"Kau tak payah lah weh!Dia tu menyusahkan tahu tak?!Kau degil.Orang dah buat jahat dengan kau.Haihhh."bebel Aliya.
'Hummpp bebel aje mak cik ni.'
"Weh dengar tak?"
"Masya!!?Bahaya!"Bukk!
"Ouch..!"Masya mengerang kesakitan. Sedap tu kene langgar dengan bagasi besar gedabak.
"Eh.. Maaf cik..?"pemuda tersebut meminta maaf."Hoii kau buta ke? Tulah tengok handphone je tahu.Jalan tak tengok depan.!"marah Aliya.
'Aikk? Siapa yang aku langgar ni?'pemuda tersebut membuat muka pelik
"Ermmh maaf lagi sekali.Okey bye saya nak cepat."langkah terus dibawa ke kawasan kedai yang lain."Macam tu,aje? What the hell siaa.Inilah orang zaman sekarang."balas Aliya seakan-akan dia yang dilanggar.
"Kau ni dia dah mintak maaf. Kira baik lah tu.Dah stop membebel.Jom gerak."akhirnya Masya bersuara jua.
"Yelah..baik sangat"omel Aliya. Ayat yang terakhir tidak berapa jelas.
"Aku dengar..."suaranya dileretkan.Haih..Aliya memang begitu.Pantang orang macam tu...mulalah nak membebel.
"Ape?Ok la jom.Aku nak makan aiskrim"terus ubah topik.
★★★★★
"Mama Masya nak ikut..." rengeknya sambil membuat muka comel. Mana taknya. Papa dan mamanya akan menetap di Australia. Tiga tahun tu bukan sekejap. Sebab papa naik pangkat dan diarahkan menjaga syarikat yang lain.
"No. Masya kene jaga rumah dan kerja Masya sebagai akauntan jangan lupa." berat juga hati Puan Maya ingin membiarkan anaknya disini. Sedangkan dia dan suaminya akan menetap di Australia selama tiga tahun."Hmm yalah." merajuk.
"Nanti papa dan mama akan melawat Masya. Jangan risau okey?" dipujuk anak perempuannya. Anak lelakinya semua sudah berumah tangga.
"Yelah mama." akhirnya dia mengalah. Papa pergi untuk kerja. Mama pulak peneman papa. Okey full stop otak. Jangan fikir lain.
"Okey. Take care sayang mama dan papa gerak dulu." tenang hatinya apabila anaknya berkata begitu.
"Bye. " mata menyoroti langkah kedua orang tuanya.
"Nak buat apa ek? Dah lah bosan kat rumah. Hailaaa" keluhan kecil dilepaskan.
" Assalammuaalaikum!" suara orang memberi salam kedengaran.'Siapa pulak tengah hari buta datang nih?' langkah di bawa ke pintu utama.
"Waalaikummussalam. Ya? Cari siapa?" lelaki? Siapa pulak? Kawan abang ke? Adus banyak pulak tanda soal dalam kepala ni... Huhu.
"Erhmm. Ini rumah Encik Malik ke?" soal pemuda tersebut.
"Yaa itu ayah saya. Ada apa ya encik?"
" Oh ok. Awak ni anak perempuan tunggal dia ke?" matanya tajam memerhati gadis di hadapan pintu utama itu. Hmm macam pernah nampak.
"Ya ya saya. Kenapa ya?" aku dah seram ni.. Siapa pulak ni. Siap sedia kalau kene rompak kejap lagi. Aduh. Bismillah.
"Ouh ya saya anak kawan ayah awak. Ayah awak minta saya teman awak makan tengah hari." jelas pemuda tersebut.
'What?! Yeke? Uishh tak leh caya sangat sekarang nih.'
"Eh tak apa lah. Bye." terus pintu di hempas kuat. Pecut terus dia ke tingkat atas.
'Biarlah dia cakap kurang ajar pun. Asal aku selamat sudah. Fuh!'
Tingkap langsir di selak. Jelas wajah pemuda itu seakan terkejut dengan apa yang terjadi.
'Mampus dia lah. Aku nak tido.!'
★★★★★
Bum!
Luruh jantung aku. Apahal pulak budak ni aku belum habis cakap lagi. Hailaa fikir lain lah tu.Hmm.. perlu ke repot kat Encik Malik.? Tu yang nak cepat pagi tadi. Ayah cakap kawannya minta tolong. Dengan dia belum sarapan. Lepastu orang tutup pintu kuat- kuat. Perghh! Mati awal macam ni
'Tak yah lah. Lebih baik aku balik. Membuta. Tenang hidup.' Tergelak kecil dia. Entah celah mana entah yang lawaknya.
"Balik- balik." Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar .
Start enjin. Blah.
★★★★★
"Kenal kan diri dulu sayang lain kali. Ibu pun lupa nak bagitau dekat si Masya tu." Apalah anaknya ini. Patutlah Masya tak layan anaknya. Tak kenalkan diri siapa. Macam mana orang nak kenal.
"Laaa. Kot-kot dia kenal Akif bu. Macam pernah nampak lah dia ni. Owhh haa kat dalam Mall area kedai cenderahati tu. Hmm oo patutlah pernah nampak ." Yaa gadis yang dilanggarnya sehari sebelum dia ke rumah gadis itu.Berkerut dahi Puan Azra. Dah melalut kemana pulak budak ni. Eh? Dah pernah kenal ke.? Hmm. Tak mungkin. Itu dah lama. Entah ingat ke tidak anaknya pada Masya dulu. Cuma abang Akif sahaja yang sering bertanya tentang Masya.
"Hmm apa-apa lah kamu ni. Esok pergi pejabat dia. Jangan lupa , perkenalkan diri kamu tu." Mengingatkan anaknya. Mudah sangat lupa.
"Ya. Baiklah ibu ku sayang." Ni ada ciri-ciri ibu nak start membebel. Baik dia ok kan je.
"Haaa ayah dah selesai kerja dekat sini. Malam ni ayah dengan ibu balik Selangor. Jaga diri."
"Aiyaa ibu. Ok."Fuh nasib tak kene bebel.
"Oklah. Assalamuaalikum."terus Puan Azra memasuki kereta.
"Waalaikumussalam." Masya? Budak itu ganas gila. Nasib pintu tak tercabut. Haihh. Macam mana nak buat kawan? Agak-agak sudi tak dia?
Haaa aku masih fikir pasal mimpi tu lagi. Siapa ek budak perempuan tu dalam mimpi aku? Namanya siapa ek. Aduh ayah pun tak bagitau. Ish.. baik aku mandi. Dah busuk siaa.
Tuala dicapai. Langkah kaki terus ke bilik air.
YOU ARE READING
Suka Saya Yaa?
ActionKawan lama? Tak kenal. Sorry yang dia kenal hanyalah Abang Ucu dan Abang Long. Siapa pulak Akif yang datang dan mengaku kawan lama?-Masya. Aduh ayah mana kawan Akif dulu tu? Kenapa ayah suruh Akif jaga Masya ni? Siapa dia? -Akif. Masya ingin melupak...