Sharing is Caring?

5 0 0
                                    

"Send" aku klik. Hijau tanda sudah selamat disubmit. PC aku offkan. I need to go back like now. I'm tired. Esok pagi article ini aku akan terima reviewnya.

"Seronoknya jadi single ready to mingle like you, pergi mana-mana pon tiada siapa yang nak melarang. Boleh update social resume cepat since today bercinta dengan orang ini, esok lusa dengan orang lain pula. Aku rindu masa zaman solo dulu," kata Melissa. Keluhannya selalu sangat aku dengar dan dah rasa muak pula. Itulah dialog wajib yang kerap meniti, dizikirkan berulang kali oleh bibir mungilnya. Entah kenapa dia pula rasa seronok menjadi aku yang berusia awal 40-an tetapi masih solo sedangkan aku pula berasa bertuah jadi sepertinya.

Tidak perlu penat bekerja memerah otak, melayan kerenah client, sakit kepala fikir macam mana nak cari duit lebih fikirkan pasal business. Berkahwin jadi isteri kedua bermacam-macam suaminya berikan. Tidak perlu berhempas pulas mengumpul untuk duit beli rumah, sebab si encik hubby belikan banglo pakej dengan maid sekali. Dua buah kereta mewah mencecah ratusan ribu. Dalam beg beratur kad kredit, mahu shopping just wave sahaja kad, semua bil suami yang bayarkan. Bertuahnya badan sis.

Lumrah dunia yang fana, manusia tidak pernah merasa puas. Mendambakan kehidupan orang lain sedangkan tidak nampak kelebihan apa yang ada padanya. Adakah kita manusia terlalu sukar untuk melafazkan syukur. Tidak dapat dinafikan setiap orang tidak lari daripada permasalahan. Ada yang lebih harta tetapi kurang pula kasih sayangnya. Ada orang kurang hartanya tetapi hidup pula bahagia. Bagaimana pun setiap orang punya bahagian. Itulah fitrah manusia dalam kehidupan. Berputaran.

Aku menerima mesej daripada Melissa, mengajak aku bersarapan katanya tekaknya mengidam mahu makan ayam percik, sudah menjadi kebiasaan aku yang solo ini, jika ada masa terluang tiada urusan kerja, aku menjadi 'Uber' tidak bergaji kepada Melissa, dan selalu menurutnya membeli-belah atau ke mana saja. Dahulu kami seperti belangkas ke mana sahaja berdua, ada juga yang berkata kami adik beradik, wajah ada iras. Cuma jodoh Melissa cepat, dia dahulu yang berkahwin. Melissa nasibnya selalu baik, bila bercouple mesti kekasihnya usahawan loaded dan berkahwin pula dengan hartawan. Berbanding dengan aku yang kurang bernasib baik di dalam perhubungan, berkawan bertahun-tahun tetapi tiada kesudahan dan tak kahwin-kahwin juga. Karma mungkin sebab dulu-dulu yang dah habis aku terkenal dengan jual mahal.

Tetapi aku hairan dengan Melissa, setiap kali bertemu dengan aku ada sahaja keluhan. Bila ada masalah akulah tempatnya meluahkan perasaan. "Aku pelik betul dengan kau. Apa lagi yang kau nak dalam hidup? Belajarlah bersyukur, sekurang-kurangnya kau dah berkahwin. Tengok aku yang tidak berkahwin lagi, hidup single sendu tau!" luah aku.

"Kata kau, sunyi sendu konon! Boyfriend ramai pun masih sunyi? Hei... kahwinlah apa tunggu lagi," kata Melissa yang tersenyum manis.

"Kalau ada yang sesuai hari ini juga aku kahwin. Tapi tiada yang sesuai," jawab aku. "Kau bukan muda lagi nak cecah 40 takkan tak jumpa lagi bakal suami. Laki aku kata, perempuan kalau umur sampai 40-an tak kahwin, mesti ada something wrong dengan perempuan itu!" kata Melissa lagi. 😜

"Ah... kau jangan nak macam-macam," jawabku sambil menghirup kuah laksa tetapi fikiran melayang, terbayang lelaki yang ada di dalam fikiran entah kenapa hati merasakan semuanya tidak ada masa depan.

