PRANG!!!
Berderai pinggan dan gelas kaca tersebut apabila tangan Jun melibas tepat ke arah dua benda tersebut. Dae Ra mengeluh panjang. Bukan ini kali pertama. Ini sudah entah kali yang ke berapa. Seperti tidak terkira dek jari. Perlahan-lahan Dae Ra bangkit dari birai katil dan mencangkung memungut cebisan kaca dan makanan yang bertaburan di atas lantai bilik mereka berdua.
"Berapa kali aku cakap, aku tak nak kau yang hantar makanan. Aku tak suka." Ujar Jun, mendatar. Kakinya yang masih berbalut akibat kemalangan tidak menghalangnya untuk terus berlaku kejam ke atas isterinya sendiri.
"Habis, awak nak siapa hantarkan makanan ni pada awak? Awak..."
"Omma aku ada. Dia boleh hantar kat aku. Cuma kau tu je. Menyibuk." Jun menjeling Dae Ra yang cuba menahan air mata dari terus mengalir seperti selalu. Sesekali dia memegang kepala yang berdenyut-denyut. Ya, setiap kali memandang wajah Dae Ra, kepalanya berdenyut. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu.
"Jun... kenapa awak tak ingat saya?" Dae Ra melabuhkan punggungnya di birai katil kembali setelah mengemas makanan yang bertaburan di atas lantai tadi Jun memandang Dae Ra dengan hujung mata. Agak tertarik dengan soalan yang diajukan gadis itu.
"Maksud kau?" Dae Ra merenung anak mata Jun. Dalam. Mulutnya mula terbuka untuk menceritakannya dari A sampai Z.
____________
"Dae Ra ah! Dae Ra!" Dae Ra tidak mengendahkan panggilan dari Jun itu. Dibiarkan sahaja Jun yang memanggilnya itu. Sikit pun dia tidak pandang ke belakang. Hatinya terlalu terluka dengan perbualan Jun bersama ibu Jun sendiri. Selama ini ibu Jun langsung tidak merestui dirinya dalam keluarga mereka. Hanya di depan keluarga itu berlagak baik di hadapannya. Tetapi di belakangnya, langsung tidak. Malah dicemuh, dimaki hamun, dihina. Jun? Di mana Jun pergi ketika dia dilakukan sebegitu rupa ketika dia tidak tahu hal itu? Lelaki itu hanya diam dan membiarkan dirinya dihina oleh ibu Jun.
"Dae Ra sayang!"
"Nak apa lagi?! Awak nak apa lagi dari saya?! Hah?! Hati saya sakit sangat tahu tak?! Saya masih ada perasaan tau. Depan mata saya ibu awak hina maki saya. Awak buat apa masa tu? Diam? Langsung tak protect saya sebagai isteri awak. Jun... you're too much." Tergeleng kepala Dae Ra dibuatnya ketika menuturkan ayat itu. Air matanya sudah bertakung. Hatinya terlalu sakit. Pedih hingga ke kalbu. Tidak terkata betapa sedihnya hati dengan keadaan tersebut.
"Sayang sorry. Saya...saya tak tahu nak buat apa masa tu. Saya..."
"Apa?! Saya apa?! Dahlah Jun... saya kecewa dengan awak. Awak tak sayangkan saya."
"Dae Ra... bukan tak sayang. Saya sayangkan awak. Sayang sangat-sangat. Tolonglah.. jangan macam ni. Saya tak nak kita macam ni."
"Saya nak berpisah dengan awak."
"Tak akan. Saya tak akan lepaskan awak kecuali maut yang memisahkan kita." Kata Jun dengan bersungguh. Dipegang tangan isterinya dan dibawa ke bibir. Dae Ra mendengus kasar. Direntap tangannya lalu meneruskan perjalanan untuk melintas jalan raya. Panggilan daripada Jun langsung tidak diendahkan. Dia terlalu ego. Sehingga tidak tahu keadaan yang bakal terjadi. Ketika Dae Ra berada di tengah-tengah jalan, tiba-tiba lori treler daripada arah kanannya laju hendak melewati kawasan itu. Jun yang perasan akan kejadian tersebut segera bertindak.
"Dae Ra! Stop!" Dae Ra menoleh ke belakang dan tidak sempat dia hendak buat apa-apa, tubuhnya terasa ditolak dan kepalanya mengena pada batu sederhana besar di bahu jalan. BUMMM!!! Tersentak Dae Ra dengan bunyi dentuman tersebut. Kepalanya yang sakit menyebabkan dia seperti lupakan Jun yang telah menyelamatkannya tadi daripada di langgar treler.
"Tolong! Tolong! Ada kemalangan!" Mendengar jeritan itu, Dae Ra seakan-akan tersedar dari lamunannya. Perlahan-lahan dia bangun. Dia memandang tangannya. Darah. Terlalu banyak. Matanya perlahan bergerak ke arah sekumpulan manusia yang sibuk melihat bawah lori treler sederhana besar itu. Bulat matanya apabila terpandang seorang lelaki terbaring di bawah lori tersebut. Air matanya bertakung juga apabila dia melihat warna baju T shirt lelaki tersebut. Terasa bergeletar seluruh badan dibuatnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Last AND Forever (SEVENTEEN SAD ONESHOT IMAGINE)
FanfictionHope enjoy! Sediakan tisu bebanyak. Mungkin bakal mengalirkan air mata anda. ☺