Rembulan mengambang penuh
Lantai berwarni memecah malam
Mereka berpesta riuh
Meraikan jiwa-jiwa kelamBintang terhampar di dada langit
Bagaikan pesta lampu picit
Mereka rancak berhimpit-himpit
Jalan menuju syurga semakin sempitMalam itu
Tiada cahaya rembulan
Tiada bintang mengerdip
Mereka tersepit dalam gelap
Tatkala cahaya mentol semakin malapMereka mulai menangis tersedu-sedan
Selepas terpedaya dengan sang bulan
Juga kerlipan bintang yang tidak berpanjangan
Memaku kepala mereka di garisan kesesatanMaka
Bersoraklah syaitan keriangan
Anak-anak adam
Dilapah kekenyanganKemudian,
Bahu-bahu mereka ditepuk lembut
Lalu berbisiklah ke telingaTidurlah
Sahabatku tidur
Jalan pulang kau masih kabur
Masih awal untuk kau menempah kubur
Selagi hidup -- harus takbur
Ayuh, aku bawa kau berhibur.
YOU ARE READING
Sehari Selembar Puisi
PoetryMinda setumpul bilah Diasah bersama perahan limau Mengelar bait bait sepi Tajam dan sinis