BAB 1

538 25 1
                                    


    Hari Ahad yang mendamaikan. Tidak ada apa-apa kerja yang perlu dilakukan pada hari cuti umum ini. Kepala mendongak memandang langit yang mendung. Awan yang bertukar warna menjadi kelabu itu menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Tidak kisah hujan atau ribut yang akan melanda, Nadiatul Adawiyah takkan pulang selagi dia tidak puas. Walaupun dia seorang diri di taman permainan ini, dia tak takut. Hadirnya dia ke sini untuk menenangkan jiwa. Bukan untuk takut semata-mata.

Tekaknya terasa kosong. Rasa yang hanya dia seorang saja tahu. Sebatang rokok dikeluarkan dari dalam poket. Dibakar hujung batang tersebut kemudian dihisap dengan rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Rasa nikmat yang teramat apabila menghembuskan asap yang keluar melalui hidung itu.

Ya, inilah Nadiatul Adawiyah binti. Mohammad Razi. Seorang gadis berumur 19 tahun.

Ya, dia hisap rokok. Apa kau ingat lelaki saja yang boleh hisap rokok? Berapa ramai lagi perempuan yang hisap rokok di luar sana. Nak bagi tarbiah sentap? Simpan sajalah air liur kau tu. Nadiatul orang tak makan saman. Dia tahu apa yang dia buat salah. Ah, siapa kisah?

Hidup seorang diri. Ketika berumur 17 tahun sudah pandai hidup berdikari. Hidup sara diri sendiri, kerja makan gaji tanpa meminta pertolongan manusia untuk meraih simpati. Hilang keluarga tiga tahun yang lalu. Niat dihati tak mahu dikenang kembali kerana peritnya rasa dihati Tuhan saja yang mengerti.  Nadiatul bukan anak yatim piatu. Hilang keluarga baginya dia dihalau keluar dari rumah.  Hanya disebabkan dia tidak menjaga batas pergaulan, ayahnya telah menghalau dia keluar dari rumah.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Dua abang lelaki dan seorang adik lelaki bererti dia seorang sahaja gadis melayu terakhir. Tidak punya ibu atau ayah tiri, hidupnya cukup sempurna namun ianya tidak kekal lama.

Hidupnya sempurna dari kecil hingga tingkatan 3. Dia masih ingat pertengahan tahun ketika berumur 15 tahun, perhatian yang diberikan oleh ibu dan ayahnya semakin kurang. Tidak seperti sebelumnya. Nadiatul yang berfikiran polos pada ketika itu hanya mengabaikan rasa itu. Lama-kelamaan ibu dan ayahnya seperti tidak menyedari kewujudannya.

Pada mulanya, dia berfikir mungkin Ummi dan Abahnya penat bekerja. Ye lah, keluar pagi balik malam. Namun, apabila mereka pulang kerumah, mereka hanya tanya mana abang long? Mana angah? Mana adik?

Kemudian, mereka tanya tiga orang tu dah makan ke belum? Ada keluar rumah tak?

Pertanyaan Ummi dan Abahnya hanya berkaitan dengan adik-beradiknya. Tidak pula mereka tanya fasal Nadiatul.

Semakin hari semakin sakit hati ini apabila dirinya seperti tak wujud. Tak tahu apa salah yang dia buat sehinggakan dia diabaikan.

Sejak dari itu, Nadiatul mula berkawan dengan lelaki. Baginya, lelaki ini lebih memahami masalahnya berbanding perempuan. Malas mahu ingat kesemuanya. Benda dah berlaku.

Hari demi hari dilalui tanpa menghiraukan manusia di sana sini. Waktu malam keluar melepak, pagi sampai tengahari pergi sekolah. Ya, tak lekat kat rumah. Siapa yang kisah. Ada kat rumah ke tak ada ke samanya. Tak wujud.

Satu hari, Nadiatul pulang kerumah pada pukul 2:30 pagi. Seperti biasa. Suasana di dalam rumahnya seperti selalu. Gelap. Perlahan-lahan kakinya mendaki anak tangga. Tidak lama kemudian, satu suara menyapa.

"Pergi mana?"

Nadiatul tersentak. Suara itu....

"Abah tanya ni. Kamu pergi mana?" Tegas Encik Razi bersuara. Membuatkan Nadiatul kaku seketika.

"Aaa pergi--" Nadiatul menggigit bibir. Kenapa rasa takut sangat ni?!

"Berapa kali nak abah pesan, jangan bergaul dengan lelaki. Abah tak suka." Kata Encik Razi tanpa mendengar penjelasan Nadiatul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta HidayahWhere stories live. Discover now