"Weh Ariana, kau ada kenal mana-mana orang berubat yang pandai tak? Aku nak pergi minta awetkan rumah tangga aku ni... nak kasi 'ubatkan' laki aku biar dia sayangkan aku seorang."

"Huh? Pulak? Tolonglah, sejak bila kau pandai 'mak esah' ni?" hampir tersedak kuah laksa apabila mendengar permintaan Melissa itu.

Kata Melissa, suaminya Ash sudah jarang pulang ke rumahnya. Banyak meluangkan masa memerap di rumah bini pertama, membuatkan Melisaa tak senang duduk. Mak Cun orang gaji bini pertama bertindak sebagai informer kepadanya. Mulanya aku tertanya-tanya bagaimana Melissa begitu rapat dengan Mak Cun,rupa-rupanya dia yang arrangekan pengambilan maid. Apabila Ash mencari meminta tolong, apalagi Melissa bijak mengatur plan baik punya. Setiap hari dia akan menelefon orang gaji bertanya.

"Kau tahu tak, madu aku sekarang sudah pandai berbomoh. Tiap-tiap pagi dia akan beri air untuk Ash, minum. Sejak itu Ash macam acuh tak acuh dengan aku," tuduh Melissa. "Aku dah lama tak mendapat ni weh!'"

"Mel please, janganlah jadi minah kg.com totok. Mana kau tahu bini tua dia main ilmu hitam? Bila laki tak balik rumah asyik berkepit dengan bini pertama dikatanya sudah di bomoh bini pertama! Girl!"

"Kalau aku jadi Ash, balik rumah asyik minta duit, nak beli itu dan ini, lelaki mana yang tahan? Kau kena ingat Mel, suami kau itu dah lalu segala macam susah senang dengan isterinya. Memang layaklah kalau dia beri perhatian lebih pada isteri pertama yang sudah banyak berkorban untuknya!" Aku faham benar dengan sikap Melissa, dia seperti kebanyakan wanita yang hidupnya asyik mahu cantik sahaja. Botoks sana-sini, hari-hari pergi buat rambut. Manicure, pedicure memang tak pernah miss.

Dengan Melissa, Ash tidak dapat meluahkan segala hal kerja kerana Ash takkan faham. Sedangkan bila dia bersama isteri pertamanya mereka boleh berkongsi cerita. Masing-masing sudah faham sesama sendiri, kalau ada masalah selalu bertukar-tukar pandangan dan cadangan dalam hal berkaitan keluarga mahupun perniagaan.

"Tapi aku buat ini semua sebab nak cantik selalu depan Ash. Tak mahu dia cari betina lain! Jadi orang perempuan ni, kalau mahu bahagia, kita kena banyak sacrified," pandai pulak minah nj menasihati aku sambil menambahkan calitan bedak pada pipinya.

"Ala... Mel oiii, lelaki kalau dia nak cari yang lain dia boleh cari. Kalau kau perempuan tercantik sekalipun, kalau dia nak gatal gelenyar miang, dia cari juga perempuan lain. Nanti kau juga yang tak boleh nak kawal."

"Kau tak berada di tempat aku, jadi kau tak rasa apa aku rasa. Aku makan hati, kau tak tahu!" Melissa merengus. "Ya... aku tahu. Kau yang sanggup berkongsi kenapa pula mahu meminta lebih kan?" jawabku selamba badak I don't care.

"Kau lupa, ada sesuatu yang kau dapat perlu kau bayar. Jangan nak banyak complaint. Kalau nak berkasih sayang sangat janganlah gatal kahwin suami orang. Suami kau businessman, masanya terhad, separuh hidupnya adalah kerja dan yang lagi separuh itu lah dia nak berkongsi suku untuk kau dan suku lagi untuk isterinya. Dan kau jangan lupa bahagian anak-anaknya pula!" Balas Melissa, "Aku nak kerja, nak juga dapat duit sendiri, bosanlah duduk rumah! Aku tak ada anak, bosan sangat. Dah macam-mcam cara aku cuba nak mengandung. Kau cakap saja apa... IVF? Semua aku dah try! Itu belum masuk berubat kampung lagi. Badan aku ini dah macam lunyai kena urut! tetapi sampai sekarang masih tak ada rezeki lagi."

FEMININWhere stories live. Discover now