JYUU SHIICHI(17)

59 5 10
                                    

"Tok tok tok!". Kedengaran pintu biliknya diketuk.

"Mirza! Kamu ok ke?".

'Haihh...'. Kaori pergi membuka pintu.

"Mirza dah tenangkan hati. Mirza terima je. Lagipun otou sendiri yang terima kan? Mesti orang tu yang terbaik kalau otou yang terima". Kata Kaori padahal hatinya sedang kacau sekarang.

"Alhamdulillah... Baguslah kamu suka".

'Suka? Huh... Apa apalah otou-san ku sayang'.

"Otou keluar dululah ya". Kaori tersenyum dan mengangguk.

Tiba-tiba Encik Yamazaki bersuara lagi.

"Siap sedia, jangan makan banyak. Lusa Mirza akan bernikah!". Terkedu Kaori dibuatnya.

"Hah? Lusa?! Pengsan sekejap lah". Kaori menghempaskan badannya ke atas katil yang tak berapa nak empuk.

Dua hari kemudian....

"Aku terima nikahnya Mirza Kaori binti Yamazaki.......". Sekali lafaz Kaori telah menjadi hak milik suaminya.

'Suara ni... Dia ke? Takkanlah..'.  Dia mengangkat kepalanya mencari Ryuki. Dilihatnya Ryuki sedang bersandar di dinding dan bukannya sedang menyalam tok kadi.

'Eh? Bukan Ryuki?'. Jantung Kaori berdegup kencang. Suaminya Khair mendekatinya. Dia duduk melutut di depan Kaori. Badan Kaori menggigil.

"Hei". Kata Khair sambil mengangkat muka Kaori.

"Kau dah berjaya lupakan aku?". Tanyanya.

Kaori tergamam saat terlihatkan wajah itu.

"K...ka.. Kaoru-kun..". Terketar suara Kaori.

"Tak.. Nama aku Khair... Khair Kaoru". Katanya sambil tersenyum ke arah Kaori.

Air mata Kaori jatuh juga akhirnya.

'Ya Allah... Keajaiban apakah ini?'.

"Eh, janganlah nangis. Walaupun kau comel time menangis". Kaoru mengusap air mata Kaori.

Yang lain masih menunggu sesi pembatalan air sembahyang.

'Alamak? Tak kan aku nak cium dia depan orang'. Fikir Kaoru.

"Ehem ehem.. Err.. Kaori". Panggilnya. Lalu Kaori mengangkat mukanya sekali lagi. Kaoru menghulurkan tangannya untuk memegang muka Kaori dengan perlahan. Kaori menutup matanya. Tiba-tiba...

"Ouch!". Kaori terjerit kecil. Rupanya Kaoru mencubit pipinya. Habis memerah muka Kaori.

"Kau ingat aku nak cium kau?". Usik Kaoru. Yang lain tergamam melihat perbuatan Kaoru kemudian ketawa.

'Eee.. Dia ni sempat lagi'. Marah Kaori di dalam hatinya. Kaoru tersenyum melihat riak muka Kaori yang sudah merah padam itu. Majlis berjalan seperti biasa dan berakhir dengan lancar. Kaoru membawa Kaori ke tepi sungai di mana berlakunya banyak memori mereka bersama.

"Aku rindu kau". Katanya kepada Kaori. Kaori masih berdiam diri.

"Kau marah aku ke?". Tanyanya sambil menggenggam tangan Kaori.

"Sekarang bolehlah aku pegang tangan kau macam ni kan?".

Kaori memandang muka Kaoru dengan muka tak percaya sebelum menarik tangannya kembali.

"Kenapa? Kau tak percaya lagi ke?".

"Awak pergi mana selama ni? Awak dah betul-betul sihat ke? Awak tahu tak saya dah nak gila tinggal kat sini tanpa awak? Awak tahu tak...". Belum sempat Kaori menembak lagi Kaoru memeluknya erat.

"Aku... Aku ada dekat dengan kau selama ni. Macam mana aku nak tinggalkan kau kalau kau masih lemah?. Aku dapat hidup semula selepas aku kenal Islam. Lepastu terus aku cari kau". Kaori tergamam.

"Lukisan kau masih cantik. Aku selalu cemburu tengok kau lukis gambar lelaki lain". Kaori mengerutkan dahinya.

"Kenapa? Pelik? Kalau kau nak tahu aku salah seorang lecturer dekat u kau". Kaori terkedu.

"Lepas aku dah jumpa kau aku selalu lindungi kau dari lelaki-lelaki lain. Kau makin comel dan aku takut kau akan jadi milik orang lain. Jadi aku minta tolong Ryuki. Sebab kalau aku sendiri yang datang aku tahu kau mungkin tak nak terima aku". Dia merenggangkan pelukan.

"Sekarang aku dah dapat kau dan aku tak akan lepaskan kau". Kaoru memandang mata Kaori.

"Aku cintakan kau".

Mengalir air mata Kaori. Kaori mengangguk laju dan berkata.

"Saya pun". Mereka tersenyum bersama.

"Kau ni cengenglah. Asyik nangis je. Jangan nangis depan lelaki lain tau. Aku je boleh tengok muka kau macam ni". Arah Kaoru. Kaori mengangguk.

'Haih.. Kaoru tetap sama'. Fikir Kaori.

Lalu bermulalah hidup mereka sebagai suami isteri yang sah.

THE END.

Pandang Aku Boleh?Where stories live. Discover now