Hehehehehe..

" Ishh,, menyusahkan kan orang laa kau ni.. Tu girl yang tengah kat belakang tu Ella.. Dah,, gi main jauh-jauh.. Jangan kacau aku.. " Dan lepas tu Rayyan terus keluar dari kelas dan hilang entah ke mana..

Aku pun apa lagi,, pusing la badan ke belakang sebab nak tengok rupa si Ella tu.. Kalih ja belakang aku terkedu,, sebab rupanya Ella tu laa pompuan yang aku tercrush masa baru masuk sekolah nihh.. Tak sangka sungguh.. Jodoh panjang rupanya.. haha.. Ehh,, fokus Fitri, fokus! Jangan lupa misi utama hang belajaq kat sekolah nih...

Apa-apa pun Alhamdulillah,, sebab aku dah jumpa partner aku.. Nasib baik ada Rayyan..

Hmmm,,, esok lah aku pergi bincang pasal tugasan dengan si Ella tu.. Baik sekarang ni aku relax ja. Masa banyak lagi.

................................

Huhu.. Done part 3..
Y

eayyy confettiii..🎉🎉

Haha,, btw sorry sangat sebab dah lama tak update.
Bukan apa,, sibuk belajaq..
Dah nama pun student kan? Haha..

Lastly,, don't forget to vote and like my story..
If you don't mind,, please share it too..

Heheh..

Akhir kata,, Assalamualaikum..😊

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinderella Remake?Where stories live. Discover now