Warni warni Burano dan Murano

133 3 0
                                    

Vaporetto berhenti di stesyen Burano. Andrew menjelaskan tiada apa yang menarik untuk dibuat. Hanya benda menarik untuk dilihat.  Burano terkenal dengan binaan berwarna warni. Setiap pemilik bangunan harus meminta izin daripada pihak berkuasa jika mereka mahu mengecat bangunan mereka. Ya. Bangunan itu kau punya. Tapi kau harus meminta izin pihak berkuasa untuk mengecat bangunan kepunyaan kau. Relevan disebaliknya adalah supaya pulau ini mengekalkan keunikannya iaitu deretan bangunan yang berwarna warni. Warna-warna yang digunakan selalunya warna yang terang dan kontra. Di pusat pulau ini terdapat sebuah terusan yang mengalir di tengahnya. Dua deret bangunan dipisahkan oleh terusan. Deret disebelah kiri dan kanan dicantumkan dengan sebuah jambatan kecil. Dan kedua deretan ini menghadap satu sama lain.

Kami cuma melihat-lihat dan mengambil gambar. Andrew si art major guy menyuruh Yuyu untuk memberikan pose-pose yang nampak seperti candid. Banyak bezanya teknik aku dan Andrew. Teknik dan skill photography ku boleh dikira picisan jika dibandingkan dengan Andrew. Aku cuma bisa mengambil gambar sesuatu objek dan fokus padanya. Gambar yang diambil Andrew memang taraf-taraf National Geographic. Dari segi angle, focus, penataan warna dan cahaya. Compact DSLR yang basic tidak menghalangnya daripada mengambil gambar yang menuju kearah sempurna. Andrew bijak menggunakan camera trick dan blurred focus. Banyak istilah yang dia sebut yang aku tidak faham. Istilah teknikal yang dia gunakan membuatkan aku menerkamnya di dalam minda. Astaghfirullah. Ingat sikit Ain. Kau tu perempuan Islam melayu. Jaga maruah. Berlegar-legar ayat itu diminda ku. Minda yang membayangkan Andrew tidak berbaju. Memakai sehelai kain putih pendek yang hanya cukup cukup untuk membaluti punggung dan kemaluannya sambil membuat lukisan abstrak cat minyat di atas kanvas putih. Renungan kearah bangunan berwarna warni di hadapan aku hanyalah untuk mengelakkan aku daripada menitiskan air liur sambil melihat Andrew. Aku mudah tergoda dengan lelaki bijak. Tambahan pula dia berupa, aku rate 15/10 bintang untuk Andrew.

"I will email the two of you these photos. I don't have to try much. You two are naturally photogenic"

Kembang hidung aku dan Yuyu apabila art major guy bermata biru ini memuji kami. Dua jam kami habiskan mengambil gambar. Memang benar kata Andrew. Banyak untuk dilihat. Warna yang ceria dan terang memberi efek yang cantik di dalam gamabr. Apatah lagi kalau dilihat dengan mata kami sendiri.  Tanpa kami sedari, hari sudah berganjak ke petang. Kami harus ke pulau Murano pula.

*******

Masa terbuang menunggu vaporetto. Kami mendengus marah kerana waktu yang dijadualkan tidak ditepati. Namun masa yang ada kami gunakan untuk mengenali Andrew dengan lebih rapat. Yuyu tanpa segan silu bertanyakan soalan yang boleh dikira bernilai RM1,000,000 di dalam rancangan Who Want's To be A Millionaire.

"Are you single?"

"Just recently."

"Oh really. Why?"

Dalam saat-saat ini aku beruntung aku berkawan dengan Yuyu. Yuyu kurang satu perasaan ini. Perasaan yang kita panggil malu. Dia tiada sistem penapis. Dia akan cakap dan luahkan apa yang dia mahu dan apa yang dia suka. Kecuali dengan orang yang boleh dikirakan sebagai mak mak atau bapak bapak.

"We've been away from each other for awhile. Like almost 2 years. She is my high school sweetheart and she moved on with some dude in her university. I found out they had been together since I went to NYU 2 years back. It was just few month back I found out about her. It hurts because I have been completely loyal to her. 2 years being a complete fool for her."

Dia merenung ke kakinya. Menahan airmata. Air mata kecewa ditinggalkan dan dikhianati. Kalau tak suka kenapa harus tipu? Terus terang sahaja. Kesetiaan yang tiada balas. Lelaki mat saleh memang sangat sensitif dan tidak pernah takut untuk mengalirkan air mata. Tidak seperti lelaki Asia yang mengukur kemachoan dengan bilangan titisan air mata yang dijatuhkan. Lebih sedikit lebih macho. Aku dan Yuyu menepuk-nepuk belakangnya.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now