Sayanggg!! Aku kau lupa!!! Aku kau lupa!! Tanpa kau sedar!!... Ok enough. Start cite.
***********
Seminggu sudah berlalu. Seminggu jugalah tugas Kaoru sebagai bodyguard Kaori telah dijalankan. Setiap kali Kaori dalam masalah Kaoru yang membantunya. Walaupun muka macam tak ikhlas. Dialah superman Kaori. Well at least itulah apa yang Kaori fikirkan.
Selepas waktu balik di sekolah.
"Hana-chan! Hana-chan!. Saya nak minta pendapat boleh tak?". Tanya Kaori.
"Apa pulak yang tak bolehnya. Ha! Tanyalah".
"Err... Saya rasa saya ada sakit jantunglah". Kaori bermuka polos.
"Hah?!, kau jangan main-main Kaori! Apasak kau cakap macam tu pulak?". Cuak Hana dibuatnya
"Yalah. Setiap kali saya nampak Kaichi-kun mesti jantung saya macam nak meletup". Hana tersenyum.
"Itu bukan sakit jantung...". Sengaja Hana membiarkan meleret nak tengok tahap ke'blur'an Kaori. Ya, Kaori buat muka blur.
"Herghh! Kau tu dah dilamun cinta! Haihh.. Apalah slow sangat kawan aku ni dengan perasaan sendiri".
Kaori buat muka tak percaya.
"Takkanlah...". Kaori menafikan.
"Kenapa takkan?. Bukan dia ke yang selalu tolong kau sejak kebelakangan ni?". Hana bermain kata.
"Err...". Kaori pula kematian kata.
"Apa kata.. Esok kau confess kat dia. Kan esok last sekolah". Saran Hana-chan.
"Eh, mana boleh. Agama saya larang berkapel".
"Lah.. Habis tu?".
"Hmm... Tengoklah macam mana".
"Eh! Aku balik dululah Kaori-chan".
"Yalah. Saya pun nak balik ni. Jomlah turun sama-sama". Ajak Kaori.
Sampai di pintu pagar mereka berpisah.
"Hmm.. Hari ni Kaoru tak datang. Kalau tak mesti aku jalan dengan dia sekarang". Kaori bermonolog sambil berjalan selepas turun dari tren.
"Eh, nak pergi tengok Kaorulah. Mana tau dia sakit teruk ke. Boleh bagi nota ni sekali". Kaori berjalan ke rumah Kaoru.
'Kenapa banyak lori depan rumah dia ni? Ah lantaklah'.
Dia menekan butang loceng.
"Ding dong!". Ibu Kaoru keluar.
"Oh! Kamu Kaori". Ibu Kaoru sudah biasa dengan Kaori. Meskipun kadang kala dia rasa janggal dengan penampilan Kaori. Tetapi dia cuba untuk tidak menghiraukannya.
"Er.. Kaichi-kun ada?". Tanya Kaori.
"Eh, dia ada. Kejap makcik panggil".
"Kaoru! Kawan kamu datang ni!".
Kaoru keluar dengan messy hairnya sambil menggaru kepala membuatkan Kaori berdebar.
"Nande?". Tanya Kaori dengan muka yang pucat.
"Err.. Awak tak sihat ke? Pucat je muka". Nada Kaori seperti risau.
"Hah? Yeke? Takde papelah. Ni kau datang kenapa?". Tanya Kaoru mendatar.
"Er.. Saya nak bagi nota ni". Kaori menghulurkan kertas. Kaoru mengambilnya dengan muka tiada perasaan. Sedaya upaya dia mengawal riak mukanya supaya kekal tidak beremosi.
"Erm.. Saya ada benda nak cakap ni". Kaori cuba buat luahan. Nak meluah je. Bukan ajak couple pun.
"Sebelum tu bagi aku cakap dulu". Kaoru memintas. Kaori mengangguk.
