DI DAPUR, cepat-2 Najihah menyiapkan bubur untuk abangnya. Nampaknya kesemua lauk pauk yg dia masak harini terpaksalah simpan dahulu.
"Aum! Mesti sedap ni." Najihah tersenyum.
Najihah meletakkan bubur tadi di atas dulang. Disiapkan juga sekali dengan minuman kegemaran abangnya, cappuccino latte hot milk shake. Najihah membawa dulang tersebut ke bilik abangnya.
Tok, tok, tok..
"Along, adik masuk ni" Tanpa menunggu apa-2 jawapan, dipulasnya tombol pintu dan terus masuk.
Ketika itu Nadzhan sudah pun terbaring di atas kerusi panjangnya. Pucat wajahnya. Najihah perlahan- lahan mendekati abangnya lalu dikejutnya.
"Along, bangun long. Adik bawak bubur untuk along ni. Panas lagi. Sekali dengan along punya favourite drink."
Nadzhan tersedar. Lalu tersenyum. "Thanks sayang"
Najihah menghulurkan dulang tersebut. "Along makan eh. Adik nak kemaskan bilik dulu. Dah tongkang pecah dah. Kalah kapal Titanic"
Najihah bangun, lalu mengutip kesemua barang yg bersepah. Selepas itu, ditukar cadar katil abangnya yg dah basah kuyup. Nadzhan hanya menjadi pemerhati. Bubur yg dimasak oleh adiknya hanya dipandang sepi. Entah kenapa hatinya berasa mahu Najihah suapkan. 'Tak mengapa, aku akan tunggu sampai adik siap kemas'
__________________________
SELESAI sahaja merawat pesakitnya, Dr Nafidz mengeluarkan telefonnya."Dah makan ke belum, budak berdua tu agaknya" Dia terus mendail anak bongsunya. Lama ditalian, akhirnya diangkat.
"Hello papa."
"Sayang dah makan? Along dah makan ke?"
"Along dah makan adik aje belum. Tapi adik dah masak. Kejap adik makanla."
"Oh, masak apa?"
"Resepi campak-2 adik je la. Itu je adik tahu masak."
Terburai ketawa Dr Nafidz mendengarkan kata-2 dari anaknya. Dia tahu, walaupun namanya sahaja 'resepi campak' tetapi hakikatnya rasanya memang gempak.
"Ok. Nanti simpanla lebih sikit untuk papa dengan ibu. Dah lama tak makan masakan adik."
"Haha. Ok pa, don't worry."
"Oklah. Papa nak pergi lunch date dulu. Lapar sangat dah ni."
"Lunch date? Ok-2, pergila. Nanti kirim salam kat girlfriend papa yg tersayang tu ye. Cakap kat dia i love u n i miss u. Ok? Bye"
"Haha yelah.Bye"
Dr Nafidz tersenyum. Ada satu mesej masuk. Nama tertera di skrin, Sayang My Girlfriend. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Puan Naura.
'Awak, saya tunggu awak kat tempat biasa tau. Jangan lambat pula ya'
Dr Nafidz membalas. 'Ok. I'm on my way'
Dr Nafidz menyambar kunci keretanya dan bergegas ke tempat lunch datenya.
__________________________
KALAU sudah sampai waktu makan tengahari, sudah semestinya akan sesak. Nasib baik Puan Naura sudah menempah tempat awal-2. The Imi's adalah sebuah restoran kegemaran bagi Puan Naura dan Dr Nafidz. Sesampai sahaja restoran, Puan Naura ke kaunter dan meminta pelayan tersebut tunjukkan mejanya.Dari jauh dia dapat agak susuk tubuh yg sedang menunggu sudah pasntinya gerangan suaminya.
"Assalamulaikum"
YOU ARE READING
BFF To The Sis-in-law
Novela JuvenilAdila,Najihah.Najihah, Adila..Bagai isi dan kuku, hubungan yg terlalu erat membuatkan ramai orang cemburu..Berkawan sejak kecil dan sentiasa menghabiskan masa bersama..Menerima diri mereka seadanya walaupun mempunyai kekurangan masing-masing.. Masa...