Lelaki durjana

127 5 5
                                    

'Ayah,tolong lepaskan Eesya ayah.Eesya sakit ayah''.Rintih Qaleesya apabila rambutnya ditarik kuat oleh ayahnya kerana dia meminta sedikit duit untuk membeli buku rujukan yang diminta oleh cikgunya.

''Eh betina,kau ingat senang-senang aje aku nak lepaskan kau,hah!.Sejak kau lahir sampailah sekarang,tak habis-habis menyusahkan aku.Sekarang aku nak kau rasa hadiah yang istimewa daripada seorang bapa".

Tanpa berlengah,Encik Syamsul mengambil tali pinggang yang berada diatas meja lalu memukul Qaleesya dibahagian belakang dan lengannya sehingga berbirat .

Qaleesya mengaduh kesakitan akibat daripada sebatan ayahnya itu.Qaleesya berharap agar sesiapa sahaja dapat membantunya yang dalam ketakutan itu.

Namun harapannya hancur kerana Qaleesya tahu yang tiada siapa dapat melawan kemarahan ayahnya .

Semenjak kematian ibunya ketika dia berusia 12 tahun,sikap ayahnya berubah seratus peratus.
Tiada lagi ayah yang sering mengusap kepala anaknya sebelum tidur.Tiada lagi tapak tangan yang membelai rambutnya ketika bermanja.

Kini sikap seorang ayah telah berubah daripada seorang yang patuh pada agamanya kepada seorang kaki judi dan peminum arak yang tegar.

Setelah kehilangan ibunya selama 4 tahun,Qaleesya menjalani kehidupan dengan keadaan diri yang tidak terurus dan diri yang sering sakit akibat dipukul oleh ayahnya setiap hari.

*****

Qaleesya berlari masuk kedalam biliknya setelah selesai menerima hadiah.Qaleesya menangis. semahunya sambil memangil ibunya"ibu..ibu.. .Kenapa ibu tinggalkan Eesya?.Eesya tak kuat ibu,Eesya tak untuk menghadapi dugaan yang berat seperti ini ibu... .Ya Allah,kenapa engkau memberikan dugaan yang begitu berat untuk aku hadapi,Ya Allah"...

Qaleesya tertidur dalam keadaan dirinya yang menangis tersedu-sedu kerana mengenangkan nasib malang yang menimpa diri sendiri.

Hello readers.Sorry kalau ada tertypo.Hope enjoy baca buku ni.Nantikan bab yang seterusnya:)

Just YouWhere stories live. Discover now