mata - part 1
wajah mastura masam mencuka,dia hanya memandang ke sisi cermin. langsung tidak menoleh kepada si suami yang memandu. suaranya juga langsung tidak terkeluar bertanya apa apa. suasana memang kaku dan bisu,bagaikan orang asing yang hanya bersua buat pertama kali nya. izar mengeluh! dia tahu mastura sedang memprotes atas keputusan yang dia buat. dia bukan sengaja tetapi dia terikat. hendak di luah mati bapa,kalau di telan mati emak. serba salah dia jadinya. harapannya hanya mahu mastura faham akan situasinya tetapi nampak gayanya mastura tidak mahu memahami.
"elok duduk di bandar,ada kerja bagus,kenapa hendak duduk di kampung pula,menguruskan estet tu." sungut mastura. tidak faham dengan keputusan izar.
"saya sendiri tak mahu menguruskan estet tu tapi bila kita telah di amanahkan kena lah kita terima,berat macam mana pun wasiat tu harus di penuhi." keluh izar.
"mustahil arwah paklong tidak berwaris. kenapa abang yang mewarisi estet tu pula."
"kalau abang tahu siapa waris paklong, awal awal lagi abang dah tolak. abang pun tak mahu lah duduk dalam estet. menguruskan estet tu bukan kehendak abang pun,tapi ini soal amanah orang."izar menoleh memandang mastura yang ralit melihat keluar tingkap kereta yang separuh terbuka. mengerbang rambut isterinya di tiup angin. dia mahu mastura mencuba sebagaimana dia sedang mencuba. tidak melihat bagaimana mahu mencuba, jika tidak mencuba tak mungkin timbul keserasian. dia dan mastura harus mencuba dahulu. andai kata dia dan mastura gagal pasti akan ada jalan lain untuk dia menunaikan amanah arwah paklongnya.
asyik mastura melihat pokok getah di sepanjang jalan menuju ke rumah agam di atas bukit.berterbangan tanah merah tertinggal di belakang kereta mereka. kereta yang ternyata tidak sesuai bergerak di dalam estet ini. sesekali dia melihat beberapa orang pekerja sedang membersihkan teres getah yang semak. dia tidak mempedulikan izar yang berhati hati memandu. matanya hanya tertumpah di perdu pokok getah, membilang di dalam hati. teruk betul rasa hatinya hingga sanggup membilang pokok getah beribu.
" allah..." mastura terjetit kecil,spontan tangan nya menutup mata. terburu buru izar ketepi. dia tersadai di tepi jalan tanah merah. pantas tangannya memeluk bahu mastura.
" kenapa ni..?" izar bertanya,pelik.
" saya takut...." terketar ketar suara mastura menjawab.
" bang, jom lah kita balik, tempat ni tak elok " mastura bersuara lagi.
"ishh..cuba jangan fikir yang bukan bukan." geram pula izar,kalau iya pun tidak suka mengikut dia jangan lah merepek meraban yang tidak tidak.
"abang ingat saya saja saja menutup mata. ada hantu tahu tak!" mastura separuh menjerit. marah kerana izar tidak percaya kepada dirinya.
"okey,okey jangan menjerit boleh tak mas...cuba cerita apa yang mas nampak?" izar mengalah,jam di dashboard di pandang,sudah pukul 5 petang. kalau tersadai di tepi jalan begini bila pula mereka mahu sampai sedangkan dia sudah penat sangat." saya...saya nampak ada seorang budak perempuan,comot sangat bang. saya ingatkan dia budak biasa sahaja,mungkin anak anak pekerja tapi bila saya renung dia,saya lihat matanya berlubang,jauh terperosok ke dalam." cerita mastura
"perasaan awak je tu.."
"kalau perasaan saya kenapa saya nampak dengan jelas,saya siap menoleh hingga bayangan budak itu hilang. tempat ni berhantu bang. saya tak mahu duduk di sini." mastura goyang lengan izar.
"tak apa..tapi malam ni kita memang kena bermalam dekat sini. esok lah baru kita balik." malas mahu melayan rasa takut mastura,apatah lagi dia sedang kepenatan izar memutuskan untuk mengikut sahaja kehendak mastura walaupun hatinya sendiri merasa berat mahu pulang ke bandar. alang alang sudah berada di sini, tiada sebab untuk dia berundur diri. harta ini walaupun bukan dia yang punya,tetapi dia waris yang sah! gila dia hendak menolak harta yang seluas ini...mastura mengurut dadanya yang berdebar kencang. rasa sesak nafasnya tidak hilang hilang. sungguh dia terkejut melihat kelibat kanak kanak bermata lompong itu tercegat di tepi jalan. anehnya kenapa izar tidak melihat apa yang dia nampak. memang patut lah izar tidak percayakan dia. kalau hari hari pun dia boleh nampak benda mengarut begini,mahu mati kering dia ketakutan.tetapi kenapa hari ini dia melihat sesuatu itu, adakah kerana otaknya yang mahu dia berfikir yang tidak tidak. memberontak sebab tidak mahu tinggal di ladang getah beratus ekar. mastura keliru! sudah gila kah dia agaknya kerana izar tidak mahu mengubah pendiriannya. mereka masih dalam mood berbulan madu,seharusnya dia berperasaan begitu,mahu tempat exklusif untuk bersama dengan izar,bukan di rumah agam yang terletak di atas bukit , didalam ladang getah.busuk bau getah menyenak ke rongga hidungnya. bagaimana dia mahu tinggal di sini? bulan madu di dalam kebun getah bertemankan nyamuk dan unggas.