Hyep.. lama tak jumpe an?? So, enjoy.. sorry kalau tak Best..
~
Makanan yang terhidang diatas meja membuatkan manusia yang mengelilingi meja makan menjadi terliur.
"Jemput makan semua." Sopan aje suara Kak Shira menjemput tetamu Cik Mudanya makan. Dia mengundur ke belakang. Nak ke dapur barangkali.
"Nee-chan! Nak kemana?" Tanpa memandang ke arah pembantu rumahnya itu, Nami menyoal. Suaranya agak serius.
Shira teragak-agak ingin bersuara. Nampak gayanya, mood Cik Muda Aizawa dia tak berapa nak elok. "Err.. Saya nak ke dapur Cik."
"Tak payah. Duduk sini. Makan dengan kami semua. Jangan nak menggatal makan sensorang kat dapur. Meh, duduk tepi saya. Hana, boleh kau duduk kat kerusi kosong tu tak?" Kali ini Nami memandang tepat ke arah Shira sebelum memandang ke arah Hanako.
Tanpa banyak soal, Hanako beralih ke tempat kosong di tepinya.
Shira teragak-agak. "Tapi, Cik Muda.." belum sempat Shira habiskan ayatnya, Nami memandang wajahnya dengan pandangan yang menakutkan. Shira menelan liur. Nampaknya, Cik Muda Aizawa tak memain.
"Duduk. Atau saya paksa? Lagi satu, tak payah nak ber'Cik Muda' la sangat. Berapa ratus kali dah saya pesan. Nami or Cik Nami. Kita kenal dah dekat sepuluh tahun kot. Dah, meh sini." Suara Nami kian mengendur. Seakan dia bersalah kerana membuatkan pembantu rumahnya berasa takut.
Akhirnya Shira akur. Dia duduk bersebelahan Nami. Kemudian pandangan matanya tertancap pada manusia berwajah beku dihadapannya. Siapa lagi kalau bukan Sasuke raja berhati ais atlantik tu.
Satu perkataan saja yang terlintas di benaknya saat itu. 'Hensem.'
"Ha, korang semua. Makan la puas-puas. Lepas ni, korangkan nak jejak akatsuki. Mesti la kene ada tenaga." Ujar Nami seraya menghulur sashimi kepada Kakashi.
Naruto mengerutkan dahi apabila melihat makanan yang dia tak pernah jumpa tu.
"Apa ni?" Soalnya sambil menekan-nekan isi ikan yang terdapat dalam pinggan itu.
"Ni la sashimi. Sashimi ni ikan mentah segar yang dihidangkan dengan shoyu dan wasabi. Serius sedap. Kalau makan menda ni, memang takkan tengok kiri kanan la. Yang paling syok nye, bila ikan ni cair dalam mulut. Masa tu, memang syok habis. Tambah-tambah yang Shira Nee-chan buat. Sedap!!" Ujar Hanako sambil membuat thumbs up. Memang feeling habis dia bercerita pasal makanan yang dia suka tu.
"Dah la. Makan semua." Akhirnya, suara Nami memberhentikan segala perbincangan di meja makan mewah itu.
~
Pakkun si anjing cuba menghidu sesuatu. Dia terus berjalan tanpa memandang kehadapan. Khusyuk sangat kata kau!!Tiba-tiba..
"Grrrrrrrrrr...." dengusan mahluk lain kedengaran
Pakkun mengangkat kepalanya. Dia memandang anjing yang 5 kali lagi besar dari badannya.
"Yo! Kau mesti Mocha kan? Eh kejap. Kau ni betina ke jantan?" Pakkun bertanya tanpa menghiraukan dengusan Mocha yang semakin kuat.
"Hem. Dah la, lain kali kite borak. Aku ada misi nak kene selesaikan. Cau dulu." Pakkun segera menghilang di balik bayangannya dalam sekelip mata. Mocha pulak yang terkebil-kebil mencari Pakkun.
~
"Tuan. Tu dia manusia yang kita cari." Satu suara asing kedengaran dari atas pokok yang berdekatan rumah Nami. Lelaki yang dipanggil tuan hanya mengangguk. Hanya satu misi dia sekarang. Kena dapatkan balik apa yang dia dah terlepas dulu. Perempuan disebelahnya hanya memerhati lelaki berambut kuning yang sedang ketawa di dalam rumah mewah itu. Siapa lagi kalau bukan Naruto. Target mereka.

YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
FanfictionDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...