13

12.5K 72 35
                                    

Tipah membuka matanya. Dia kini di awangan. Ya, Tipah terapung di udara. Cahaya spotlight memancar ke arah Tipah. Anak mata Tipah sepet-sepet dek kerana kesilauan spotlight itu. Tipah memerhati keadaan sekeliling. Dia masih terapung bagai tiada graviti. Tipah menelentangkan badannya dan kini dia menghadap ke bawah. Dia melihat kolam renang dia bawahnya.

Fokus Tipah terganggu dengan jeritan namanya. Tipah mencari-cari suara yang memuja namanya itu. Akhirnya, Tipah terpandang satu kain rentang yang sangat besar sehingga hampir menutup keseluruhan bangku penonton. Di kain rentang itu dianyam dengan perkataan, TIPAH YOU'RE THE BEST BCS YOU'RE SEXY IN YOUR SWIMSUIT. Ya, tulisan itu dianyam. Tipah tidak pasti siapa yg rajin menganyam namanya di kain rentang itu. Tipah tersenyum. Dia sepertinya terasa dirinya sangat dihargai.

Tipah memandang ke bawah semula. Kan? Tinggi benor papan anjal yang Tipah terjun tu. Dah berapa kali Tipah alih perhatian ke sana sini, tak juga masuk dalam kolam. Okay, tibalah masanya. Tipah tenggelam dan hanyut ke dasar. Terdengar suara latar koir menyanyikan rentak cemas dan keluhan para penonton yang berdiri beramai-ramai sambil memanjangkan leher untuk melihat ke dasar kolam.

Tipah timbul. Tipah cuba mencari oksigen di permukaan kolam. Koir tadi menyanyikan rentak lega. Jangan tanya bagaimana bunyinya rentak lega itu. Penulis tidak tahu kerana Tipah saja yang mendengarnya. Para penonton bertepuk tampar dengan gemuruh. Tak lah, bertepuk tangan sebenarnya. Tipah senyum.

Rambutnya basah. Seksi sekali. Tipah mengikat tali bra nya yang tertanggal. Para penonton bergender lelaki meneguk liur hingga hingar-bingar keadaan stadium tertutup itu. Para isteri berusaha kuat menutup pandangan para suami. Tipah ada terlihat beberapa orang pasangan sejoli bangun sambil si isteri digendong si suami dan mereka menghala ke tandas berdekatan. Mereka juga terlihatnya berlaga bibir dengan sangat ghairah dan mesra. Tipah tidak faham kenapa mereka ke tandas? Ada juga yang memukul punggung pasangan masing-masing yang kelihatannya mendesah. Tipah tidak faham situasi itu.

Para pengadil sesekali membetulkan kedudukan punggung mereka. Ketiga-tiga mereka bergender lelaki dan memakai kot serta tali leher persis Man in Black. Tipah terpandang pula ke arah pengawal kolam di atas kerusi tinggi di sebelah kanan kolam. Tipah melihat tag namanya, Riduan. Ya, itulah satu-satunya manusia yang Tipah kenal di kawasan kolam ini.

Riduan sedang meletakkan tangannya di celah kangkang dan sesekali kerusi tinggi itu bergerak berhayun. Tipah pelik. Dia tidak tahu apa yang sedang dilakukan Riduan di atas itu. Tipah mengalihkan pandangannya ke arah pengadil semula. Mereka mengangkat papan kecil yang tertera nombor 10. Bermakna berjumlah 30. Para penonton bertepuk tangan lagi gemuruh dari tadi dan pasukan koir sedang menyanyikan lagu Gemuruh dari Faizal Tahir.

Tipah keluar dari kolam dan berjalan ke arah Riduan. Tipah menyapa Riduan dan,

p/s: Jeng jeng jeng. Sengaja taknak habiskan bab ni. Ni nak tanya, memang story aku ni okay je ke dekat tekak korang? Takde pun aku dpt komen negatif ke positif ke membangun ke idea ke, mmg takde siapa ke nak komen apa² ke? Lahai, tak syok lah mcm ni. Kalau berterusan juga, tak mau lah sambung tulis hat citaa ni. (Merajuk!) Hahaha c(:

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now