Pengorbanan-14-

167 9 4
                                    

Lancar sahaja suasana perjalanan ke pasaraya besar AEON di Kajang. Kheairil macam biasalah membisu dan memekak. Aifa bosan nak ajak borak, dia buat macam tak ada siapa je sebelah dia. Innalillah betul perangai. Sampai tibalah masa Aifa mencuba tekan punat radio di kereta Kheairil. Sudah buka, dia tinggikan pula volume. Sengaja ingin menyakitkan hati Kheairil. Siapa suruh buat tak tahu. Kheairil yang tidak berpuas hati dengan tindakan Aifa kali ini(setiap kali), terus menekan punat off. Dia memberi pandangan maut dan 'Kau ni macam mak nenek kan. Cuba lah sekali aku mintak tolong diam. Jangan bercakap. Jangan bergerak.' Udah persis gerak khas pula. Dia bukan budak-budak nak suruh jangan gerak Kheairil Affan oi! Aifa mencebik dan memuncungkan bibir. Okay, ini comel.

Setelah sampai, Kheairil memilih untuk memarkir keretanya di rooftop. Itu memang kebiasaan Kheairil apabila ingin memilih tempat mesti di atas-atas puncak langit. Kalau ada lagi atas, lagi atas dia parkir. Tapi tak apa, ini tak jadi hal perangai tak cukup zat dia pun.

"Awak nak ikut saya beli ke? Atau awak nak pergi tempat lain nanti kita jumpa kat mana-mana?" Aifa bertanya sambil tangannya sibuk membetulkan kedudukan beg tangannya.

"Takpa kan kalau aku ikut kau?" Kheairil menjawab dengan soalan balik. Sambil kedua-dua keningnya terangkat.

"Eh, takpa." Pelan suara Aifa kerana pelik dengan sifat Kheairil. 'Aik? Sejak bila pulak ni.' Adududu, sekejap betul mood dia berubah dari tenggara ke barat laut.

__________________________________________

Aifa dan Kheairil masuk beriringan ke dalam. Tak rapat tak jauh jarak antara mereka berdua. Aifa mendahului untuk mengambil troli. Mereka pergi dari hujung ke hujung. Aifa belek tapi tak beli. Biasalah, perempuan. Sampai ke bahagian pasar basah. Aifa berhenti menghadap Kheairil yang leka bermain telefon pintar.

"So? Awak nak saya masak apa?" Tanya Aifa sambil memusingkan troli.

"Up to you." Ringkas dan mudah.

Aifa memberi pandangan seribu makna. Haih la suami. Sabar banyak dah ni. Nasib baik handsome. Dari sebelum sampai sebenarnya, Kheairil kelihatan kusut. Tak cukup tangan dia tengok telefon pintar dia tu sampai rasa nak juling. Aifa takut nak tanya.

"Jom kita pergi sana. Pilih apa awak nak makan." Lirik senyuman Aifa yang manis dihadiahkan kepada Kheairil.

Kheairil senyum. 'Allahurabbi. Mimpi ke apa?'

Tapi senyum dia tu nampak seperti dibuat-buat. 'Tak apalah sayang, awak tak ikhlas memberi, tapi saya ikhlas menerima.'

Mereka berjalan ke kawasan ikan-ikan dan makanan laut. Banyaknya yang segar-segar. Rasa tak sabar nak balik masak. Kheairil memilih semua jenis makanan laut yang ada. Setiap jenis mesti kena beli. Penuh plastik dibuatnya. Nasib baik ada troli.

Usai membeli makanan basah, makanan kering pula yang dituju. Banyak juga mereka beli. Gaya dah macam nak buat kenduri. Selesai cari itu, cari ini. Kheairil menggerakkan diri ke kawasan pakaian. Kheairil memilih baju, Aifa pula menjadi perunding imej. Kritik sana, kritik sini. Sampai lah, Kheairil memakai baju kemeja berwarna kelabu cair dan seluar slack hitam not more to skinny bersama tali leher berwarna hitam. Kasut crocodile disarungnya. Rambut dia yang agak serabut dek berkali-kali tukar pakaian. Ya Allah! Indahnya ciptaan-Mu.

"Too nice." Pelan suara Aifa.

"Yes?" Kheairil bertanya meminta kepastian.

Aifa bangun dan mendekatkan diri dengan Kheairil. Dia merenung anak mata Kheairil. Jangan nak buat hal! Tempat awam ni. Nasib baiklah tempat ni lenggang. Kheairil membalas pandangan Aifa dengan menundukkan pandangan ke arah Aifa. Tangannya diangkat seakan-akan ingin memegang pipi Aifa.

PengorbananWhere stories live. Discover now