.

34 0 0
                                    

Aku tidak tahu kenapa, orang-orang di sekelilingku selalu meminggirkan aku. Aku juga bukanlah top student di sini dan aku selalu kena buli. Haha dah biasa. Buli yang macam mana?

"Weh semua, kelas cancel! Madam ada mesyuarat." Riuh terus satu kelas. Ada yang bertepuk gembira. Ada yang rasa menyesal datang awal. Ada yang terus blah keluar kelas.

"Tapi, Madam Jue suruh hantar assignment kat bilik dia sebelum pukul lima nanti." Kata Syahmi lagi, Ketua Kelas. Aku lihat jam tangan, pukul tiga setengah petang.

"Haa Ainul. Dah siap belum assignment Madam Jue tu?" Izati yang berada di meja hadapan menoleh dan bertanya.

"Eh ye la. Hang dah siapkan belum Ainul?" Izzah pula bertanya.

"Mesti dah siapkan?" Izani mengangkat kening sebelah.

Three I. Itulah panggilan popular bagi mereka bertiga. Kemana sahaja pasti bertiga. Disebabkan aku tidak begitu sosial di dalam kelas, aku terpaksa satu kumpulan dengan mereka. Memandangkan Madam Jue juga hanya mahu empat orang ahli satu kumpulan. Tak mahu lebih dan tak mahu kurang.

"Tinggal sikit je lagi. Sempat kot buat." Aku bersuara perlahan. Malas sebenarnya mahu layan mereka bertiga.

"Okay bagus. Nanti kau hantarkan tau! Nombor matrik kami, kau dah ada kan? Jangan terlupa letak nama kami pulak." Izzah berkata sambil menjeling aku. Lalu mereka bertiga pergi tanpa seulit bicara.

Kelas sunyi kerana semua sudah pulang tapi aku masih di sini. Sudah siap pun sebenarnya assignment tu. Aku bukanlah jenis yang suka bertangguh.

Tiba-tiba aku rasa sangat sunyi. Hati aku terasa kosong seperti sebuah kotak tanpa sebarang isi di dalam. Kosong. Akhirnya aku bangun dan meninggalkan kelas terus menuju bilik Madam Jue. Assignment hanya perlu diletakkan di luar bilik.

Sampai di Kolej Masria. Bilik aku aras atas sekali iaitu tingkat empat. Penat juga setiap hari turun naik tangga kolej mungkin sebab itu aku kelihatan sedikit kurus. Buka sahaja pintu bilik, Anis menoleh dan tersenyum. Satu-satunya roommate aku. Satu bilik, hanya dua orang untuk aras atas.

Anis la tempat aku bermanja. Pergi beli makanan sama-sama. Pergi kokurikulum pun sama-sama. Pergi kelas je tak sama. Dia kos Banking, aku pula kos Akaun.

"Awal balik hari ni Ainul?" Dia menghulur secawan milo panas. Itulah kegemaran Anis, suka bantu orang. Dia kalau nampak aku ada masalah je, mesti nak tolong. Syukur aku ada kawan macam ni.

"Terima kasih Anis. Haah Kelas Madam Jue cancel tadi. Hantar assignment lepastu terus la balik.

Anis. Kenapa Anis baik sangat? Selalu tolong Ainul. Kenapa ye?" Anis melemparkan senyumannya.

"Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan. Surah Ali-Imran, ayat 148. Seronokkan kalau Allah suka kita?" Aku mengangguk dan menegup milo panas dengan berhati-hati. Leganya rasa tekak yang memang haus dari tadi. Kata-kata Anis, aku cuba hadamkan.

***

"Yes hari Jumaat! Bahagianya bila cuti kan Anis?" Tutur aku yang sedang berbaring di atas katil. Anis hanya mengangguk dan tersenyum. Kelihatan dia sedang sibuk menyiapkan assignment menggunakan laptopnya.

Aku berbaring sambil bermain permainan Pou di telefon bimbitku. Setelah agak lama, aku mula berasa bosan dan bangun keluar dari bilik. Aku berdiri di hujung bangunan kerana dari situ aku dapat melihat ke luar dengan lebih jelas. Aku leka memerhati ciptaan Allah.

"Ainul!"

"Ya Allah Anis, terkejut Ainul." Aku mengurut-urut dadaku kerana terperanjat dengan sergahan daripada Anis. Anis hanya tersengih.

USRAHWhere stories live. Discover now