PENUMPANG MALAM

316 12 0
                                    

penumpang malam

"jadi kau balik malam ni mat?"tanya ali kepada mamat yang leka mengilat motosikal yamaha rxznya.
"jadilah,dah lama aku tak balik. emak aku pun dah bising. asyik kerja sahaja tak pedulikan dia." jawab mamat tanpa memandang ali.
"habis kerja lah baru kau gerak?"
"aah..pukul 11 keluar tu aku balik terus lah. bukan jauh sangat pun...12.30 aku sampai lah rumah mak aku. kau nak ikut ke?"
" tak nak lah,aku ingat cuti ni aku nak naik kl lah. jumpa tunang aku tu. ada barang nak beli katanya. dah dekat ni kan..."
" tak apa lah kalau macam tu aku gerak sorang"
" kau ikut jalan mana nanti?pusing town atau ikut jalan kampung tu aje."
"tak tahulah lagi lie..aku mana mana pun boleh"...

selepas habis shift malam itu mamat terus sahaja pulang ke kampung. entah kenapa malam itu dia tidak rasa mahu mengikut jalan biasa,hatinya bagai di gait gait mahu mengikut jalan kampung sahaja. dia tidak mahu tergesa gesa sangat. sambil sambil itu boleh lah dia bersantai santai menghirup udara segar kampung.

baru sahaja sekejap dia bergerak,hujan mulai turun. renyai sahaja,tidak mahu membuang masa,mamat meneruskan perjalanan. perlahan sahaja dia memandu. sesekali dia berselisih dengan kenderaan lain. tidak lah dia merasa bimbang sangat. sekurang kurangnya jalan ini tidak lah sunyi sangat.

sebaik sahaja dia sampai di sebuah kampung berhampiran sebatang sungai,tiba tiba sahaja lampunya menyuluh sebatang kayu sebesar peha melintang jalan. tidak sempat membrek,motorsikalnya melanggar kayu tersebut.tak pasal pasal dia tidak dapat mengawal motorsikalnya,jadi lauk jalan raya dia malam tu.

"pap!pap,!pap!...hehehehehehe...hahahahahaa"

mamat mendengar suara orang bertepuk tangan dan ketawa. meremang bulu romanya. gila apa siap bertepuk tangan bagai! mamat pandang sekeliling,disebelah kanannya kelihatan tiang nisan berceracakan,putih!sah..kena dia malam ni. kelam kabut dia start motorsikalnya,rasa pedih akibat terjatuh tadi tidak di layannya. sehabis rasa dia memulas minyak. kalau tunggu lagi harus bukan setakat bertepuk tangan silap silap bertepuk tampar pun boleh.

mamat berhenti di persimpangan jalan menghala ke rumah emaknya.di bawah cahay lampu dia memeriksa motorsikalnya. nasib baik masih okey. cuma dia yang luka luka sedikit. masih berbaki 10 km rumah emaknya. dalam 15minit pasti dia akan sampai,yang penting abaikan dahulunrasa pedih yang semakin mengigit. mamat pasang rokok sebatang,dia memandu perlahan sambil menikmati rokok sepuntung. suasana kampung yang di laluinya ke
ihatan kelam dan sunyi. sudah pukul 12 malam pastilah penghuninya sedang lena di ulit mimpi. bunyi enjin motorsikalnya sahaja yang memecah hening malam.

mamatt memecut sebaik sahaja sampai di kaki bukit. laju sahaja motosikalnya mendaki. motor powerlah katakan. tetapi sebaik sahaja motorsikalnya berada di puncak bukit hampir menuruni perbukitan,dia merasa motorsikalnya agak berat pula.