"Esok aku pindah. Hiroshima. So, dah takde siapa akan jaga kau lagi. Pandai-pandailah kau jaga diri". Dingin suaranya.
Kaori memandang dengan muka terkejut. Matanya bergenang. Dia menunduk ke tanah menahan tangis. Namun air matanya jatuh juga.
"Tch!". Kaoru mendecit. Kemudian dia menggenggam bahu Kaori dengan kasar. Dan menariknya pergi ke tepi sungai.
"Sebab nilah aku tak pergi sekolah! Aku tau akan jadi macam ni". Kaoru meraup mukanya kasar.
"Tapi kenapa? Kenapa awak nak pindah?". Tanya Kaori teresak-esak. Didengarnya Kaoru menarik nafas dan menghembus. Dalam.
"Sebab, aku ni hidup dah tak lama. Takde guna aku duduk kat sini lagi. Aku kena duduk dekat hospital!". Akhirnya Kaoru meluahkan apa yang tersimpan dihatinya.
Kaori berhenti menangis dan memandang muka Kaoru. Tepat.
"Heh, mesti kau suka aku takde...". Belum sempat Kaoru menghabiskan ayatnya Kaoru memintas.
"Kenapa lepas saya dah suka kat awak? Kenapa lepas saya dah tak takut dengan awak? Kenapa lepas apa yang awak dah buat untuk saya? Kenapa?!". Air matanya keluar tanpa henti. Hujan lebat seperti menangisi mereka.
Kaoru tergamam. Sungguh. Dia tak sangka itu yang difikir Kaori selama ini.
"Aku...". Dia tak tahu nak cakap apa. Speechless.
"Takpelah. Awak pun tak suka saya kan?. Saya harap awak cepat sembuh dan dapat hidup lebih lama lagi". Kaori berlalu pergi.
"Matte". Kaoru menyuruh Kaori tunggu sebentar.
"Kau tau lagi satu sebab aku tak nak datang sekolah?". Kaori memandang muka Kaoru.
"Sebab aku takut tak dapat tahan perasaan aku. Kau tau tak perasaannya bila aku dah tau aku takkan dapat hidup lama lepas baru sukakan seseorang. Tak. Kau tak tau".
'Suka? Siapa?'. Sempat Kaori bertanya pada dirinya sendiri.
"Dan orang tu adalah kau. Kau tau tak betapa sakitnya aku?". Giliran Kaoru pula meluahkan perasaannya.
Dia mendekati Kaori.
"Satu je permintaan aku kat kau". Kaori masih mendengar.
"Lupakan aku". Dua perkataan yang membuatkan Kaori tak mampu bergerak. Kelu tak berkata. Sejurus itu Kaoru terus melangkah pulang kerumahnya meninggalkan Kaori terpinga-pinga di dalam hujan lebat.
"Kalau itu apa yang awak minta. Baiklah, saya akan cuba tunaikan. Saya akan cuba lupakan awak. Tapi bukan perasaan saya dekat awak". Kata Kaori seorang dari setelag tersedar dari lamunan yang panjang.
Kaori pulang ke rumahnya dalam keadaan basah kuyup. Mujur Otounya tiada. Selepas itu, seminggu dia demam. Demam kerana terkena hujan. Tapi dia tahu ada sebab yang lebih kuat walaupun. Dia rindu. Walaupun dia tahu dia tak akan berjumpa Kaoru lagi selepas ini.
Sayonara. Kaoru-kun.
*********************
Huwaa!! Kenapa?! Nande?!. Jahatlah author ni!. Sori guys... Tapu cerita ni tak habis sini.
YOU ARE READING
Pandang Aku Boleh?
Romance"T..tapi..". -Mirza Kaori- "Kau nak lawan cakap aku ke?". -Kaoru Kaichi- "Ok. Takde. Saya ikut". "Hmph. Pengecut". "Kepala kau memang berat eh? Asyik pandang ke bawah je..". "Mulai hari ni kalau kau nak bercakap dengan aku kau kena tegakkan kepa...