Meow! LRT dah memekak berbunyi tanda pintu mahu tertutup. Cepat!
Aku punyalah berlari menuruni tangga terkangkang- kangkang. Selamat pakai flat shoes. Bergegar- gegar lemak perut aku. Aku tak peduli semua tu! Janji sempat masuk.Tetapi secepat manapun larianku, pintu LRT memang dengan dengkinya menutup pintu dahulu. Tidaakkk!!!! Lrt meninggalkan aku begitu sahaja. Aduh drama pulak!
Terpaksa la tunggu lrt lain datang. Haih! Sementara itu aku membelek iphone 5s aku. Wow banyaknya mesej dari Whatsapp. Grup apa yang bising ni. Pfttt! 1000++ mesej hanya dari Aizam. Apa lagi budak ni nak?!
Buat pengetahuan engkorang semua. Aizam merupakan Bf aku. Eh! Ex- BF. Kira macam anak ikan la sebab dia masih belajar di Universiti. Aku tua 4 tahun dari dia. Huhuhu. Macam mana jadi ex? Kelmarin aku nampak dia dok elok dating peluk- peluk, cium- cium ADIK AKU SENDIRI! Yelah mentang- mentang adik aku cantik kurus mestilah dia terpikat. Aku yang gemuk nan hado ni hanya jadi sugar mommy dia je. Tetapi aku tak ada la 'bi*th' sangat nak pergi serang diorang ke apa. Break up je senang! Walaupun agak kecewa sebab dah banyak sangat duit aku habis dekat Aizam. Nasib baik aku kaya.Lol! Kaya lah sangat~
Aku membaca satu- satu mesej Aizam. Dia memujukku. Yelah, 'bank bergerak' dia dah tahu yang dia curang kan mahu tak susah hati. Malas nak layan budak ni lagi. *block*
Ehh! Lrt dah sampai. Aku berdiri dari dudukku. Dan selepas LRT berhenti dan membuka pintunya, apa lagi masuklah kan!
..........
"Kenapa lambat harini Ainul?" Tanya Manjalara, kawan sekerja aku dekat butik yang serba megah kepunyaan boss kesayangan, Cik Tihany comel. Wow! Aku dah puji ni, harus dapat bonus lebih!
"Semalam tengok drama korea sampai pukul 3 pagi. La ni dah lambat bangun. Sebab tu lambat.Hehehehe." Aku tersengih.
"Kau ni kan aku dah cakap jangan tengok drama sampai lewat malam. Nanti kang penat, letih senang dapat penyakit. Dah demam tu kang mula la mengadu kat aku macam- macam. Aku bukan marah, aku nasihat kau tu degil....." Cik Farisha dah mula membebel. Tak padan dengan katik, mulut tu kemain lagi besar. Hmmm macam biasa lah Farisha terlalu mengambil berat tentang rakan- rakan kesayangannya.
"Hai! Good morning!" Sapaan dari Faeeq mematikan bebelan Farisha.
"Good morning Encik Faeeq!" Kami semua membalas serentak.
"Cik Tihany mana?" Tanyaku. Yelah Encik Faeeq ni kan P.A 'kesayangan' boss. Jemput hantar dan hal- hal lain yang berkaitan dengan boss semua kerja dia.
"Oh hari ni boss kesayangan korang tu datang sendiri. So aku tak payah nak pergi ke rumah dia, nak ambil dia bagai." Beritahu Faeeq.
"Oooooohh!" Kami semua mengangguk serentak. Kahkahkah! Kelakar pulak bila semua serentak mengangguk.
"Eh dah la karang boss sampai kang tengok kita tak buat kerja, meroyan pulak dia. Karang gaji kita semua kurang. Dah kurang...." Farisha dah mula balik membebel.
"Dah la tu Isha. Kalau kau membebel kang sampai esok tak habis." Manjalara cuba menghentikan Farisha.
"Yelah- yelah! Korang memang selalu macam ni. Aku bagi nasihat sikit bukan nak dengar. Kalau jadi apa- apa kang aku jugak yang susah. Baru tahu korang nak mengadu macam- macam...." Huh! Mula balik dah.
..........
"Wey! Dah pukul 7 malam. It's time to balik! Dah babai. Aku nak balik." Aku mengemaskan barangku.
"Ok babai jumpa esok." Mereka berkata.
"Manja, aku bawak balik baju ni ek. Sambung jahit dekat rumah." Aku menyangkut jubah hitam yang berada di dalam plastik itu di lenganku.
