Bab 1

1.7K 87 10
                                    

"Babe,"

"Hmmm..."

"Babe,"

Wajah teman baiknya yang merupakan raja sehari pada hari ini ditatap lama. Kagum dia dengan solekan tangan Kak Nuril kerana solekan magis Kak Nuril mampu membuatkan wajah Nuha Dhamia a.k.a kawan baik dia masih kelihatan seperti Nuha tetapi dalam versi yang lebih cantik.

"Babe,"

Terus Nuha berpaling memandang dia dengan dahi yang berkerut-kerut.

"Babe, babe. Babap nak?" Anak mata Nuha yang sudah cantik dihiasi dengan kanta lekap berwarna hazel itu sudah membulat memandang dia.

"Kau ni! Asyik nak 'membabap' orang je kerjanya. Patutlah adik-adik kau suka gelarkan kau tentera Jepun. Dah kahwin ni, jangan kau dera si Ben tu pulak. Nanti dia mengadu dekat Persatuan Suami-Suami Yang Didera Isteri." Afiqah sudah tersengih memandang Nuha yang tercebik-cebik.

"Banyaklah kau punya persatuan untuk suami-suami." Balas Nuha sambil kembali berpusing menghadap cermin memandangkan Kak Nuril mahu meletakkan tiara di atas kepala Nuha yang sudah tersarung dengan shawl putih susu.

"Lepas ni mesti rumah sewa kita tu sunyi. Kau mesti nak pindah masuk rumah Ben." Tutur Afiqah sambil memandang lama wajah Nuha.

Memanglah dia gembira yang akhirnya Nuha berkahwin juga walaupun dengan 'mamat kutub utara' seperti yang selalu digelarkan oleh Nuha. Cuma, selepas ini pasti dia sunyi. Yalah, teman dia bercerita, mengadu dan macam-macam lagi sudah tiada di dalam rumah itu.

"Itulah, kan aku dah ajak kau." Balas Nuha. Dia tersenyum menerusi pantulan di cermin solek.

"Ajak apa?"

"Ajak untuk menyahut seruan kahwin!"

"Ceh!"

Terus Nuha ketawa seronok sehinggakan tiara yang elok terpasang di atas kepala menjadi senget. Tak senonoh betul perangai raja sehari ini! Bising mulut Kak Nuril menyuruh Nuha supaya duduk secara bersopan santun.

"Kau ingat nak menyahut seruan kahwin ni macam menyahut seruan kempen kitar semula ke? Asal ada barang yang boleh dikitar semula, terus boleh sahut seruan tu? Ni kerja kahwinlah, Puan Nuha Dhamia, isteri kepada Benyamin Ziqri.'

Nuha sambung ketawa lagi.

"Tapi, Puan-to-be Afiqah Farhana, calon untuk seruan kahwin kan dah ada?" Nuha mengerdip-ngerdipkan kelopak matanya.

"Siapa?"

"Tengku idaman hati kau tulah."

"Idaman hatilah sangat." Pantas Afiqah mencebikkan bibir. Dia tahu sangat siapa yang dimaksudkan oleh si kawan baik. Automatik, seraut wajah yang jarang-jarang tersenyum itu berlegar-legar di hadapan mata.

Perbualan mereka berdua terhenti apabila pintu bilik diketuk daripada luar. Tidak lama kemudian, pintu bilik ditolak dan mummy Nuha sudah berdiri di muka pintu.

"Rombongan Ben dah sampai. Ada dekat tempat parkir kereta. Dah siap ke belum ni?" Soal Puan Najah. Dia tersenyum melihat Afiqah yang setia menemani Nuha sejak dua hari lepas lagi. Memang bff betul!

"Pengapit Ben dah sampai ke, mummy?" Soal Nuha pantas sambil sempat tersengih memandang Afiqah. Terus berubah raut wajah Afiqah. Tak boleh pakai punya bff!

"Isy, tak pernah dibuat pengantin perempuan tanya pasal pengapit lelaki!" Puan Najah mula membebel-bebel. Anak tunggal perempuannya ini memang suka berperangai yang bukan-bukan.

"Mummy, ayong tanyakan untuk pengapit ayong nilah." Nuha tersenyum-senyum memandang Afiqah yang sudah tunduk memandang kaki sendiri.

"Jomlah, Nuha. Semua tetamu yang ada dekat dewan mesti tak sabar nak tengok pasangan raja sehari kita ni. Belum lagi dengan papparazi yang nak dapatkan latest photo korang." Cepat-cepat Afiqah bangun dan membantu Nuha untuk berdiri.

And...He Said Yeah!Where stories live. Discover now