Hulu berus gigi yang sudah dicalit ubat gigi aku gigit. Dengan tuala dan beg kecil berisi peralatan mandi. Yuyu mandi di bilik mandi di dalam bilik. Bilik kami dan bilik Alfie sahaja yang ada en suite bathroom. Lagi dua bilik berkongsi menggunakan bilik air di ruang tamu. Jadi bilik kami mahal sedikit. Melihatkan apartment Alfie yang sudah sunyi dan semua penghuni lain sudah tidur, aku membuat keputusan untuk mandi di bilir air kongsi di ruang tamu. Apartment Alfie ada 4 bilik. 3 disewakan untuk AirBnb dan lagi satu untuk kegunaan sendiri. Dekorasi rumah Alfie bertemakan kontemporary. Mix and match. Bangunan apartment yang rustic dan vintage ini seperti diberi sentuhan segar dengan dekorasi yang moden. Hari ini apartment Alfie full house. Kesemua bilik dihuni. Disebabkan oleh aku dan Yuyu tiba paling awal dan pulang paling lewat, kami tidak berkesempatan berjumpa dengan penghuni yang lain. Esok adalah malam terakhir kami di sini.
Tombol air panas dan sejuk aku buka serentak. Aku laraskan supaya mendapat suhu yang sesuai untuk aku membilas badan. Entah apa yang sudah melekat setelah seharian. Tambahan pula aku sedang datang bulan hari pertama. Kalau di Malaysia mungkin aku cuma dapat bertahan hingga jam 8 malam. Musim sejuk dan cuaca disini yang kering membolehkan aku bertahan dari pagi sehingga tengah malam untuk mandi. Kalau di Malaysia aku sudah bermandikan peluh dengan jumlah langkah di Fitbit aku yang mencecah 30000 step count.
Puas dapat mandi. Badan segar dan bersih. Aku keluar bilik air dengan sebelah tangan memegang beg kecil peralatan mandi dan sebelah lagi mengonyoh rambutku yang basah dalam keadaan kepalaku yang menunduk. Satu suara datang dari arah dapur. Aku mengangkat kepalaku dan berhenti sebentar. Alfie di penjuru dapur memegang secawan air panas dan menyapaku. Baunya semerbak. Gabungan koko dan kopi. Dia sedang menikmati hot mocha sebelum tidur.
"You was your first day roaming in Rome?"
Aku menunjukkan tapak tangan ku sebagai tanda sebentar. Aku membongkok meletakkan beg kecil di lantai dan memanjat untuk duduk di atas bar stool yang tinggi di hadapan kaunter dapur Alfie. Menghadap Alfie. Setelah memintal tuala di kepala seperti sikh yang memakai turban, aku jawab pertanyaan Alfie.
"It was great most of the part. And we encountered something scary too"
"What happened?"
Aku teruskan bercerita tentang lelaki berkostum dan waiter creepy. Alfie mendengar dengan tekun sambil membuatkan aku hot coco. Aku tidak bisa minum kopi di waktu malam. Nanti mata membulat dan tidak bisa lelap. Alfie memberitahu aku yang lelaki berkostum itu bukan sesuatu yang asing. Ada beberapa kes lain dengan modus operandi yang berbeza dengan objektif yang sama iaitu menyeluk saku dan membawa lari barang berharga. Pastikan tiada yang terlepas dari pandangan. Sebab itu daypack aku diletakkan di kaki dengan satu shoulder strap di sarung ke dalam kaki aku. Kerana tanpa kecuaian, mereka tidak akan berjaya mencuri daripada kita.
Banyak yang kami sembangkan. Alfie seorang barista di kafe lokal. Tempat kerja nya hanya 5 minit jika menaiki kereta. Alfie juga menerangkan yang orang Italy tidak biasa berjalan jauh. 5 minit keatas dikira jauh. Jadi setiap direction yang diberi akan berlandaskan laluan keretapi metro. Melainkan tempat itu memang tiada pilihan lain melainkan berjalan. Shift kerja nya bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. AirBnB adalah bisnes sampingan. Rakan nya yang membuka kedai barang secondhand tadi selalu membantu proses check in, check out dan melayan tetamu ketika dia sibuk di tempat kerja. Cita-citanya adalah ingin menjadi pengusaha boutique hotel dengan kafe sendiri. Dia memang dibesarkan di Rome. Ibunya sudah meninggal dunia dan bapanya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga lain. Apartment ini adalah peninggalan mendiang ibunya. Mujur bapa dan ibu tirinya tidak gilakan harta. Apartment peninggalan ibunya diserahkan kepada Alfie sepenuhnya.
Setiap hirupan hot coco Alfie bisa memberikan aku euphoria. Bukan seperti hot coco instant di Malaysia. Hot coco yang di buat fresh dengan menggunakan 4 bahan asas ini. Susu, madu, coklat gelap dan secubit serbuk kayu manis yang dipanaskan di atas api yang perlahan. Dikacau dengan cermat sehingga kepingan coklat itu cair sepenuhnya dan semua bahan sebati.
