Rania dapat rasa matanya makin berat. Seluruh tubuhnya terasa lesu. Jam sudah melepasi tengah malam. Asyik berjalan dan berbual dengan Mrs Choi dan Ardell langsung tak perasan masa yang berlalu.
Esok mereka akan pulang ke Korea. Rania ada offer nak hantar mereka ke airport tapi Eomma sungguh sungguh menghalang. Eomma kata, sudah ada pemandu yang akan menjemput mereka awal pagi esok. Mereka berpeluk sebelum berpisah tadi. Berkali kali Mrs Choi dan Ardell berpesan supaya jangan kecewakan Ayden.
Rania terkial kial membuka grill rumahnya dengan tangan penuh dengan paperbag. Sama seperti Ayden, ibu dan kakaknya juga suka memberi. Macam macam diorang belikan untuk Rania. Jenuh Rania menolak. Naik segan dibuatnya. Kata Eomma, sebagai upah tutup mulut supaya Rania tak mengadu apa apa pada Ayden. Ketawa besar Rania.
Sebaik pintu dibuka Rania dapat dengar suara dari television. Iris tak tidur lagi?
"Raniaa!!" Terkejut Rania bila disergah tiba tiba. Kus semangat. "Kau pergi manaaa?! Aku call tak dapat. Kau buat aku separuh nyawa risau tau tak?" Iris sudah membebel.
"Sorry wey. Phone aku prob sikit. Sorryyy tak ada niat nak buat kau risau." Rania memohon maaf. Tak sengaja terbuat Iris susah hati. "Aku jumpa mak Ayden."
"Jumpa whooo??" Iris memekup mulut. Terkejut. "Weyy mak dia buat apa jumpa kau? Dia serang kau ke? Ada cedera kat mana mana takkk?" Iris bertukar cuak. Mana tau kot kot Mak Ayden serang Rania macam dalam drama korea yang diorang selalu tonton tu. Iris belek belek tubuh kawan baiknya itu. Rania ketawa mengekek. Drama betul Iris ni!
"Aku okeyy la! Helokk sihat walafiat." Tangan Rania laju mengunci pintu. TV ditutup. "Ceritanya panjang sangat so esok aje la aku cerita. Sekarang dah lewat. Kita tidur dulu." Rania tolak tubuh Iris. Iris sengaja memberatkan badan. Berkeras. "Tu paperbag banyak banyak mana datang pulak? Ehh hantaran ke wey? Mak dia tak marah eh? Mak dia restu ke?" Iris masih belum mengalah.
Sampai di bilik Iris, Rania tolak Iris ke dalam bilik. "Esok kita cerita ye! Sekarang tidur dulu. Good night, besprenggg!" Serentak itu pintu bilik Iris, Rania tutup. "Aku tak mengantuk lagiii!" Iris menjerit dari dalam biliknya. "I lovee youu!" Rania pula menjerit sambil geleng kepala dengan perangai tak menyabar Iris.
Selesai mandi dan bertukar pakaian, Rania melabuhkan tubuh di katil. Lega bila badannya dapat bertemu tilam empuk. Sesudah mandi tiba tiba matanya terasa segar pulak.
Rania nyalakan lampu tidur di meja kecil bersebelah katil. Handbagnya digeledah. Mencari handphone yang gelap tak 'bernyawa' dari tadi. Simcard dan memory card yang telah dipulangkan kembali oleh Mrs Choi dimasukkan. Handphone itu kemudian dihidupkan.
Menderu deru notification masuk. Rania check missed calls. Dari Iris ada 39 missed calls dan dari Ayden ada 109 missed call. Astaga. Tak lenguh ke jari orang tua ni? Rania jeling jam di handphonenya, sudah lewat sangat. Esok saja dia call Ayden.
Icon WhatsApp ditekan. Mak aihh cecah seratus jugak mesej dari Ayden. Free sangat ke Ayden ni? Pagi tadi cakap hari busy sangat. Banyak pulak masa dia asyik mesej Rania.
'Rania?'
'Rania where are you?'
'Rania what are you doing?'
'Raniaaaa where are you?'
'Rania don't scare me!'
'I'm sorry Rania, have eomma comes to you?'
'Rania why didn't you answer my calls?'
'Rania stop playing around, this is not funny!'
'Rania I'm deadly worried! Answer me ASAP!'
'Oh hell, Rania this is killing me!'
'Did eomma hurt you?'
'You're not leaving me right?'
