Perbincangan simple and steady :)

31 0 0
                                    

Selesai sahaja mereka menikmati makan malam bersama , mereka bersantai-santai di ruang tamu kediaman Dato Azman yang sangat indah bertemakan warna vintage tersebut . Era 90an seakan menghiasi ruang tamu tersebut.

"Ibu , abah Khalif ingatkan nak bawak Kira duduk dekat rumah Khalif boleh ke ? Pasal belajar dia nanti Khalif bincang dengan dia boleh ke ibu , abah ?"

Kira yang terdengar Khalif bersuara terbatuk-batuk kerana dia terkejut.

"Haish mamat ni , bukan nak bincang dulu sukati mak nenek dia je . Eh entah-entah nenek dia dah tak ada sukati je mulut aku ni" Bisik Kira didalam hatinya sambil wajahnya dialihkan ke arah Khalif .

"Khalif , Kira kan sekarang dah jadi tanggungjawab kamu , jadi ibu dan abah tak kesah la. Tapi pasal belajar tu bincang la elok-elok ya . Kira jangan melawan ye cakap suami kamu ni. " balas ibu kepada Khalif serta sempat memberi secebis mutiara kata buat anaknya.

"Ye la ibu Kira tahu la" Jawab Kira acuh tak acuh. "Terima kasih ibu , abah. Insyaallah tak gaduh la " lalu Khalif melampirkan senyuman paling manis buat isterinya itu.

"Erm.. Kira jum masuk bilik lah . Nak cakap ni. " bisik Khalif di telinga Kira.
Tanpa membalas kata dengan Khalif , mereka meminta diri untuk masuk kebilik tidur. Semasa menapaki tangga tiba-tiba Khalif menberhentikan langkah kakinya membuatkan Kira dibelakangnya terlanggar badannya yang tegap dan sasa itu . Tapi tak ada lah sasa mana pun . Hehehehehe.

"Bagi salam lah kalau nak berhenti sakit kepala saya". " Eleh kau yang berangan , jangan nak salahkan aku pulak". "Berangan apa dah la la jalan la cepat" . "Kalau tak nak?" Kata Khalif seakan menguji. Kira tersenyum dan bercekang pinggang sambil berkata " siapa lambat kunci pintu, lari!!!!!!!!!!!" Kira terus berlari sepantas kilat. Khalif dibelakang hanya terpingga-pingga. Setelah sel-sel otaknya berhubung , barulah dia berlari mendapatkan Kira. Di sebabkan badan Kira yang kecil dan rendah , mudah sahaja Khalif mencimpung badannya dan dibawanya kedalam bilik

Lalu....

"Gedubukkkkk!!!" Suara yang kuat kedengaran . "Awak sakit la . Ei begurau melebih . Habis la badan saya ni . Awak kenapa" Marah Kira kerana Khalif menjatuhkannya ke lantai .

"Hahaahahaahhaahhaahhaah saja la sebab best tengok kau ni . Kelakarla. Nak aku ambik cermin tak ? Nak tengok tak muka kau . Hahahahaha" Balas Khalif dengan ketawa jahatnya itu.

"Khalif awak jangan cari pasal ." Air mata jernih mula terbit di tubir mata Kira . Khalif yang melihat Kira berbubah wajah terdiam. "Sorry ingat nak gurau je" Kata Khalif serba salah . Kira hanya diam membisu. Apabila dia sudah berdiri , dia ketawa terbahak-bahak dan menyindir Khalif, "ha tahu takut , hahahahahahah gurau jugak , ambik balik gurau awak ni. Hahahahaha " Khalif yang terdengar Kira ketawa sebergitu hanya diam . "Marah ? Gurau kan " tambah Kira lagi.

"Dah la sini duduk atas katil ni , bincang pasal belajar kau. Cepat" . "Ye kejap la "

"Kau bila habis belajar ni ? And one more thing , kau kos apa? Kau diploma ke degree?" Bertubi-tubi soalan Khalif.  Dengan tenang Kira menjawab , "saya ada lagi 1 sem je . Saya ambik kos bussiness and saya tengah deg la "

"So macam mana , nak duduk rumah aku tak , aku tak paksa la tapi rumah aku dari U kau tu jauh la jugak tapi tak de la jauh sangat . Macam mana ? " soal Khalif lagi . "Ok saya pindah je lah , lagipun saya ada kereta . Jadi tak de masalah kot ." Balas Kira .

"Lagi dua hari kita pindah sana , ok? " . "Ye ok " jawab Kira .

Setelah selesai berbincang , Khalif secara tiba-tibanya melampirkan senyuman kerang busuk . "Awak kenapa , pergi tidur la. " "Tidur sama-sama ke?"
"Ei no way , apa kata kita main osom. Sapa menang dia tidur atas katil . Call?" "Apa-apa jelah cepat-cepat" balas Khalif malas ,kerana dia sudah penat , ikutkan hati mahu sahaja dia berbaring diatas katil tersebut tanpa memperdulikan isterinya . Namun dek kerana malas bertekak , diikutkan juga kata isterinya .

Serentak mereka berkata "osom!!!!!"
khalif melemparkan gunting , manakala Kira melemparkan kertas. Bagai memakan kata-kata sendiri dia mengambil bantal dan selimut dan menuju ke sofa . Khalif yang kepenatan hanya membiarkan isterinya itu . Namun sempat kuga dia berbisik "padan muka , gudnite sweetheart" kepada Kira.

Malam pertama berlalu begitu sahaja , kerana mereka sangat penat .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 24, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RahsiaWhere stories live. Discover now