Derapan tapak kaki aku dan Yuyu memakin kuat dan kerap. Langkah semakin laju. Nafas kami mula tersekat-sekat. Waiter creepy akan habis shift sebentar lagi. Aku dan Yuyu harus mendahului waiter creepy.
"Lagi sepuluh minit kita sampai kot. Kita patut ambil kanan dekat siii....nii"
Jalan mati lagi. Dan tiada lorong tikus untuk kami lalui. Percaturan kami salah. Mahu cari shortcut tetapi tercari bala. Bala yang akan menunggu kami di depan Hotel Marissa kalau kami lambat. Nak tak nak, kami harus lalu di depan Hotel Marissa. Itu sahaja landmark yang kami ada untuk menuju ke apartment Alfie. Dah dua kali kami bertemu jalan mati. Kami dah gunakan 30 minit untuk mencari jalan. Aku selalu ada masalah macam ni. Bila mahu cepat ada sahaja yang menghalang. Seorang bell boy di hadapan hotel lima bintang di Via Veneto. Botak dan perutnya kedepan. Tetapi segak mengenakan suit, tie dan tanda nama. BONIFACIO.
"Excuse me. Hmmm Bonifacio. Can you help us out on how to get to Via Marsala? Somewhere around Hotel Marissa?"
"Ahhhh...You guys are travellers huh. Dont stay at big hotels like this. It's easy to get there, just go straight and get to the underground train. Head to Roma Termini. 5 minuti you will reach"
Alamak. Aku dan Yuyu dua-dua cuma ada 5Eu setiap seorang. Kami tidak mahu menggunakan setiap sen yang kami ada. Lagipun kami tahu kami sudah hampir. Cuma tidak pasti jalan nya. Macam memandu di Kuala Lumpur. Kau dah nampak Menara Tabung Haji sebelah kiri tapi kau blur kat mana nak U-turn nak sampai betul-betul dekat parking Menara Tabung Haji tu. Kemudian Yuyu mengambil baton aku untuk bertanya. Aku sudah kebingungan. Malam yang dingin terasa panas.
"But we don't want to take the underground train. We want to walk."
"NOOOOO...NOOOOOO...NOOOOOO...Don't walk!!! It is very far. Take the train."
"Hmmm..OK..Anyway gratzie"
Kami melambai tangan kami tanda selamat jalan. Aku dan Yuyu masih berdegil. Kami tidak mahu menaiki train. Atas sebab keselamatan diri dan ongkos. Entah bagaimana setelah mundar-mundir selama 15 minit, Yuyu berteriak girang sambil melompat.
"Wei. Aku perasan tempat ni tadi dalam bas. Kita ada lalu. Hang peghasan dak tadi?"
"Ha'ah! Ya Allah. Alhamdulillah. Kalau aku boleh solat ni, sampai apartment aku terus sujud syukur"
Kami meneruskan lagi perjalanan. Kami masih optimistik. Waiter creepy tadi mungkin habis lewat. Harus mengemas restauran. Atau dia sudah letih menunggu kami setelah sekian lama dan pulang ke rumah. 20 minit dari jalan tadi, Roma Termini sudah ada di depan kami. Lega selega nya. Sudah terbayang bantal dan bilik mandi. Selepas melintasi Roma Termini kami mempercepatkan lagi langkah. Scarf diangkat untuk menutupi separa muka kami. Hotel Marissa ada di seberang jalan. Kami cuba berlari apabila terdengar suara waiter creepy sayup-sayup memanggil kami. Tetapi dia lebih pantas dan memintas kami di depan. Rokok masih dijarinya. Kereta Fiat Punto model lama diparkir betul-betul di hadapan Hotel Marissa.
"Hey.Hey. Where are guys going?"
"Oh sorry. We don't see you there. We need to sleep. We have an early train tomorrow morning. Bye!"
Pandai Yuyu cover line.
"More reason for you not to sleep. If you sleep there are chances you will miss the train. Come on. Let's have a drink. At my apartment. I will take you with my car. See? Nice car. Or maybe at your hotel room"
"Eh dia ni. Ingat kita kebuloq sangat nak naik gheta dia. Pungkoq dia!"
Kata Yuyu selamba kerana tahu waiter creepy langsung tidak faham apa yang Yuyu katakan. Aku menolak-nolak tangan Yuyu. Aku memang penakut bab-bab lelaki stalker ni. Aku pernah terkena dahulu dengan Abang Dewan Makan(DM) di sekolah. Bila giliran menu ayam goreng dia akan duduk di tray ayam. Merenung mata aku tajam sambil berkata
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...