Projek memikat hati

68 3 1
                                    

Haziq memikirkan 1001 cara untuk menawan hati Qaleesya.Walaupun hubungan dia dan Qaleesya semakin rapat,Haziq masih belum mendapatkan feedback yang baik daripada Qaleesya untuk merapatkan lagi hubungan mereka.

Di sekolah,

"Eesya,jomlah kita rehat sama-sama hari ni nak?"tanya Haziq yang sudah bersemangat ingin ke kantin."Emm tak pelah Haziq,awak pergi rehat dengan Tasha dan Sarah ajelah.Lagipun saya masih kenyang lagi ni.Saya nak buat revision sikit tentang subjek biologi ni"jawab Qaleesya lembut kerana dia tidak ingin melukakan hati Haziq

Sebenarnya...semenjak dua menjak ni,hati Qaleesya sudah terpaut dengan sikap Haziq yang selalu ambil berat akan dirinya.Qaleesya tidak tahu apakah perasaan yang hadir dalam dirinya itu .

"Emm,takpelah Eesya saya pergi rehat duly eh"balas Haziq kecewa sambil melangkah ke kantin.Semasa pergi ke kantin,Haziq membelikan Qaleesya sekotak air dan sandwich."Nah Eesya, awak makanlah saya belanja"ujar Haziq sambil menghulurkan makanan kepada Qaleesya."Err..terima kasih"balas Qaleesya."Aduh kenapalah Haziq ni susah-susah belikan aku makanan ni.Habis duit saku dia sebab belanja aku"Qaleesya bermonolog sendirian didalam hati

"Yes..akhirnya dapat jugak aku belanja Eesya.Harap-harap dia makin sayang la dekat aku lepas ni"Haziq bercakap didalam hati sambil tersenyum sumbing

                       ****

"Kringg..loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat".Qaleesya berlari anak ke arah basikalnya yang dipakir dibelakang sekolah.Qaleesya ingin pulang ke rumah awal kerana ingin memasak makanan kegemaran ayahnya.Walaupun ayah Qaleesya tidak menyayanginya,Qaleesya tetap ingin berbuat baik kepada ayahnya.

"Eh Eesya laju-laju ni nak kemana?"tanya Haziq"Nak baliklah.Hari ni saya nak buat kejutan untuk ayah saya.Saya nak masak makanan kegemaran ayah saya.Okeylah Haziq..saya nak cepat ni.Bye"balas Qaleesya sambil melambai ke arah Haziq.

                        ****

Di rumah,

"Ayah mesti gembira sebab aku masakkan makan kegemaran dia hari ni"Qaleesya bemonolog sambil memerhatikan lauk-pauk  yang dimasakknya.Qaleesya memasak Nasi beriani,ayam masak merah dan membuat pencuci mulut kegemaran ayahnya iaitu puding karamel.

Sebelum ibunya meninggal,Qaleesya sudah diajar oleh ibunya cara-cara untuk memasak.Jadi tidak hairanlah Qaleesya dapat memasak makanan yang begitu sedap ini.

Kedengaran daun pintu rumah dikuak.Muncul ayahnya yang dalam keadaan marah itu."Ayah..jom kita makan sama-sama.Eesya ada masakkan makanan kegemaran ayah,nasi beriani"kata Qaleesya takut-takut."Argh..aku tak lapar.Kalau kau lapar sangat kau hadap jelah makan tu sorang-sorang"balas encik Syamsul."Tapi ayah Eesya penat-penat masak untuk ayah.Ayah lah sikit eh"pujuk Qaleesya.

"Hoi anak sial. Kau ni memang tak faham bahasa ke apa hah?.Aku cakap aku tak nak makan aku tak nak lah"jerkah encik Syamsul."Tapi ayah..."ujar Qaleesya dalam nada memujuk untuk menyuruh ayahnya makan.

"Kau nikan memang patut aku bagi pengajaran sikit kan baru kau nak faham"kata encik Syamsul sambil mencari tali pinggangnya.Selepas menemui tali pinggang,encik Syamsul memukul anaknya tanpa belas kasihan."Ayah....sakit ayah.Ampun ayah... .Eesya janji lepas ni Eesya tak akan paksa ayah makan lagi"rintih Qaleesya.Namun ayahnya tidak mendengar rintahan Qaleesya itu dan terus memukul Qaleesya.

                          ****
"Ibu....ibu.. .Tolong Eesya ibu....Apa salah Eesya sampai ayah sanggup pukul Eesya sampai mcm ni... Ibu Eesya rindu ibu.Eesya sakit ibu.Eesya dah tak tahan ibu..."rintih Qaleesya berserta esakan tangisannya

Hi guys.Thanks for reading.Sorry kalau ade tertypo.Nantikan bab yang seterusnya:)XOXO

Just YouWhere stories live. Discover now