kau yang kusayang dikau yang kubenci

77 5 0
                                    

KULIT kepala yang gatal akibat kelemumur digaru rakus menggunakan jari telunjuk. Kulit mati yang berkepingan halus, jelas terlihat pada baju hitam yang dipakainya. Sesekali dicungkil celahan-celahan gigi hadapannya menggunakan jari yang sama. Inilah kelebihan punya kuku yang panjang lagi runcing.

"Sayang..." segera Kejora menoleh ke arah suara yang memanggil. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai, berkulit hitam manis, nyata segak walaupun hanya sekadar mengenakan t-shirt Polo di tubuhnya. Lelaki itu senyum melebar tanpa cela. Kecacatan kekal di pipi menambahkan lagi kehebatan senyuman yang dipancarkan.

"Kenapa?" Soal Kejora tanpa menimbang dulu ukiran di wajah sang suami. Baginya lelaki itu, tidak setanding Arjuna bekas kekasihnya lima tahun yang lalu.

"AKU tahu kau sengaja bunuh Arjuna!" Kejora berteriak tanpa mempedulikan keliling yang sudah riuh dengan suara-suara sumbang, membuat andaian masing-masing. Serupa juga dengan dirinya.

"Ya Allah... aku tak pernah terfikirkan pun nak bunuh Arjuna. Tolonglah percaya," tanpa peduli kaki yang tersepit di bahagian pemandu, Rayqal cuba memenangkan dirinya. Namun kedua-dua tangannya tetap cuba untuk menarik kaki keluar dari situ. Sungguh tak disangka, akibat mata yang terlalu berat untuk dibuka walaupun sesaat, dia kini berhadapan dengan semua ini. Dan dia juga mengakibatkan nyawa rakannya diragut begitu sahaja.

"Aku tahu, kau sukakan akukan? Sebab tu kau rancang semua ni, supaya kau boleh miliki aku. Sekarang... aku dah ada depan kau. Cepatlah! Pembunuh!" Kejora bagaikan kerasukan cuba membuka butang dress yang dipakainya. Tetapi kelakuannya itu sempat dihalang oleh seorang pegawai polis yang baru sahaja kebetulan sampai di tempat kejadian.

"SAYANG masak apa hari ni? Abang dari office dah terbayangkan asam pedas ayam sayang tau," sempat Rayqal mencuit dagu terbelah isteri kesayangannya itu. Kejora cuba mengelak tetapi tangan lelaki iti lebih laju darinya.

"Memang masak asam pedas ayam pun hari ni. Tapi sayang tak ada selera lagi nak makan," kata-kata yang keluar dari mulut Kejora dibalas dengan rangkulan ke pinggang rampingnya. Kejora dibawa perlahan ke meja makan.

"Kalau sayang tak nak makan... sayang temankan abang makan. Boleh?" Rayqal menyoal lembut, lantas singgah pula satu ciuman hangat ke pipi isterinya yang gebu itu. Kejora tergamam sekejap, dan selepas itu kembali semula ke alam nyata.

"Duduk sebelah abang sini," ujar Rayqal lalu menarik keluar kerusi makan di sebelahnya. Kejora duduk tanpa membantah.

"Sayang nyanyilah satu lagu untuk abang. Tiba-tiba abang rasa nak dengar sayang nyanyi," pinta Rayqal. Wajahnya Kejora ditenungnya lembut dan penuh kasih sayang.

"Berzikir lagi bagus abang. Dari menyanyi aje. Dah puas dah kita karaoke sebelum ni kan?" Wajah Kejora bertukar cuka.

Sudahlah perasaannya tidak menentu ketika ini, disuruh pula menyanyi. Memang taklah!

"Please..."

"Abang suka memaksalah. Sayang nyanyi, abang cepat-cepat habiskan makan. Sayang nyanyi separuh aje," Kejora ketap bibir.

Mahu sahaja diketuknya kepala sang suami menggunakan pinggan nasi di hadapannya ini. Namun akalnya masih waras ketika ini, takkanlah dia mahu buat seperti iti ketika suaminya sedang ingin menikmati masakan enak dari air tangannya sendiri.

"Ya, hamba menurut perintah tuan puteri. Kalau abang mati lepas makan ni nanti, tak adalah kelopak mata abang terbuka," jawab Rayqal selamba. Tangan kanannya laju mencedok kuah asam pedas lalu disiramnya ke atas nasi putih basmathi yang sudah tersedia di dalam pinggan.

Terlopong Kejora mendengar kata-kata suaminya itu, tak berkelip matanya memandang Rayqal. "Merepek je abang ni..."

"Love of my life, you've hurt me,
You've broken my heart and now you leave me.
Love of my life can't you see,
Bring it back, bring it back,
Don't take it away from me because you don't know what it means to me."

Kau Yang Kusayang, Dikau Yang KubenciWhere stories live. Discover now