Berpuluh-puluh minit Aifa menunggu Kheairil di hadapan pintu masuk. Kiosk-kiosk berdekatan tempat Aifa menunggu pun sudah mula tutup. Jam ditangan dikerling. Ya Allah! Dah lewat dah ni. Jam 12.37 malam. Cepatnya masa berlalu. 'Mahu tak cepat, orang tengok wayang kau tidur.' Kheairil cakap tunggu di pintu masuk. Ni hidung pun tak nampak. Mahu tak mahu, Aifa segera ke tempat parkir kereta. Harap-harap Kheairil ada di situ.
Dari jauh Aifa ternampak susuk tubuh Kheairil yang sedang berdiri berhadapan keretanya. Badan menghadap ke luar, melihat permandangan luar kota. Kedua-dua tangannya menongkat di atas tembok hadangan. Kheairil meraup mukanya.
Bukk! Bukk! Bukk! Bukk..
Kheairil melepaskan berkali-kali tumbukan hebat di dinding tembok hadangan. Kuat. Makin lama makin perlahan tindakannya. Sakit mungkin. Tapi tak sesakit di hati.Aifa yang melihat dari jauh itu, terkejut dengan perbuatan Kheairil. Segera dia mempercepatkan langkah ke arah Kheairil. Beg-beg plastik ditinggalkan di tepi kereta. Takut-takut dia mendekati Kheairil.
"Awak.." Aifa menyentuh belakang Kheairil. Tujuan ingin menenangkan Kheairil yang bagai dirasuk jin tanah.
Kheairil menepis tangan Aifa dengan segala kudrat yang ada. Pantas tindakannya.
Bukk!
Aifa jatuh terduduk betul-betul di hadapan BMW-X6 milik Kheairil. Aifa pun satu, orang tengah rasuk berani pulak dekat-dekat. Tangannya dipegang. Bagai direnjat elektrik. Sakit ya amat!Mata Kheairil direnung. Segala urat-urat muka dikawal. Menahan air mata yang mahu turun. Sakit..
Kheairil berpaling kerana terkejut. Sangkanya Kirana Zirane si ulat beluncas tu. Rupa-rupanya Aifa. Aduh! Serabut Kheairil tengok Aifa yang merenung dalam-dalam matanya.
"Kau ni menyusahkan aku je lah. Kau buat apa kat sini?" Suara bengisnya ditonjol sambil dia menunduk untuk membantu Aifa bangun.
"Saya.. tunggu awak.. kat depan tu takde." Terketar-ketar suara membalas pertanyaan Kheairil. Tangannya masih dipegang. Tergeliat apa. Tadi masa jatuh pun, tangan ni lah yang kena tepis. Tangan ni jugak yang mendarat dulu.
Atas telapak tangan Kheairil yang berdarah diperhati. Merah pekat!
"Are you okay?" Aifa mengambil tangan Kheairil. Namun, cepat-cepat Kheairil menarik kembali tangannya. Terasa pun ada hati Aifa. Sakit kat tangan. Sakit kat hati. Rasa mahu menangis aja...
Kheairil mengambil plastik-plastik AEON itu dan diletakkan di kerusi penumpang di belakang. Aifa masih terkebil-kebil melihat tindakan Kheairil.
"Masuk!" Kheairil mengarah Aifa.
Aifa segera masuk ke perut kereta tanpa banyak bicara. Sepanjang perjalanan ke rumah, mereka hanya membisu. Tidak seperti mahu pergi tadi. Mulut Aifa tidak berhenti terkumat-kamit. Kali ini, dua-dua membisu dan memekak. Bukan Kheairil sahaja.
Tangan kiri Kheairil yang menitis-nitis berdarah diperhati. Kheairil seakan tidak mempunyai perasaan. Makin dibiar, makin menitis. Macam tidak sakit! Dia hanya membiarkan luka itu mengeluarkan darah. Kereta dipandu dengan laju. Sudah lewat malam, tak banyak kereta.
Macam-macam di fikiran Aifa. Suami dia bergaduh dengan siapa sampai tumbuk dinding macam tu punya gila? Nampak macam lepas geram yang bertahun-tahun simpan. Mana tak, Kheairil dan Kirana dah bercinta dari zaman Universiti lagi. Cinta mati betul dia kat Kirana Zirane tu. Dia tak pernah ada perempuan lain di hati selain Kirana. Aifa? Isteri atas kertas.
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...