Sepanjang dia di kelas dia hanya termenung sahaja . Entah apa yang dia fikirkan pun tidak tahu . Fikirannya serabut , dia rindu arwah ibu dan ayahnya yang hampir 6 tahun meninggalkan dia dan dua orang kakaknya akibat kemalangan jalan raya . Sejak umurnya 11 tahun dia sudah belajar berdikari . Basuh baju sendiri , cuci pinggan dan kemas rumah . Qaisarah sangat menyayangi kedua kakaknya iaitu Qairinah dan Qausyah kerna itu saja permata hati yang dia ada .
"HOI ! Kau ni pehal dari tadi aku tengok temenung je , cuba cerita sikit kenapa ?" tanya sahabatnya .
"Takdalah Meera , kau tahu tak semalam makwe baru Zack call aku tengking-tengking aku . Dia kata aku dok kacau Zack je . Aku malas nak panjangkan cerita , aku terus matikan call . "
" Apesehh ! Kalau aku dah maki hamun perempuan tu dah . Kau ni jaga sangat perasaan orang ! Cuba sekali sekala pentingkan diri sikit . "
" Dahlah weh , jomlah lepak cafe "
- 2.00 Petang -
Qaisarah mencampakkan begnya lantas segera menunaikan solat zohor . Dia selalu ingat pesan ibunya agar jangan pernah lupa untuk bersujud kepada Ilahi mahupun dalam keadaan senang atau susah .
"Dah siap solat ?" tanya Kak Sya .
"Dah , kenapa Kak Sya ?"
" Kak Sya nak ajak pergi rumah maksu petang , lagipun Ara takde kelas kan hujung minggu ni . Kak Sya ingat nak tidur sana "
"Boleh je , lagipun Ara rindu nak main dengan Rafiq hehe ."
"Asal gi sana je Rafiq , apalah Ara ni . Dah-dah gi kemas barang . Sampai hari sabtu je tau . JANGAN LUPA BAWAK BUKU , AWAK TU DAH NAK SPM " perintah Kak Sya .- Taman Nilai , Rumah Maksu -
" Ara dah sampai dah , bangun "
Qaisarah menyalam maksunya dan segera mencari kelibat adik sedara kesayangannya itu .
" Huwaaa , apik dah makin montellah . Sini kat Kak Ara sini meh "
Seronok sungguh Qaisarah dapat bertemu dengan adik sedaranya itu . Lagipun keluarga merupakan satu-satunya sedara yang paling rapat dengan keluarganya . Sampai tertidur Rafiq kerana penat bermain dengan Qaisarah . Qaisarah sangat sukakan budak kecil .
" Ara ! Apik dah tidur belum ? Kalau dah meh sini makan . Maksu dah masakkan ni " pelawa maksu .
" Okay maksu "
YOU ARE READING
CINTA DALAM DIAM
RomanceQaisara Imani merupakan seorang gadis ayu tapi dikatakan nerd sebab dia pakai cermin mata . Dia juga sering dikecewakan dalam dunia percintaan . Dia nekad tidak mahu berharap pada mana-mana lelaki dan berhenti untuk bercinta . " Apa guna bercouple k...