Bunyi burung berkicauan menggangu Meriam yang sedang enak dibuai mimpi. Meriam meraba-raba mencari iphone yang entah kemana. Seingatnya semalam dia meletakkan handphonenya itu di side table kaca,
"Mana ni??semalam elok sahaja letak dekat sini..."gumamnya seorang diri
Dengan berat hati, malas maksudku terpaksa la jugak aku bangun dari katil ni...mata pon berat nak buka...ini kan pulak nak kena bangun cari handphone. Katil king dengan four poster atau bertiang empat yang juga dihiasi kaca sedondon dengan side table tadi disaluti emas tersergam indah di dalam bilik yang tidak kurang luasnya itu. Dilengkapi wallpaper berbunga emas berkilauan terkena cahaya matahari yang kian menerjah masuk ke dalam bilik, namum sedikit terhalang dengan folded devider kayu yang diukir meminimumkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam bilik.
Dekorasi itu dipilih sendiri oleh Meriam dan pereka dalaman yang ditugaskan menjalankan kerja yang cukup baik, faham dengan selera Meriam. Ringkas,modern tetapi tetap menyelitkan sedikit element tradisional di dalam rekaanmenjadi pilihan hatinya ketika mula-mula mamanya mencadangkan biliknya di redecorate semula semasa dia baru pulang dari Juilliard School New York. Minatnya dalam tarian mengatasi segalanya,tarianlah yang menjadi penawar ketika Meriam mengalami tekanan jiwa dua tahun lepas ketika dia baru menamatkan pengajianya dalam bidang Political Science di Columbia University.
*********************
Semua itu bermula ketika kedua ibubapanya terlibat di dalam satu kemalangan ketika hendak menghadiri majlis konvokesyennya. Hatinya hancur luluh bila mendapat panggilan dari pihak hospital. Kedua ibubapanya meninggal di tempat kejadian akibat dari hemorrhage yang teruk dikepala.
Semasa mengecaman jenazah dibuat, Meriam yang masih lengkap dengan convocation robes jatuh pingsan kerana terlalu sedih,trauma melihat kedua ibubapa terbaring kaku di atas stroler, yang kini telah pergi untuk selama-lamanya.
YOU ARE READING
Cintaku...Meriam
RomanceMeriam...seindah nama diberi, sangat klasik jika dibandingkan dengan nama-nama modern lain di zaman ini. Begitu juga namanya begitu jugalah pemilik badannya. Meriam lebih selesa hidup dengan tarianya, bunga kegemaranya...harum sundal malam menjadi p...