Pertanyaan itu sememangnya meninggalkan rasa janggal antara kedua-dua belah pihak. Sejak Aqilah bersetuju untuk bertemu dengan anak Tan Sri Khalid itu, papanya terus sahaja melebarkan senyum lalu mengatur pertemuan itu di The Feast Concept, salah satu restoran kegemarannya yang menyajikan masakan daripada Korea Selatan.
Pada mulanya, Aqilah memang tidak bersetuju langsung. Namun, setelah didesak dengan hebat oleh papanya, dia mengiakan juga dengan syarat kedua-dua belah pihak harus ditemani oleh parents masing-masing. Maka, disebabkan papanya dan Tan Sri Khalid merupakan bapa tunggal, merekalah yang terpaksa menemani mereka walaupun kerja di pejabat sememangnya bertimbun tidak terkata.
“Macam mana, Qila?” Soalan yang tidak berjawab itu terus mengasak Aqilah.
Aqilah menjeling sedikit. Cuba meneka reaksi anak kawan baik papanya itu. Nampaknya, reaksi lelaki itu biasa-biasa sahaja. Huh! Kalau macam ni, memang dia sendirilah yang kena menjawab. Tapi tunggu dulu...
“Kenapa Qila kena ikut cakap papa? Apa yang Qila dapat kalau buat macam yang papa suruh?”
“Eh, banyak tanya pula dia. Dapat apa lagi? Dapat pahalalah... sebab gembirakan hati papa.” Jawab papanya dengan selamba. Geram pula hati Aqilah mendengarnya.
“Tapi Qila tak nak kahwin dengan dia ni!”
“Nadya Aqilah...” Bergetar suara papanya memberi nada amaran. Aqilah mengeluh. Dah dia memang tak nak. Daripada dia berdolak-dalih, lebih baik dia berterus terang sahaja. Kalau menipu bukan sahaja dapat dosa, malah hidupnya juga yang merana.
Aqilah menjeling lagi lelaki yang duduk semeja dengannya itu. Hmm, boleh tahan kacak. Malah lagi kacak daripada lelaki-lelaki yang pernah ‘diburu’ olehnya. Tapi, sekilas pandang sahaja dia sudah tahu yang lelaki itu jenis yang serius dengan sesebuah perhubungan, dan itu yang paling ditakutinya. Dia takut dengan komitmen hubungan jangka panjang.
“Macam nilah. Uncle cadang kamu dan Firaz bertunang dulu. Pasal hal nikah kahwin ni kita bincang nanti-nanti aje ye?” Tu dia suara emas Tan Sri Khalid. Bila pula nak dengar suara berlian anaknya yang kacak itu? Duh, terpuji dia kacak pula!
.................................................................................................
“Uncle, can I speak with Nadya for a while? Alone?”
Qila menjeling lagi lelaki itu buat sekian kalinya. Risau juga dia. Silap-silap hari bulan matanya boleh jadi juling pula kerana banyak sangat sesi menjeling pada hari yang ‘indah’ ini. Tapi, dia memang tak boleh elak daripada melakukan aktiviti itu apabila dengar suara Firaz. Rasa macam merdu la pula. Opps!
“Sure.” Tan Sri Danial dengan riak muka teruja + gembira + tak terkata dengan relanya telah bersetuju dengan permintaan bakal menantu kesayangannya itu. Eh? Bakal menantu kesayangan? Hmm, harap-haraplah yang tak jadi.
“Papa...” Aqilah bersuara cemas, cuba membangkang keputusan papanya itu. Namun, semuanya sia-sia kerana papanya tiba-tiba menjegilkan matanya yang memang tak berapa nak bulat itu, membuatkan Aqilah akur lalu membuntuti Firaz ke satu sudut restoran yang berlainan.
“Miss Nadya.”
“Ehem... ehem... call me Qila and tolong buang ‘miss’ tu. Tak payah nak formal sangat la wahai...” Alamak! Apa nama dia tadi?
“It’s Firaz Elfahry Tan Sri Khalid.”
“Hah?”
“My name...”
“Ohh.. so?” Tak tanya pun lagi. Ingat ni sesi temuduga ke apa? Ke nampak sangat aku macam lupa nama dia tadi? Aisehh..
“So, Miss Nadya... why don’t u want me?” Tanya Firaz tanpa ada bengkang-bengkok mahupun signboard jalan sehala sampai terkejut si Aqilah dibuatnya.
YOU ARE READING
Saranghaeyo! 사랑해요
Teen Fiction"A Love hunter like me is not compatible with a love fighter like you."-Qila "Oh, yeah? We'll see, young lady. like you said just now, I'm a love fighter. and you know what? For me, a fighter never quit. I'll fight till the last breath i take."-Fira...