" ah!rosak pula ke?tapi tak pula rasa enjin ada masalah" mamat bercakap sendiri. dia bercadang mahu berhenti sahaja di simpang hadapan,barangkali kedai makan di simpang jalan itu masih buka.
motorsikalnya semakin perlahan tetapi masih boleh berjalan lagi,mamat berdoa di dalam hati,sempat lah dia sampai di simpang tersebut. kalau rosak di situ masih boleh dia menelefon ayah atau abanglong datang mengambil sebab sudah dekat sangat dengan rumahnya.

dalam mamat berkira kira. ada cahaya lampu kereta di belakangnya,semakin lama semakin mendekat. mamat dengan jelas dapat melihat kereta terbabit memberikan dia lampu tinggi dan rendah. aih!nak potong,potong sahaja lah.jangan main lampu. silau matanya walaupun dia berada di hadapan. mamat bagi isyarat tangan supaya memotong dia sahaja. tetapi kereta tersebut terus memberi dia isyarat lampu dan membunyikan hon sesekali. malas mahu melayan mamat cuba memecut,tetapi motosikalnya tetap memberat. macam bawa penumpang pula di belakang. tetapi tidak pula dia rasa ada sesiapa di belakangnya.
akhirnya kereta tersebut memotong mamat dengan membunyikan hon yang panjang. tidak pula mamat melihat pemandunya di dalam keadaan gelap sia sia shaja lah kalau dia cuba melihat apa apa.

sebaik sahaja sampai di simpang 3 berhampiran rumahnya,mamat melihat kedai tomyam kak yan masih lagi di buka. masih ada kereta terparking di tepi jalan. pelanggan kak yan agaknya.

mamat parking motosikalnya. helmet di buka,diletakkan di atas tangki. dia membelek sikunya yang terluka. pedih,seluarnya juga habis kotor terpalit lumpur.

" kak yan teh o panas kurang manis satu" mamat memesan minuman.
"makan mat?"
"tak kak,minum aje"

sementara menanti minumannya sampai mamat panggung kepala memandang sekeliling. matanya terhenti di meja paling hujung. kelihatan dua orang lelaki memandangnya sambil bercakap cakap. mengumpat ke apa? fikir mamat negatif.
tiba tiba lelaki berdua itu datang kepadanya. salah seorang lelaki itu memberi salam dan memperkenalkan dirinya. mamat tanpa prejudis turut memperkenalkan diri. lelaki berdua iru kelihatan baik sahaja dipandangan mata mamat. kalau berniat tidak baik tentulah bukan di dalam kedai ini.

"dik abang cakap sikit kau jangan terkejut ye." ujar lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai johan tadi.
"kenapa bang?"tanya mamat kepada johan
" tadi abang yang bagi kau hon dengan isyarat tu..maaf lah kalau ganggu tumpuan kau pula tadi."
" owh tak apa bang.tapi kenapa ye tadi tu."
" kau tak rasa ke?"
"rasa apa bang,saya cuma rasa motor saya berat aje. saya terjatuh tadi.mungkin sebab tu kot."
" tapi tadi abang nampak kau bawak perempuan,panjang rambutnya..berjurai jurai bajunya."
" eh mana ada saya bawa perempuan bang. saya sorang aje ni bang."
" abang tahu sebab tu abang hon banyak kali. masa abang potong kau tu..perempuan tu pandang kami menyeringai..seram betul wajahnya"

mamat terdiam! mahluk apa yang menumpang dia tadi?kenapa dia tak sedar apa apa.

" bila jumpa kau dekat sini,abang intai intai juga kalau perempuan tu masih ada ikut kau." johan memandang sekeliling. bimbang juga kalau prempuan itu masih ada.

" cik ponti agaknya mat. lain kali jangan balik lewat kalau bersendirian. bahaya..kemalangan tu satu bahaya yang lain,benda benda begini lain pula halnya. ingat pesan abang ni,kalau boleh biar berteman." johan memberi ingatan.

berdiri bulu roma mamat!sudah lah dia jatuh. dengar pula suara orang ketawakan dia,bertepuk tangan bagai. ini ada pula mahluk yang menumpang dia sampai ke kedai makan.memang malang nasibnya hari ini. luka di tangan semakin berdenyut pula,hatinya walang..seram sejuk mula menggigit tubuhnya. harus ada yang demam esok!mamat mengeluh....

PENUMPANG MALAMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang