Pengorbanan-16-

267 8 2
                                    

Angin tak ada, ribut tak ada. Tiba-tiba sahaja Zafran Azfar beritahu kepada Kheairil yang Dato' Hisyam nak jumpa. Mesti penting punya hal ni. Kalau bukan hal peribadi, mesti hal syarikat. Kheairil bergegas ke bilik papanya yang terletak di tingkat atas sekali. Sepanjang bekerja di Melati Holdings, Kheairil hanya memegang jawatan sebagai chief marketing di syarikat itu. Sudah lama Dato' Hisyam ingin Kheairil memegang jawatan yang lebih tinggi, tetapi ditolaknya mentah-mentah dengan alasan belum bersedia. Macam lah orang taktau hang tu nak berjoli ja!

'Haih. Papa nak cakap apa ni. Jangan cakap suruh pegang title CEO dah lah.' Getus hatinya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Blazer miliknya dibetulkan. Rambutnya diraup ke belakang.

Tok! Tok!

"Masuk!" Laung Dato'Hisyam dari dalam pejabat.

"Yes pa? Anything?" Kheairil bertanya tanpa sempat melabuhkan punggung.

"Duduk lah dulu, kalau ya pun." Dato' Hisyam memandang sekilas wajah Kheairil.

Kheairil mengambil tempat di hadapan meja kerja milik papanya. Besar okay bilik ni! Tangan dipeluk sambil menggerak-gerakkan jarinya.

"Aifa macam mana sihat?" Dato' Hisyam bertanya.

Kheairil memusingkan badannya ke arah cermin yang terbentang luas.

"Haih.. Anak papa yang tercegat depan mata ni tak ditanya pulak. Aifa sihat je." Kheairil memeluk tubuh.

"Mahu papa tak tanya, dah depan mata papa ni tangannya berbalut. Kot kot lah Kheairil baru lepas tumbuk isteri sendiri. Kenapa tu?" Dato'Hisyam mengankat keningnya sambil memuncungkan bibir ke arah tangan Kheairil. Haish! Comel lah dato' ni.

Kheairil yang terlupa tentang tangannya itu, mula gelabah beruk. Namun, beriak biasa. Gila kalau papa tahu aku tumbuk dinding? Mahu kena tumbuk pulak dengan dia kat sini terjun keluar bangunan terus kang!

"Ni haa. Khe.. Tergelincir masa tengah cuci kereta." Apa punya dahsyat statement kau bagi.

"Aik? Sejak bila anak papa pandai cuci kereta sendiri?" Soalan cepucemas apakah ini.

"Sejak jadi suami orang ni pa. Yes? Papa nak cakap apa ek tadi?" Cepat-cepat Kheairil mengubah topik perbualan. Risau dengan soalan spontan papa.

"Haa. Memandangkan Khe dah berumah tangga sekarang ni kan. Would you be my CEO?" Dato' Hisyam tidak mahu berselindung lagi.

"CEO? No. No pa. Papa tahu kan Khe macam mana? Papa tak takut ke Khe buat main-main semua ni." Amboi! Sanggup burukkan diri sendiri.

Dato' Hisyam bangun menuju ke arah Kheairil yang masih terpinga-pinga. Tangan diletakkan di atas bahu anak lelaki tunggalnya itu.

"Papa yakin dengan kamu Khe. Papa ada satu je anak lelaki. Khe sanggup ke hampakan papa dengan mama? I'm trusted on you Khe. Papa yakin Khe boleh buat. Mulai esok, yes my son?" Dato' Hisyam memberikan senyuman lalu segera meninggalkan Kheairil yang sedang menelan bait-bait ayat yang dia beri.

"Habis kalau Khe CEO, papa macam mana?" Kheairil mengejar papanya dari belakang.

Langkah Dato' Hisyam terhenti mendengar soalan Kheairil. Senyuman disimpulkan. Murah rezeki Dato' Hisyam ni kan. Selalu senyum. Tak macam anak dia.

"Papa rehatlah.. It's your turn. I got to go." Dato' Hisyam berpaling dan sempat melambai kepada Kheairil.

"Paaaaaaaaaa...!" Kheairil mengeluh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PengorbananWhere stories live. Discover now