Hamieza terpaku di ambang pintu tingkatan 4 Fajar sambil kedua-dua belah tangannya memegang tali beg galas. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling kelas barunya itu. Hamieza baru saja dipindahkan oleh ayahnya ke SMK Tasik Inderawan kerana masalah disiplin di sekolah lamanya, SMK Bandar (P).Kelas yang tadinya bising dengan suara pelajar, terkaku seketika bagai terkena renjatan elektrik. Semua mata memandang ke arahnya dengan mulut yang ternganga.
Hamieza yang merasakan dirinya diperhati, terus menundukkan wajahnya lalu segera meluru masuk ke dalam kelas. Hamieza melihat hanya satu sahaja kerusi yang kosong dan yakin bahawa itulah tempat duduknya. Disebelahnya kelihatan seorang pelajar lelaki yang sedang melentok sambil tangannya menutup muka. Sedang asyik dia menelek lelaki itu, kedengaran suara ketua tingkatan memberi arahan kepada anak buahnya untuk bangun kerana cikgu sedang menuju ke kelas mereka.
Setelah selesai memberi salam dan duduk, mata cikgu tidak lepas dari memandang hamieza. Tahi lalat di sebelah bibirnya kelihatan asyik bergerak-gerak mengikuti mulut cikgu yang mengherot ke kanan dan kiri. "Pelajar lelaki sebelah gadis cantik itu dah kenapa? Dia kena sawan unta ke?" laung Cikgu Rahimah Lalat. Itulah gelaran yang diberi oleh semua pelajar di sekolah tersebut. Seluruh kelas serta merta ketawa. Mamat Jono adalah yang paling asyik menghamburkan ketawanya sambil menepuk mejanya. Hamieza yang berasa simpati terhadap pelajar lelaki disebelahnya segera mengejutkannya setelah menjadi bahan tawa rakan sekelasnya.
Dalam keadaan mamai, pelajar tersebut terkejut melihat Cikgu Rahimah sedang mengacukan hujung rotan didagunya sebaik sahaja dia membuka mata. "Azrul Hakem, dah kemana awK pergi? Dah sampai Paris?" tanya Cikgu Rahimah. Seperti tadi, Mamat Jono masih galak mentertawakan Azrul sambil merangkak di atas lantai diperhatikan oleh cikgu. Dia yang tersedar diperhatikan segera bangun dan menepuk seluar sekolahnya yang kotor dek kerana habuk. Hamieza pula asyik melihat tanda nama pelajar disebelahnya untuk mengetahui namanya. "Azrul Hakem. Hmm, boleh tahan." bisik hatinya. Azrul segera meminta maaf kepada cikgu dengan mengatakan dia tidur lewat malam semalam kerana menyiapkan lukisan yang telah diarahkan oleh cikgu setelah lama mendiamkan diri.
Hamieza mendapat ramai kenalan baru dihari pertamanya disekolah, malah doa sudah menjadi salah seorang ahli 'star girlss' yang terdiri dari sepuluh orang gadis yang berlainan latar belakang. Star girls disertai oleh Lyah, Miera, Fiqa, Nisa, Ila, Teha, Fatin, Syud, Erqa dan Echa.
Jadi macam mana dengan bab pertama. Maaf jika cerita agak kebudak-budakan. maaf juga sebab dah lama tak update. Busy dengan study. Do enjoy this stories yaa. Keep support me. With love, myra :)
YOU ARE READING
Cerita cinta remaja
RomanceKisah 11 sahabat dengan cerita cinta mereka. Airmata dan tawa dikongsi bersama. Adakah kekal atau hanya cinta monyet?