Bab 1

784 15 2
                                    

(Tengku Alisha Mia Kristina POV)

Aku suruh Pak Hassan pemandu kereta mama dan papa untuk drive cepat sikit.Dah lah aku lambat dia boleh pula rilek rilek drive.

"Pak Hassan boleh memandu cepat sikit tak?"Kataku.

"Iya Cik Sha! Dah nak sampai ni" jawab Pak Hassan sambil berhentikan keretanya.

Haishh...mesti aku lambat ni.Aku turun dari kereta ku dan terus berlari ke arah sekolah.Di sekolah tiada orang tahu pun yang aku ni Tengku ke, apatah lagi kaya ke.Apa yang diaorang tahu adalah nama aku ni Mia Kristina dan aku ni adalah cuma orang biasa sahaja! Itu pasal aku selalu suruh Pak Hassan hantar jauh jauh sikit dari sekolah.Mereka semua tak perlu tahupun itu semua.

Kakak ni pun satu dah tahu bukan nak kasih bangun awal.Tengok je lah nasib kau kak!
Alamak dia dah nak tutup pagar sekolah ni! Aku berlari lagi laju.Dengan pantas aku selit masuk.Nasib baik kurus kalau tak confirm tak muat mesti lah lambat!

"Nasib lah awak ni!" Pengawas itu senyum.

"Ouhh...urmm...k..kena tulis nama tak? S..sebab saya b..bukan datang lambat pun" aku tunjuk buku record lambatnya.

Kekeke! Ceh! Aku dah datang lambat bukan nak mengaku pula aku ni? Pengawas itu terus mengeling kepalanya.Aku aguk sahaja dan terus masuk kelas.

"Cik Mia Kristina! Kenapa lambat?" Cikgu Melissa kata sambil senyum.

Semua mata melihat kearahku! Eh eleh boleh dia senyum.Ni semua salah kau lah kak siapa lagi.Siapa suruh tak nak kasih bangun orang! Nasib baik Mak Jah bangunkan aku kalau tak memang tak datang sekolah lah ni! Ye Cikgu Melissa ni kakak aku.Namanya Tengku Katrina Melissa.Dia juga macam aku taknak sesiapa tahu yang dia tu tengku.Di sekolah semua guru and pelajar hanya tahu namanya adalah Katrina Melissa. Aku dan kakak buat demikian kerana ada sebab yang tertentu.Aku melihat kakak yang sedang memberi senyuman manis kepadaku. Macam nak kasih siku lima pun ada juga.Tahan je lah!

"Urmm...S..Sa..Saya minta maaf cikgu?" aku pura pura bergagap.

Yelah nak kena pura pura jadi nerd kan.Dah pakai cermin mata bulat yang besar tu dengan ikat rambutku seperti dua ponytail, mestilah kena lengkapkan tu semua dengan bergagap. Kakak suruh aku ke tempat ku.Sambil aku sedang meletak beg di lantai dan mengambil tempat duduk ku, tiga rakan baik ku terus pusing dan tanya kenapa aku lambat.

"Biasa ah! Tidur kat rumah" aku memberitahu mereka dengan bisikan.

Mereka bertiga terus ketawa macam orang tak tentu arah.

"Ketawa...ketawa! Aku lempang kan baru tahu" mereka terus senyap.

Nasib baik ah korang ni kawan sehidup semati aku eh..Kalau tak dah lama kena lempangnya ni.

Aku senyum dan dengar apa Kakak eh salah Cikgu.. Melissa sedang mengajar.
-------------------

Selapas sahaja jam loceng berbunyi, semua megemas barang barang mereka dan ke kantin.Sekarang waktu rehat.

Mia Kristina ditahan oleh Cikgu Melissa.Apabila saja semua murid di kelasnya keluar.Dia terus memandang adiknya yang satu tu.

"Kenapa datang lambat tadi? Adik pergi mana?" Melissa menaiki bulu keningnya.

"Adik nak gi mana? Dah sah sah kat rumah lah.Dah lah ada orang tak nak kasih banggun adik," Mia menyidir kakaknya.

Kakaknya hanya memberi senyuman sinis dan meminta maaf kepada adik kesayangannya.

"Bukan kakak sengaja cuma tadi kakak kena datang awal sikit.Ada last minit meeting.Sorry eh"dia meminta maaf kepada adiknya.

"Yelah yelah! Dah tahu mummy dengan daddy takde kat rumah bukan nak kasih bangun! Dah lah adik lapar nak makan!Bye!" Malas Mia nak layan kakaknya.Dah lah dia tengah lapar.

--------------

Adrian dari jauh sudah nampak berketawa dan berbual dengan rakan baiknya.

"Habistu aku malas nak layan aku tinggalkan dia kat situ je,"Adrian bercerita kepada Khairul.

"Macamtu je kau belah? Power pe!" Gelak khairul.

Adrian hanya memberi senyuman yang bangga kepada dirinya.Memang padan muka Qilla tu! Siapa suruh mengada ngada dengan dia.Kan dah kena tinggalkan.

"Oii...Awek simpanan kau tengah jalan ke arah kau woi,"Khairul memberitahunya.

"Awek simpanan kepala otak kau! Alamak apa dia nak ni!" kata Adrian.

"Hi sayang! Jom kita makan ke kantin nak? Please sayang! I lapar!" Gedik Qilla.

Alamak dia ni menyusahkan aku je!

"Khairul jom gi sekali!"Ajak Adrian. Qilla membeliakkan matanya.'Orang ajak dia, dia ajak orang lain pula! Geramnya aku!' bisik hati Qilla.

"Boleh juga jom!" Adrian dengan Khairul sedang sibuk berbual antara satu sama lain.Qilla hanya berdiri di sebelah Adrian dan memegang tangan kirinya dengan lembut.

Setelah Mia membeli makanannya, dia duduk di sebelah Ain. Ana dan Sara pula duduk di hadapan mereka.Sedang mereka berbual, ada orang langgar dia sewaktu dia makan.Nasib baik tak tumpah.

"Pantang kalau aku makan ada orang kacau aku!" Dia berkata.

Mia pusing kebelakang dan nampak Qilla yang sedang memberi senyum sinis kepadanya.Qilla terus bersambung berjalan disebelah Adrian dan Khairul.

"Kurang ajar punya minah!"bisik Mia kepada Sara,Ana dan Ain.

-----------

Mr Playboy & Ms Gangster?Where stories live. Discover now