Part-4(Mula menderhaka)

13 1 0
                                    

Setahun kemudian...

Zaid menerima wang daripada teman wanitanya pada waktu itu iaitu, Stephanie. Zaid menggunakan duit itu untuk membeli rumah di sana. Tidak menyewa lagi.

Zaid yang selama ini dikenali sebagai orang yang baik, rajin dan mempunyai pelbagai sikap positif telah berubah. Zaid selalu diajak dan kadang-kadang mengajak rakan barunya, Stanley untuk pergi berjudi. Dan Zaid juga pernah memecah masuk rumah orang bersama konco-konconya.

Yusuf sudah tidak tahan dengan perangai Zaid lagi. Lalu Yusuf yang berkongsi rumah dengan Zaid selama ini telah pun menyewa rumah untuk dirinya sendiri.

"Zaid. Ni bukan Zaid yang aku kenal tau." Kata Yusuf kepada Zaid dengan perasaan kecewa.

"Suf, kalau kau nak pergi, pergilah. Kalau tak nak pergi, aku benarkan kau berkingsi rumah di sini." Zaid bersuara lantang.

"Aku nak pergi Zaid. Aku tak sangka kau jadi macam ni."

"Hei, kalau kau nak tahu... sebab benda yang kau nak sangat aku pakai dululah hidup aku jadi macam ni. Sebab benda tu lah aku bermain judi. Sebab tu lah aku mencuri." Zaid menyatakan kebenaran. Memandang Yusuf dengan penuh
ketajaman.

"Apa maksud kau? Benda apa?" Tanya Yusuf ingin tahu.

"Kad kredit. Dulu kau yang nak sangat aku pakai benda tu. Kalau aku tak pakai benda tu, aku tak macam ni." Zaid bertambah berang.

"Zaid, aku minta maaf, Zaid. Aku tak tahu pun sebab benda tu. Lagipun lepas tu kau juga yang suka pakai benda tu."

"Aaargh! Tapi kau yang mulakan dulu. Hutang kad kredit aku semakin besar nilainya. Dahlah kad kredit tu semakin hari semakin naik harga hutangnya. Aku mesti langsaikan secepat mungkin." Zaid benar-benar marah.

Kemudian Yusuf pergi.

* * *

Zaid pulang ke rumahnyadi Kuala Lumpur. Kepulangannya disambut gembira oleh ibunya. Namun, reaksi Zaid kali ini amatlah berbeza.

"Tolonglah. Aku pulangni cuma nak rehatlah." Zaid bertambah berang. Dan bersuara lantang.

Zai, jangan macam ni, Zaid. Mak ada masakkanmakanan favorit kau, ikan bawal masak merah." Kata Zakiah sambil membawa bekas yang berisi ikan bawal masak merah.

Lalu Zaid menolah bekas tersebut.

"Zaid." Ujar ibunya.

"Itu bukan makanan favorit aku." Besar suara Zaid.

"Sampai hati kau buat mak macam ni."

"Hoi! Berubahnya engkau sekarang ni Zaid. Dulu kau baik betul. Sekarang ni kau memang kuarang ajar!" Ayahnya masuk campur lalu mengangkat tangannya untuk menampar Zaid. Belum sempat tangan Adan menghinggap ke muka Zaid, Zakiah sempat menahan tangan Adan.

"Korang tak fahamlah, korang tak tahu pun apa fasal aku jadi macam ni." Zaid berteriak. Sehingga mungkin jiran sebelah pun mendengar suaranya yang besar itu.

Lalu Zaid keluar dari rumahnya. "Aku cuma nak berehat, mereka pula yang kacau." Kata Zaid sambil menarik rambutnya.

( TUNGGU LAGI SAYA PUBLISH PART-5)

Cerpen: Kuhidup Untuk KhaliqWhere stories live. Discover now