14

7.2K 297 5
                                    

"Encik Laith Zafri.." kata Husna sebaik saja mereka masuk ke dalam perut kereta. Laith menoleh ke arah Husna. 

"Ya, Husna Delisha?" matanya menatap wajah Husna yang manis itu.

"Saya terfikir... saya harap encik tak marah bila saya cakap ni?" Husna perlahan-lahan menuturkan ayatnya. Tidak mahu merosakkan mood Laith hari ini.

"Ya? Saya janji saya tak mengamuk.." Laith tersenyum sedikit. Pasti ini berkaitan dengan...

"About your parents." Laju Husna berkata. Laith tertunduk. Memang benar kata firasatnya tadi.

"Kenapa?" soal Laith, mengawal sedikit nada suaranya.

"Encik Laith, deep down inside - the inner you.. um, actually you are a lovely, gentle man.. saya dapat tengok cara.. awak dengan Mak Mah dan Pak Man tadi. When you are around my family.. me? Um, okay.." Husna menarik nafasnya.

"Straight to the point, please." Laith memotong percakapan Husna.

"The truth is, Encik Laith... saya nak encik berbaik dengan family encik semula." Husna memandang wajah Laith. Tangannya sudah mencengkam stereng.

"Why so sudden?" Laith masih mengawal suaranya.

"Macam saya pernah cakap dengan encik dulu, keberkatan. Besides, sampai bila encik nak hidup macam ni? Okay.. you are lucky to have both parents.. cuba encik tengok anak-anak di negara lain yang kehilangan ibu bapa mereka. Mana mereka nak bergantung hidup.. macam mana mereka nak meneruskan kehidupan tanpa orang tua mereka.... kesian encik.. berapa ramai orang berharap untuk mendapatkan ibu bapa mereka balik..."

Mata Laith sudah berkaca. "Each and every night, saya berdoa that one day saya dapat merasai kasih sayang dari ibu bapa saya.. Tapi, every time saya nak menghampiri mereka... the past keeps on making me stop. Husna. Awak faham, bukan? Saya tahu saya berdosa setiap kali saya marah, cakap benda tak elok dengan ibu bapa saya. Awak tahu apa yang saya fikir? Apa yang saya kecapi sekarang istidraj.. I don't know, Husna. Saya rasa berdosa tiap kali saya cuba memperbaiki hubungan saya dengan ibu bapa saya." Air mata lelakinya jatuh lagi.

Husna menunduk, air matanya turut mengalir. Cepat-cepat dia menyeka air matanya. Telefon Laith di ambilnya. Husna mengukirkan satu senyuman. "Boleh tak kita escape kerja harini? Hari ni takde urusan penting pun.. Mesej mama awak, cakap kita nak datang?"

Laith tertawa kecil. Sekejap saja mood nya bertukar di sebabkan Husna. "Sopan pulak pekerja sorang ni nak escape.. um, kenapa nak pergi rumah mama?" Laith memandang wajah Husna, keliru.


"Kita fix everything.. right now! This moment... Jom?" Husna menayangkan giginya yang bersih dan teratur itu.

"Fine... awak mesej mama lah cakap kita on the way. Oh, amaran keras! Jangan letak emoji." Laith memberikan amaran kepada Husna. Tahu sangat wanita itu peminat emoji.

"Beres!" kata Husna.

mama! Zafri dan Husna nak datang rumah. OTW :)


****

Laith menarik nafasnya sedalam mungkin. Wajah Husna yang tenang diperhatinya. Husna terlalu sibuk meninjau kawasan rumah, tidak sedar dirinya diperhatikan. Melihat ketenangan wanita itu, membuatkan dirinya turut bertenang juga.

"Husna Delisha... d... do I... I.. do.. look.. um, okay?" Laith berdehem.

Husna merapatkan dirinya dengan Laith. Tali leher Laith dibukanya, rambut Laith ditolaknya kebelakang sedikit.

"Tak perlu guna necktie.. and yes, you look handsome. As usual!" kata Husna lembut.

"Saya tak tau macam mana nak cakap... but! Saya seriously, takut!" Laith merenung anak mata Husna.

Husna mengalihkan pandangannya. "You know I'm here.. there is nothing to be afraid of.. I got your um, heavy, muscular, big back!" usik Husna, untuk menghilangkan gugup di hati.

"And sexy back too! Shall we?" kata Laith memandang Husna yang menunduk.

Husna memberikannya senyuman dan satu anggukkan kecil.

Mereka berjalan beriringan memasuki kawasan rumah agam itu.

Pintu dikuak.

"Assalamualaikum..."


to be continued...

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now