PART-7(Insaf)

16 1 0
                                    

    6 bulan kemudian, Zaid sembuh. Zaid amat bersyukur kerana dia telah sembuh. Zaid juga telah membayar hutang kad kreditnya dengan duit hasil daripada pendapatan lebih ayahnya dari bisnes sewa gelanggang basketball, badminton dan futsal. Bisnes dari baru sahaja dia mulai.

    Pada suatu hari Jumaat, Zaid datang ke masjid sebelum sembahyang jumaat. Zaid memakai jubah, berserban smdan memakai minyak wangi.

    Zaid berwudhuk. Dengan penuh tertib. Selepas berwudhuk, dia mengambil senaskhah Al-Qur'an lalu duduk kemudian membacanya. Dengan tartil.

    "Assalamu'alaikum, Zaid." Yusuf tiba-tiba muncul di sebelah kanan Zaid lalu memberi salam.

    "Wa'alaikummussalam." Lalu mereka bersalaman.

    Kemudian Yusuf pun mengambil senaskhak Al-Qur'an lalu duduk bersila membacanya.

    Lalu tiba-tiba Zaid berkata kepada Yusuf, "Dulu sebelum aku kemalangan. Aku selalu menduga kenapa harus aku yang kena dugaan ini. Rupa-rupanya Allah nak aku kembali mengingat-Nya selepas lama melupakannya."

    "Alhamdulillah." Jawab Yusuf.

                         *  *  *

    Demikianlah, Allah memberi hidayah dan Allah memberi peluang untuk bertaubat kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan dengan apa-apa cara sekalipun. Allah Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

                         
                         ~Tamat~  

Cerpen: Kuhidup Untuk KhaliqWhere stories live. Discover now