Buka sahaja pintu tersebut,Eunji melihat bilik Baekhyun yang terbentang luas.Dan terdampar tubuh Baekhyun yang masih nyenyak dibuai mimpi.
"Haih.."Eunji mengeluh sambil menuju ke arah katil Baekhyun.
"Yah!! Ireona juseyo."kejut Eunji yang berdiri di sebelah katil Baekhyun.
"Humm.. "hanya itu yang diterima oleh Eunji.Baekhyun tidak bergerak sedikit pon dari posisinya.
"Huh,yah Byun Baekhyun ireona.. "kejut Eunji lagi.Kali ini langsung tiada balasan dari Baekhyun.
Eunji yang hilang sabar terus menggongcang badan Baekhyun.
"Yah ireona... Appa awak dah tung...ah"Baekhyun menarik tangan Eunji dengan kuat dan sekelip mata saja dia sudah terbaring bersebelahan Baehyun.Baekhyun yang masih belum sedar telah memeluknya dengan kuat.
Eunji kaku seketika.Sekarang wajahnya terlalu dekat dengan wajah Baekhyun yang masih nyenyak tidur.Hati Eunji sekarang sedang berdetak laju.
Setelah sedar dari lamunannya,Eunji cuba melepaskan diri tapi sayang Baekhyun menguatkan lagi pelukannya."Yah!! Lepaskan saya lah."Eunji meronta di dalam pelukan Baekhyun.
Merasa tidurnya diganggu Baekhyun membuka matanya.Sebaik sahaja dia melihat wajah Eunji yang begitu hampir dengannya,matanya terbuka luas.
"Ahhhh~~"jerit Baekhyun lalu memusingkan badannya dan..
Bumm....
Baekhyun jatuh dari katilnya.Eunji yang masih lagi berada di atas katil memandang Baekhyun terkejut.Tak sangka sampai boleh jatuh katil.Eunji menahan diri daripada ketawa.
"Yah!!! Kenapa awak ada kat sini? "soal Baekhyun yang masih duduk di lantai.
"Appa awak suruh saya kejutkan awaklah."jawab Eunji.
"Habistu kenapa awak boleh baring dekat tepi saya.Ohh awk nak goda saya ehh... "kata-kata Baekhyun membuatkan Eunji terkejut.
"Eeeeiiii... Tolong sikit ye.Awak tu yang tarik saya peluk saya.Awak ingat saya ni bantal peluk ke apa?. "marah Eunji.Mukanya sudah mula kemerahan.Bukan kerana marah tapi malu.Hatinya pula masih kuat berdentum.
Baekhyun hairan rasa tadi macam aku tarik Sehun kenapa..ahh.. 'Baekhyun menampar dahinya perlahan,memang betul itu salah dia.
Asalnya dia ingin kenakan Sehun kerana selalunya Sehun yang akan kejutkan dia.Dan tadi juga dia dengar seperti suara Sehun.
"Miann saya yang... "
"Hyung.. Ireona kita dah lam.. Oh,saya ganggu..ke? Ah mian annyeong."Sehun yang masuk melulu terus keluar sebaik sahaja nampak keadaan Baekhyun dan Eunji.
Eunji dan Baekhyun memandang satu sama lain.
"Salah awak la ni.'? "tuduh Eunji.
"Apa pula saya.Awak yang masuk bilik saya dulu.Lagipun tadi saya tak sedar la."lawan Baekhyun.
"Huh,dah la malas saya nak gaduh ngan awak.Cepat siap tuan dah tunggu awak kat bawah."Eunji mengalah.Dia bangun dari katil dan keluar dari bilik Baekhyun.Baekhyun tersengih.
Setelah selesai kemaskan diri Baekhyun turun ke bawah.Dari jauh dia melihat appanya di ruang makan.
"Morning pa.. "tegur Baekhyun.
"Morning.. "jawab Tuan Byun.Baekhyun duduk bersebelahan ayahnya.Di hadapan ayahnya ada Sehun yang sentiasa bersarapan sekali dengan mereka berdua.
"Mana Eunji? "soal Tuan Byun.
"Tu.. "Sehun memandang Eunji yang baru turun.
"Eunji.. Mari sini kita sarapan sekali."panggil Tuan Byun.
"Ah tak pa tuan saya dah keyang."tolak Eunji.
"Jangan banyak alasan.Mari sarapan lagipun ada sesuatu yang saya nak beritahu."tegas Tuan Byun.Eunji akur lalu dia mengambil tempat bersebelahan dengan Sehun.
"Makan jangan malu.Anggap je kita ni keluarga."kata Tuan Byun.
Eunji akur lalu makan makanan yang telah disediakan.Eunji memandang Sehun di sebelahnya.Tenang sahaja dia makan bersama tuan tapi masih ada rasa hormat.Dah jelas yang dia dah biasa.Ya,memang selama ini Sehun makan semeja dengan tuan dan Baekhyun sebab kata tuan Byun bosan kalau asyik makan dengan Baekhyun je.
"Eunji ada sesuatu saya nak beritahu kamu."suara Tuan Byun.Eunji diam,dia sedia mendengar.Baekhyun dan Sehun juga sama.
"Saya dah daftarkan awak kat kolej yang sama dengan Baekhyun.Jadi pergi bersiap kamu boleh pergi dengan mereka berdua."kata Tuan Byun.Eunji terkejut begitu jugak Sehun.Baekhyun pula hampir tercekik lalu dia mengapai segelas air kosong dan minum.
"Kamu mahu kan sambung belajar.Saya tahu kamu budak pintar,appa kamu selalu cerita yang kamu selalu dapat nombor satu dalam tingkatan waktu kamu sekolah menengah dulu."kata Tuan Byun.Baekhyun dan Sehun memandang Eunji dengan muka terkejut.
'Biar betul dia selalu dapat no 1 dalam tingkatan.Pergghh..Aku pon paling tinggi pun no5 ke bawah.'bebel Baekhyun dalam hati.
"Tapi.. Saya tak nak menyusahkan tuan."kata Eunji.
"Taklah.. Perkara kecil je ni.Dah pergi siap.Kat sana nanti Sehun akan tolong kamu.Kamu juga boleh tolong tengokkan Baekhyun untuk saya.Kamu anggap je ini semua sebagai balasan dari saya atas tugasan appa kamu selama ni."Tuan Byun memang benar2 nak Eunji terima.Baginya Eunji sudah menjadi tanggungjawabnya setelah kematian rakan karibnya.
Eunji fikir sejenak.
"Baiklah kalau tuan mahukan.Saya akan anggap ini arahan dari tuan."kata Eunji dengan senyuman.Tuan Byun tersenyum.
-Bersambung-
YOU ARE READING
My Bodyguard
RandomJung Eun Ji..Seorang gadis yang comel..Tetapi disebabkan ayahnya telah mengajarnya teknik mempertahankan diri dan menembak sejak dia kecil telah mengubahnya menjadi seorang yang lasak dan ganas..Akan tetapi hatinya masih lembut seperti seorang yeoja...