1. Angan Dan Sedar

22 0 0
                                    

Bismillah..

Aku sebenarnya dah lama install apps bernama 'WattPad' dalam telefon pintar aku ni. Hajatnya konon nak buat cerita lah acah-acah novelis blovel macam Nami Cob Nobbler tu.

Tapi, tu lah. Sebagai seorang lelaki melayu yang sering lupa tanpa perlu mengunyah semut... Benar. Aku seorang pelupa. Aku ada masalah short-term memories or whatever fuck yang korang nak sebut. Aku tak tahu.

Dan pada jam lebih kurang 3.45 pagi, bertarikh May 11 tahun 2016, aku memulakan sesi bercerita dalam wattpad ni.

Angan dan sedar.

Kenapa angan dan sedar?

Sebab dulu aku suka lagu ni. Lagu yang pernah dipopularkan oleh raja SMS dari Felda Taib Andak, Johor Darul Taazim.

Teringat zaman lepas SPM waktu habis kerja KFC shift midnight, sementara nak tunggu bas kat Warta Lama Selayang, aku dengan seorang member aku ni selalu berjoget atas jejantas sambil nyanyi lagu ni.

Orang kiri kanan pandang, kami peduli apa. Kami terus berjoget, melalak, tenaga anak muda berusia 18 tahun ketika itu digunakan bagi melepaskan segala stress yang terbuku di dalam diri.

Dulu la.. Zaman aku belum mumayyiz lagi.

Sebab lain, ermmm...

Ohh yes, bapak aku pernah cakap,

"Perkara paling senang nak buat dalam dunia ni ada satu je. BERANGAN"

Yes, berangan. Kau berangan je apa yang kau nak. Semua kau boleh dapat.

Kereta besar, gadis cantik berbogel depan mata sambil melakukan blowjob yang power nak mampus, makanan enak, arak perisa nasi ambeng.

Apa saja yang kau mahu, kau berangan je lah. Konfem dapat; dalam bentuk angan-angan lah tapinya.

Sehinggalah ada seseorang yang menepuk bahu atau menempeleng kepala kau yang sedang asyik mengelamun.

Ketika itu barulah kau sedar yang semua itu hanyalah angan-angan cuma. Jadi, itulah sebabnya kenapa aku pilih tajuk WattPad aku ni 'Angan Dan Sedar'.

Jadi, Sebagai seorang lelaki melayu yang sering lupa tanpa perlu mengunyah semut, serta kuat berangan, maka aku rasa itulah ayat yang paling sesuai untuk aku bubuh jadi tajuk.

Bak kata pepatah petapah Nik Tasnim yang telah aku modified sikit,

"Yang angan dan sedar itu kita, bukan cinta"

Apa kaitan sial?

Eh suka hati aku lah. Ni aku punya cerita. Hmmmmmmmm....

Angan Dan SedarWhere stories live. Discover now