Zaid pergi kembali ke Canberra, Australia. Sewaktu dalam perjalanan Zaid Canberra Airport ke rumah rumahnya di Australia, Zaid mengalami satu kemalangan. Kemalangan tersebut mengakibatkan tangan kirinya patah. Dan Zaid pengsan. Lalu ambulans menghantar Zaid ke hospital berdekatan.
Keadaan Zaid teruk. Kekadang dia meronta. Di hospital, Zaid mengalami satu mimpi. Mimpi tersebut telah menginsafkannya. Zaid secepat mungkin ingin pulang ke Kuala Lumpur. Untuk meminta maaf kepada ayah dan ibunya. Namun, apa kan daya, Zaid belum sihat sepenuhnya. Zaid kekadang dikuasai oleh rasa bingung dan resah-gelisah kerana takut tidak meminta maaf kepada ayah dan ibunya sebelum mati. Yusuf dan Ayman selalu menziarahi Zaid di hospital. Dengan masa yang terluang, Zaid meminta maaf kepada rakan-rakannya itu.
"Suf, aku minta maaf, Suf. Aku bersalah. Aku yang berubah." Zaid meminta maaf kepada Yusuf.
"Tak apa, Zaid. Aku maafkan. Kau juga patut bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberi peluang bertaubat. Kau juga patut bertaubat dan meminta keampunan daripada-Nya." Terang Yusuf.
Zaid mengangguk. "Kenapalah dulu aku tak gunakan duit yang Stephanie bagi kat akuitu untuk membayar hutang kad kredit?" Tanya Zaid pada dirinya. Lalu mengeluh.
Lalu Zaid mengalih pandangannya Ayman. "Man, aku minta maaf kat kau juga, mana tahu, aku ada salah kat kau." Ujar Zaid
"Kau tak ada salah bagi aku, Zaid. Aku pun minta maaf kalau ada... ada salah dan silap." Jawab Ayman.
"Sanggup aku neredah lautan api, asalkan aku dapat meminta maaf kepada ibu dan bapaku." Tiba-tiba ayat itu keluar darimulut Zaid. Tidak ditujukan kepada siapa-siapa. Hanya untuk meluahkan perasaan.
"Takpa Zaid. Kau akan dapat meminta maaf kepada mak ayah kau nanti." Yusuf cuba meyakinkan rakannya.
Zaid tidak menjawab pernyataan Yusuf.
(BELUM HABIS LAGI. ADA DUA LAGI PART YANG BELUM DI-PUBLISH)
YOU ARE READING
Cerpen: Kuhidup Untuk Khaliq
KurzgeschichtenCerpen ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berumur 18 tahun yang menuambung pelajarannya di luar negara. Lelaki itu bernama Zaid. Zaid tertekan dengan keadaan hidupnya sehingga dia terlencong dari jalan kebenaran. Dan lebih teruk lagi, derha...