Chapter 3 Tiga Musuh

4.1K 292 26
                                    

Letupan yang besar berjaya menarik perhatian pekerja di situ,kesemuanya keluar melihat ke arah sisa kontena yang meletup. Sedang mereka melihat keadaan dalam kontena itu,Luqman dan Aminudden berjaya memasuki gudang,Ikhwan menyedari perkara tersebut dan meletupkan satu lagi buah kontena yang besar. Aminudden menoleh ke belakang dan menghentikan langkah,sebaik sahaja mendengar bunyi letupan kali kedua.

"Betul-betul attractive pak cik kite ni..." ujar Aminudden mengekori abangnya semula. Sebaik sahaja mendapatkan abangnya,Aminudden menyapa bahu Luqman dan abangnya menunjalkan kepalanya menunjukkan sesuatu di hadapan mereka.

Sebuah kapsul gergasi berdiri tegak,mereka mengamati kandungan dalam dan menyedari dari bentuk susuk menunjukkan adalah manusia. Adik beradik itu memandang satu sama lain,dan memikirkan cara untuk membawa keluar orang yang berada di dalam kapsul gergasi itu.

"APA YANG BERLAKU NI??!!" satu suara kedengaran menjerit seakan melepaskan kemarahan,Luqman dan Aminudden menyorok serta menjengah sedikit. Ada tiga orang lelaki sedang berbincang,daripada air muka mereka ternyata sedang marah.

"Bagaimana boleh ada gangguan?" Ujar salah seorang,memakai skarf di leher berwarna merah.

"Aku tak pasti,tapi penyerang bukan calang-calang orang.." balas rakannya mengenakan cermin mata merah darah ikan,sambil menoleh ke arah seorang lagi rakannya.

"Kita kena beredar dari sini,bahaya jika penguatkuasa negara ni tahu..." ujar seorang lagi lelaki,memakai hud berwarna putih perak.

"Alamak bang,macam mana ni?" Aminudden risau,begitu juga Luqman

"Luqman,Aminudden tunduk...."

"Huh? Wahhhh!!!" Mereka berdua terkejut,apabila satu tembakan meriam laser menembusi dinding. Tiga lelaki itu serentak mengelak,Luqman menoleh ke arah lubang dinding,dan Ikhwan melangkah masuk.

"Apasal lama sangat korang berdua ni?" Ujar Ikhwan dan menyedari tiga orang lelaki berdiri tidak jauh di hadapannya,Luqman dan Aminudden berlari dan berhenti di tepi kiri serta kanan Ikhwan.

"Nampaknya ada gangguan daripada istana..." ujar salah satu orang lelaki itu,bercermin mata. Ikhwan hanya berdiam diri,begitu jua anak saudaranya menunggu arahannya.

"Lihat siapa yang datang? Putera negara Mentari..." ujar lelaki memakai skarf,manakala lelaki yang mengenakan pakaian berhud sekadar mendiamkan diri sahaja. Namun dia dan Ikhwan berbalas renungan,Ikhwan merasakan daya tenaga yang daripadanya.

"Boleh buat plan jahat tempat lain tak? Aku malaslah nak pukul orang..." ujar Ikhwan bersahaja sambil melirik matanya,ke arah kapsul yang berada di sebelahnya.

"Kalau begitu,ada baiknya tuan putera sekalian pusingkan badan dan beredar dari tempat ni..." ujar lelaki memakai cermin mata itu pula,Ikhwan hanya mendesah.

"Button brothers,don't make me..." ujar Ikhwan sambil kedua-dua tangannya menyala api yang marak.

"Button brothers?" Luqman terkejut apabila mengetahui bapa saudaranya,mengenali tiga orang lelaki itu.

"Kalau tak silap mereka bertiga ni adalah..." Aminudden cuba mengingat kembali,kemudian dia menyedari sesuatu.

"Mereka adalah penjenayah bersaudara,dan mereka dikategorikan sebagai jenayah kelas satu..." jelas Aminudden lagi,Luqman memandang ke arah bapa saudaranya kemudian ke arah adiknya.

"Yang berkaca mata tu Jeff Button,berselendang Dean Button dan dan yang berhud tu...Ren Button..." jelas Aminudden.

"Korang bertiga,sebelum aku bakar korang hidup-hidup..beritahu aku siapa di dalam balang kapsul ni?" Ujar Ikhwan menuding jari yang ketika itu,tangannya masih lagi berapi. Button bersaudara memandang sesama mereka,kemudian Jeff sekadar senyum sinis.

"And if we refuse?" Sebaik sahaja selesai Jeff berkata,Ikhwan dengan pantas menyerang mereka bertiga. Button bersaudara mengelak namun,Dean selendangnya ditarik oleh Ikhwan dan satu penumbuk diselubungi api hinggap ke mukanya. Dean tercampak jauh dan perbuatan Ikhwan menaikkan kemarahan saudaranya yang lain.

"Marilah!" Ujar Ikhwan

"Err...kita ni nak buat apa sekarang ni?" Soal Aminudden pada Luqman.

"Kau tanya aku? Hmm...kejap bagi aku fikir kejap...." Luqman mencari buah fikiran,Aminudden pula melihat bapa saudaranya sedang bertempur dengan dua penjenayah bersaudara.Ikhwan pula kelihatan diasak hebat oleh Jeff dan Ren,Ikhwan mengatur nafas dan melakukan tekanan menyebabkan mereka berdua tercampak ke belakang.

"Dragon flame arts style..." Ikhwan menumpukan api tangan kirinya,Jeff dan Ren mengatur langkah bersedia. Jeff terkejut akan sesuatu,namun dia dah terlambat apabila Ikhwan sudah meluru ke arahnya.

"Elbow Thrust!" Serangan padu tepat ke dadanya,Jeff terpelanting ke belakang dan Ren tercengang kerana dia tidak dapat melihat gerakan Ikhwan. Kemudian Ikhwan menoleh ke arahnya,mereka berbalas pandangan.

"Turn kau pula..."

CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™Where stories live. Discover now