Manja hanya mengangguk. Diorang balik pukul 10 nanti sebab semua rumah dekat. Aku diberi pengecualian. Baik tak cik Tihany? hahahaha. Bak kata Cik Tihany, 'rela i lepaskan you awal. Diorang yang lain naik kereta, you kenderaan awam. Tak elok balik lambat. Lagipun rumah you jauh.' Awwww! Makin sayang aku dekat boss!
Dah la. Kang lambat pulak nak balik. Kemudian aku terus keluar dari butik dan bergerak menuju KL sentral. Nak pi balik la.
.......
Aku sedang menunggu lrt di KL sentral. Haih balik ni nak makan apa ek? Tomyam? Lauk paprik? Terlalu simple. Aku ni pandai masak. Masak la yang berat- berat sikit macam nasi briyani gam ke nasi tomato ke laksam ke kan.
Pikir punya pikir.Ok set! Makan maggi asam laksa je la. Malas nak masak pulak.
Pandanganku melilau- lilau di sekeliling. Aku terpandang seorang lelaki yang sedang melihat telefon pintarnya.Drop dead gorgeous! He looks so handsome! Dengan rambutnya yang terpacak, lengan kemejanya yang terlipat hingga ke siku dan tienya yang dilurutkan sedikit ke bawah. Tak pernah pun nampak dia sebelum ni. Aku terpegun melihatnya. Nasib baik jarak antara kami jauh sedikit.
Haih Ainul, behave! Yang kau tatap dia lama sangat tu kenapa?! Kang dia perasan buat malu je.
LRT tiba. Dia masuk ke gerabak lain, aku ke gerabak lain. Hahaha. Berpisah lah kita ye Encik Handsome.Babai.
........
Aku turun di stesen Masjid Jamek dan kemudian terus ke Platform Ampang Line untuk menuju ke Stesen Ampang. Alamak! Mamat tadi tu pun ambil Ampang line. Dia berhenti dekat stesen Ampang ke macam aku?
LRT tiba. Kami masuk di gerabak yang sama. Yay!
Tempat duduk penuh, jadi aku mengambil keputusan untuk berdiri sahaja. Aku bersandar di pintu. Aku melihatnya dari jauh. Dia sedang leka dengan telefon pintar. Amboi indahnya ciptaan Tuhan ni. Dia tergelak kecil apabila dia membaca sesuatu di telefonnya. Aww comelnya! Ni kena rakam sepatutnya ni.Yes baru teringat. Ambil gambar!
Aku mengeluarkan telefon aku, i phone 6 uolls,Jangan kecam sis kay. I phone 5s tadi tu untuk hal- hal kerja dan komunikasi bersama kawan- kawan dan peminat (eceh! Bajet hot). I phone 6 untuk personal dan benda mengarut seperti game dan lain- lain.Kaya kan ada dua telefon? Opkos la!
Aku membuka camera. Hehehe. Satu.. Dua.. Snap!
Allahu! Terlupa tutup flash gile! Flash camera aku dah setkan kepada auto. Ye lah dah malam kan mahu flash tu berfungsi. Semua memandang ke arahku termasuk dia. Malunya ya ampun!
Muka aku dah merah gila ni! Tapi nasib baik dapat la ambil gambar dia. Aku menarik nafas. Okay chill! Aku mencuri- curi melihatnya. Dia sudah kembali fokus dengan telefonnya. Huh! Selamat.
Aku menutup flash. Aku mengambil gambarnya lagi. Cuba lagi, jangan putus asa.Walaupun hampir kantoi tetapi... Satu gambar je mana cukup kan?!
Ye lah mana tahu lepas ni tak jumpa lagi. Ambil je gambar dia. Lagipun dalam i phone aku ni dah belambak gambar 'strangers' yang handsome- handsome yang aku ambil gambar mereka. Dan semuanya lepas tu tak berjumpa dah. Huhuhu. Lepas aku muak tatap gamba diorang, aku buang la. Lol! Tapi mamat ni lain sikit. Dia ni dalam kategori 'gila handsome'. Yang sebelum- sebelum ni yang aku ambil gambar, semuanya kategori handsome je. Hmmm.
'Suara LRT' berbunyi. Stesen Maluri katanya. Apabila Lrt berhenti di stesen Maluri, dia turun. Alaaa ingatkan dia turun sama dengan aku dekat Stesen Ampang. Takpe la. Bukan jodoh. Babai awak.
........
YOU ARE READING
I'm Cik Stalker
General FictionIkuti kisah gadis luar alam ting tong yg kadang kala mcm psiko / gila /gatal 3 in 1 ini yang gila bayang kat crush dia. Selalu terjumpa crush dalam LRT? Awwhhh handsomenya dia buat diri terpesona setiap kali terserempak. Ingin tahu kisah lanjut? Bac...