Part-2(Kawan Lama)

21 1 0
                                    

Siang telah ditelan gelap malam. Tugas sang mentari untuk menyinari alam jagat pada waktu siang telah ditunda. Sekarang, tugas sang rembulan pula untuk menghiasi dan menyinari gelap malam.

Hari telah larut malam. Zaid dan Yusuf makan di sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah yang disewa mereka. Di restoran tersebut, Zaid dan Yusuf bertemu dengan kawan merka, Ayman.

"Man." Sapa Yusuf. Lalu Ayman mengalih pandangannya dari makanan laut di hadapannya ke muka Yusuf.

"Suf, Zaid." Jawab Ayman yang sedang mengunyah-ngunyahkan ketam. Lalu bertiga bersalaman.

"Kau buat apa di sini, Man? Kenapa kau ke Australia?" Tanya Zaid pula.

"Takkan kau tak tahu. Aku sambung belajar." Balas Ayman. Dia diam sejenak. Kemudian bertanya, "Bukankah kamu berdua ke sini untuk sambung belajar juga?"

"Ya, di Australian National University."

"Samalah. Kau belajar bidang yang mana?"

"Aku dan Yusuf... sains. Aku fizik. Yusuf kimia."

"Aku bidang perhotelan. Seronoklah aku nanti. Belajar sambil melancong." Jawab Ayman dengan Yusuf.

"Apa maksud kau?"

"Aku belajar perhotelan sambil pergi kemana-mana yang kami akan belajar. mungkin... Paris. Itu yang saya katakan tentang belajar sambil melancong." Lalu mereka ketawa.

Selepas beberapa minit, perbualan mereks pun tamat. Zaid dan Yusuf selama ini tidak rapat dengan Ayman. Mereka mungkin akan menjalin hubungan silaturrahim yang akrab.

(SAYA AKAN PUBLISH LAGI PART-3. TUNGGU!!!)

Cerpen: Kuhidup Untuk KhaliqWhere stories live. Discover now