Sudah jam 1 pagi. Alfie harus tidur kerana dia harus bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk semua tetamu. Aku memberitahu Alfie supaya dia tidak menyediakan makanan yang berunsurkan daging untuk aku dan Yuyu. Dia mengangguk tanda faham. Aku sudah menyatakan awal-awal tentang limitasi makanan sewaktu aku membuat tempahan. And I mentioned clearly that we are muslims.
"Don't worry. The breakfast will be made fresh once you are ready. You can choose either bacon or salmon. It will be served with bread, egg, jam and butter. I will not use the same utensil."
Alfie mengucapkan selamat malam dengan senyuman yang manis. Aku mengangkat tinggimug yang tadinya diisi hot coco sebagai tanda terima kasih. Setiap titis dinikmati sebelum aku membasuh mug tadi dan meletakkannya di tempat menggantung mug.
*****
Lampu bilik masih terang bila di lihat dari ruangan kecil di kaki pintu. Yuyu masih belum tidur. Sibuk melayan whatsapp.
"Seghonok hang borak ngan Alfie noh."
"Mana ada. Biasa-biasa je lah"
"Hmmmm.Ya lah tu. Jangan buat onar kat sini Ain. Sat lagi apa aku nak jawab kat abah hang kalau hang tak mau balik."
"Karut la kau ni. " Aku membaling tuala ke tepat muka Yuyu. Cepat-cepat dia mengalih tuala kerana menggangu sesi bermesej dengan sayang misteri dia.
"Sayang aku pesan ni. Jangan lupa contact keluarga. Ingat janji hang dekat abah"
"Sibuk lah sayang kau tu nak nasihatkan aku. Tahu lah. Cakap kat dia kalau nak nasihat aku kena jumpa depan-depan"
"Sabaq laa...Nanti aku kenaikanlah hampa"
Sekarang sudah jam 7.00 pagi di Malaysia. Abah dan mak selalunya sedang bersiap-siap untuk ke sekolah. Mak dan abah ada minat mendalam untuk mengajar budak-budak sekolah. Walaupun alumni sekolah mereka sering mengejek karier mereka yang dikatakan mensia-siakan degree dan master dari salah satu universiti berprestij di US mereka hanya membalas dengan senyuman. Teacher is a noble job. Tetapi semakin lama tugas guru semakin sukar kerana kekangan dari ibu bapa. Mujur abah berkahwin dengan guru kaunselor. Jadi selaku guru disiplin abah tahulah bagaimana nak main dengan psychology anak murid. Kerana itu karier ibu bapa ku, aku tanamkan sikap hormati guru. Nakal macam mana pun aku, dengan cikgu mesti hormat. Kalau diikutkan aku memang anak cikgu yang paling terjal. Tapi masa sekolah aku tidak pernah kantoi buat jahat. Pengalaman berborak dengan abah si guru disiplin telah memberi aku 'insight' dari sudut pandangan seorang guru disiplin. Dalam setiap kenakalan aku akan pastikan aku tidak akan ditangkap. Untuk menjaga air muka ibu bapaku yang juga berkhidmat sebagai guru. Nak buat jahat pun kena pandai.
Aku capai HP yang aku tinggalkan dari waktu mencari jalan pulang di Rome tadi. Membuka whatsapp group keluarga kami.
"Salam abah dan mak. Adik sightseeing di Rome harini. Alhamdulillah semua selamat. Mak dan abah have a great day ye. Jangan risau tentang adik. Makan minum semua cukup di sini. :-) "
"To angah and along, adik dah beli tshirt Hardrock. Korang jangan nak bising-bising minta souvenir lagi"
*typing
"W'salam. Adik jangan nakal-nakal disana. Mak dan abah rindu adik. Jangan lupa stay in touch. Bila ada wifi call lah kami guna whatsapp call" balas mak
*typing
"Adik. Arif datang depan rumah. Kurang ajar dengan abah. Marahkan abah. Katanya abah menghalang hubungan adik dengan dia."
"Hah? Mengadalah dia tu abah. Kalau abah rasa abah tak boleh nak handle dia abah telefon polis. Dia dah desparate sangat lah tu sampai cari di rumah. Adik dah block dia terus"
"Dia dapat tahu adik pergi Europe. Lagilah dia naik berang. Katanya tak ajak dia."
"Abah suruh dia talk to the hand. Kata kat dia adik tak hingin. Dah tak ada apa-apa nak ajak dia buat apa lagi.Ish"
"That's my girl. Nanti dia datang abah baling sampah kat atas kereta dia"
Haha. Abah oh abah. Buat lah abah oi. Aku tidak boleh bercerita tentang kejadian pagi. Kalau mak abah dapat tahu mungkin mereka akan terpacul di depan pintu apartment Alfie. Aku dah beri semua details bertulis kepada abah. Along dan angah tidak membalas. Masih tidur atau mungkin sudah dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku meminta diri untk tidur. Esok lah baru telefon mereka. Mata ni macam dah ada gam gajah. Tenaga harus disimpan untuk perjalanan esok.
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AdventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...