43 : Cuba Tanya

35 1 0
                                    

Cuba kau tanyakan pada sang bintang
Mengapa ia berkelip di waktu malam?
Nanti jawabnya
"Kerana aku tak ingin melihat dada langit kelihatan suram."

Cuba kau tanyakan pada pesisir pantai
Mengapa ia masih tersadai biarpun dilambung ombak?
Nanti katanya
"Kerana aku tak mahu melihat ia terus menyimpan dendam yang terpendam."

Cuba kau tanyakan pada gumpalan awan
Mengapa ia masih setia menakung air mata bumi
Nanti bilangnya
"Kerana aku mahu melihat ia terus bergerak tanpa bebanan yang terpaksa dipikulnya."

Akhir sekali,

Cuba kau tanyakan pada aku
Mengapa aku mahu menyintaimu untuk seumur hidupku
Nanti jawabku
"Kerana dirimu, benar-benar berharga cinta."

Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now