2

205 1 0
                                    

           Amirul mengedarkan surat jemputan ke majlis hari jadinya yang ke-16 di Marriot Hotel, memandangkan ayahnya merupakan pemilik hotel bertaraf lima bintang itu. Star girls sudah pasti tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis istimewa itu. Sedang asyik mereka berbincang mengenai pakaian yang akan dipakai di majlis itu, Syahrul Asyraff yang mengetuai ahli kumpulannya tiba-tiba menghampiri mereka. Syahrul Asyraff sememangnya terkenal dek kerana sifat sombong dan kekayaan harta bapanya, Tan Sri Ridzuan. "Kalau korang rasa korang popular, mohon undur diri ya.." bidas Syakir yang memang kasar bahasanya. Sedang asyik kedua-dua kumpulan ini berbalas kata, Syahrul Asyraff sempat menjeling kearah Hamieza. "Cantik juga budak baru ni. Hmm..dahlah jom pergi, jangan dilayan sangat perempuan gila ni." Asyraff bersuara. Fiqa yang memang tidak sabar orangnya yang paling benci akan Asyraff dan kawan-kawannya.

          Star girls berkumpul dihadapan rumah Hamieza memandangkan hanya pemandu peribadi bapanya sahaja yang boleh menghantar mereka ke majlis  Amirul. Mereka sibuk memunggah bagasi kerana ingin bermalam disana memandangkan majlis yang akan selesai dah lewat malam. Sesampainya disana mereka memilih untuk menginap dibilik besar yang boleh memuatkan 10 orang penghuni. "Besarnya weh dah macam kondo keluarga aku dah!" teriak Fatin dengan terujanya. Mira lantas memberi cadangan kepada Star girls yang lain untuk berendam di kolam air panas petang nanti. "Sekarang jelah kita pergi, takut terkejar-kejar pula untuk majlis malam ni.." cadang Nisa dan Echa. Lantas dipersetujui oleh mereka semua.

         Mereka bernasib baik kerana sesampainya mereka disana kolam itu masih kosong. Dengan segera mereka menyinsing seluar untuk merendam kaki. Mieza yang selama ini hanya menyanggul rambutnya kesekolah, melepaskan rambutnya yang ikal mayang. Lyah yang ingin mengusik Mieza merampas kacamatanya. Lyah berlari ke arah muka pintu yang diikuti Mieza akhirnya berlanggar dengan Asyraff dan kawan-kawannya yang juga berhasrat untuk berehat disitu. "Tengoklah acap, puteri kodok tengah berendam lah hahahaha!!" diikuti hilai tawa yang lain. "Hello! We alls ni taklah seburuk puteri kodok. Mind your words boy" Nisa bersuara lantang. Syud yang juga ingin membidas kata-kata mereka disampuk Mieza. Asyraff terkesima melihat kecantikan wajah Hamieza tanpa kaca mata. "Eh... si.. si...ra... bun... ni." Pandangan Mieza, gadis yang dibencinya itu membuat Asyraff terhenti bicara. Seolah-olah ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Asyraff serta-merta menarik hasratnya untuk berendam di kolam bersama kawan-kawannya.

    Syahrul Asyraff berbaring diatas katil bilik hotelnya sambil otaknya asyik memikirkan perkara yang terjadi tadi. Entah kenapa perasaan bencinya terhadap Hamieza atau nama pendeknya Mieza seolah-olah bertukar kepada satu perasaan yang dia sndiri pun kurang pasti. Tiba-tiba Asyraff teringat peristiwa yang menimbulkan rasa  bencinya pada gadis itu.

  " Rul, awek sebelah kau tu cun juga" kata Syakir dengan nada bergurau. "Kenapa? Kau nak try ke?" jawab Azrul. Syakir serta merta mengingatkan Azrul yang dia tu tidak berharta, bukan anak orang ber'ada'. Sejak kehadiran Mieza, Azrul jarang lepak bersama kawan-kawannya pada waktu rehat. Asyik duduk sahaja di meja. Syakir meneka kalau-kalau Azrul sudah jatuh hati pada Hamieza. Azrul lantas mengaku bahawa dia memang menyimpan perasaan terhadap Mieza. Asyraff yang mendengar kata-kata itu lantang menjawab, "Baiklah, kau boleh keluar dari kumpulan kita. Tapi ingat, aku takkan maafkan Mieza sebab putuskan persahabatan kita!"

     Asyraff tersedar dari lamunannya. Dia berpaling melihat kawan-kawannya yang asyik bersiap untuk majlis malam itu. Jam menunjukkan 8.00 malam. Bermakna lagi setengah jam, majlis akan bermula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita cinta remajaWhere stories live. Discover now