'RANIAAAAA!!'Belum sempat Rania baca sampai habis, panggilan dari Ayden masuk. Tangan dia segera menekan button accept. Bukan dia sengaja nak buat Ayden risau.
"Raniaaa are you okey?!" Ayden terus serbu dengan soalan. Suaranya jelas kedengaran cuak. "You scare me to death. Are you okey? Please tell me, are you okey? Did eomma hurt you? Tell me if she does. Ohh Rania why did you stay in silent? Did you hurt anywhere?" Ayden semakin gelabah bila Rania hanya diam. Merajukkah Rania? Terukkah diserang Eomma?
"How can I speak when you talk non stop?" selimut dihujung kaki Rania tarik hingga ke dada. Dia ketawa kecil. Indah rupanya bercinta itu. Kalau dia tau Ayden semanis itu, lepas sekolah dia dah ke Korea cari Ayden. Amboiii gatai.
"I'm so sorryyyy. I'm just too worried because I couldn't reach you. What actually happened Rania?" menyedari kekalutannya Ayden laju memohon maaf. Sabar Ayden. Tak lari gunung dikejar. Ahh. Gunung memang la tak lari. Ini manusia ada kaki bila bila je boleh lari.
"Your mom said I should never called his name ever again." Timbul idea nakal Rania untuk mengenakan Ayden. Suaranya sengaja disayukan
"Ohh my. Forget about that Rania. Eomma just teased you. She just playing around. I'll talk to her later. You don't worry. Just stay by my side. I'll never leave you so please don't leave me too. I'll discuss..."
"She asked me to call her Eomma instead." Rania segera mencelah. Tak sampai hati dengar suara gelabah Ayden lama lama.
"Eomma what? Oh my. Did eomma just said yes?! I'm having butterfly nowww!"
"Eomma asked me to take a great care of you. She asked me to love you still, even in your darkest time." Rania mengulang semula pesanan Mrs Choi. Pesanan yang sudah terpahat utuh di hatinya.
Ayden terdiam. Terharu dengan permintaan Eommanya. 'Thanks, Eomma! You're the best Eomma!'
"..and I promised her, I will." sambung Rania. Ayden makin terharu. Semakin dia jatuh cinta. Semakin dia sayang pada Rania. "Please keep the promise. I want to spend my whole life with you." suara Ayden mulai serak. Dadanya terasa sesak dengan perasaan indah.
"I will, as long as you promised to love me." Rania menabur janji. Selama Ayden masih sayang, selama itu Rania kan setia.
"Till my last breath, Rania. Till my last breath." Rania kesat air mata terharu dengan janji yang diikrar Ayden.
"Ardell unnie told me I might get drowned in your cheeziness and she said you're the silliest person he ever know." Rania cuba menceriakan kembali suasana.
"Do not listen to her! She's crazy. She's the craziest living thing." terus terburai ketawa Rania. Dua beradik tu sama je.
"Rania... I'm sorry I didn't tell you about Eomma coming to meet you." Ayden masih dibelenggu rasa bersalah. "It's okay, Ayden. Eomma just worried about you. That's why she did what she have done. No worries." Tiada apa yang perlu Ayden risaukan. Semuanya baik baik sahaja.
"What did Eomma said?" Ayden masih belum puas hati.
"I can't tell you that. Eomma bought me a lot of things for me to keep my mouth shut." Rania ketawa besar. Teringat upah tutup mulutnya dari Eomma. Hadoii. Kelakar.
"Are you saying you are keeping secret from me? Yaaa!! I can buy you double than what Eomma bought!" Ayden sudah membentak bentak. Nak berahsia pulak Rania ni. Terpinggir pulak rasa.
"Nope. I'm not gonna tell youu I'm not gonna tell." Rania sudah bernyanyi riang. Nak tergelak pon ada dengan sikap keanak anakkan Ayden. Dengan Eomma pon cemburu ke?
"Are you taking Eomma's side?"
"Yes of course!"Rania ketawa besar mendengar Ayden membentak. Hadoiii kalaulah peminat peminat Ayden tau perangai comel Ayden ni.
"Raniaaa."
"Hurmmm?"
"I'm sorry I can't be with you to face Eomma."
"No worries. I'm doing just great.""I can't even go to meet you. I've tonnes of work. All those recording, meeting, photoshoot, tvc shoot, everything. I miss you, Rania. Too much."
"Just finish whatever you need to and come to me after that. I'll always be here, waiting."
"Raniaaa.."
"Yess?"
"Are you really okey?"
"I'm doing fine, sayanggg.."
"Sayang?"
"Google it!"
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...