Bab 1

324 6 0
                                    

"Hai..?"tegur Akif takut -takut.Mata ditala ke gadis kecik molek di depannya.
"Aaaaaaa!!... Papa!"Terkejut dengan teguran itu Masya terus menjerit ketakutan.
Encik Malik dan Encik Rosli memandang apabila terdengar jeritan.Encik Malik terus mendapatkan anak gadisnya.

"Kenapa ni? Masya?"Encik malik bertanya seraya mengusap kepala anaknya tanda memujuk.
"Sya takut...."bergetar suara Masya.
"Masya takut apa?"dia tidak pelik jika Masya takut dengan Akif.Sebab memang Masya dari dahulu akan berasa taku jika berjumpa dengan orang baru.

Masya menggeleng dan memeluk papanya.

"Maaf lah Rosli anak aku memang macam ni dari kecil.Takutkan orang."Encik Malik menjelaskan tentang anaknya .
"Tak apalah.Akif pun.Dia pun cuba nak berkawan."Encik Rosli menggeleng dan tergelak kecil.

"Aku balik dulu lah Rosli.Lain kali aku datang lagi ok."kata Encik Malik sebelum beredar.
"Ok.Sampaikan salam kat keluarga kau."

Encik Malik mengangguk dan terus beredar.

★★★★★

'Erghh! Mimpi lagi!Haihhh..' perlahan Akif mengeluh. Mana dia nak cari gadis yang selalu muncul dalam mimpinya? Ayah? Sudah ditanya. Ayah cuma kata anak kawannya dulu itu bekerja di Johor sebagai akauntan di salah sebuah syarikat.Johor tu besar.Mana dia nak jumpa.

Pindah Johor? Ok jugak tapi macam lah ayah nak bagi.Hmm.

Aaah ape nak jadi, jadilah janji jumpa gadis tuh.Okey muktamad. Kene pujuk ayah jugak.

Langkah dibawa ke tangga untuk berjumpa ayah.

"Ayah..."tegur Akif apabila melihat ayahnya.
"Aaa.. Akif , ayah baru nak panggil.Meh ke ruang tamu nak bincang sikit.

"Ok "balasnya. Terus mengikut ayahnya ke ruang tamu.

★★★★★

'Alhamdulillah! ' jeritnya dalam hati.Tak perlu susah pujuk untuk pindah ke Johor. Ayah dah beri peluang untuk kerja disana.
"Terima kasih ayah!"terus tubuh ayahnya dipeluk sekuat hati."Ya..ya.. kalau ye pun tak perlulah peluk kuat kuat.Sakit dada ayah ni."kepala Encik Rosli digeleng.

"Ayah bila Akif mula bekerja kat sana?"dilabuhkan duduk di hadapan ayahnya.

"Minggu depan.Jadi Akif dah bole start kemas barang."

"Okey ayah."
"Haa.. ni ayah nak cakap.Kat sana Akif tak payah cari rumah. Ayah dah ada belikan rumah teres kat sana."
"Wuahhh. Terima kasih ayah."Tangan ayahnya dicapai dan dicium.

"Akif siap sekarang lah"muka selamba ditayang.

"Tak menyabar betul."Haihh gembira semacam anaknya itu apabila ditawarkan bekerja di Johor.

"Okeh ayah.Bye Assalamualaikum. Pape roger Akif."
"Waalaikummusalam."

★★★★★

"Nanti jangan tak balik pulak."pesan ibu Akif.Berat hatinya ingin melepas kan anaknya.Sudah lah anak yang pertama telah berkahwin.Yang tinggal hanyalah anak bongsu perempuan yang masih belajar.

"Yee ibu.Ibu jangan lah risau.Akif akan balik.Balik dengan calon isteri sekali okey?"sebab nak sedapkan hati ibu, terpaksa cakap pasal calon isteri.Kalau ibu betul-betul nak mati aku.

Membulat mata Puan Azra."Amboi...gatalnya.Tapi Bagus jugak.Pastikan bawak balik menantu ibu."Puan Azra tergelak perlahan.

"Eh ibu...Akif gurau je lah."senyum kelat terus.Kan dah cakap ibu mesti nak punya.'haihhh.macam mana ni.'keluhnya perlahan.

"Aii mengeluh? Tadi bukan Akif yang offer ke?."dijeling anaknya sedikit.
"Gurau bu..."senyum bersalah.
"Iyelah.Dah cepat Pak Ahmad dsh sampai."

"Okey. Salam bu ayah."tangan kedua orang tuanya disalam penuh hormat.

"Hati-hati."

Kepalanya diangguk perlahan.

Suka Saya Yaa?Where stories live. Discover now