Bab 1

30 3 0
                                    

Aku merebahkan badanku diatas katil buat sementara waktu akibat kepenatan setelah mempelajari ilmu yang membuatkan otakku sedikit bergoncang dan bergegar kerana mengulangkaji pelajaran.Semester akhir tahun 2 akan berlangsung.Tidak sampai 2 minggu lagi akanku tempuhi peperiksaan tersebut.

Sudah pelbagai cabaran yang ku hadapi ketika berada di maktab ini.Acap kali boleh dikatakan ada-ada sahaja yang mengangguku.Nasiblah ada si dia iaitu cinta hatiku yang sudi mendengar luahan dan coretan hatiku yang kini meronta-ronta untuk meminta pertolongan pendapat antara aku dan dia.

Memang di maktab tidak ramai yang meminati akan karenahku yang sedikit dikatakan gedik.Tetapi,aku hanya mengendahkan sahaja tutur kata yang kurang baik apabila didengari oleh sebilangan pelajar di institusi tersebut.

*****
Sedang aku menikmati hidangan yang lazat dan lagi mengenakkan yang telah diorder oleh ku,aku merasa terdapat kelibat manusia yang sedang memerhatiku gerak geri tangan serta mulut yang mengunyah makanan dari jauh.Aku merasa tidak selesa.Tiba-tiba,dari jauh seorang lelaki datang.

"Assalammualaikum Wahai Bakal Isteriku."kata Zikri
lantasku menjawab salam yang diberikan"Waalaikumsalam Wahai Bakal Imamku"
"Comelnya bakal isteri saya makan nie,suapkan saya sedikit boleh?"Kata Zikri iaitu cinta hatiku.
"Alaa,sayang lapar nie.Jangan ganggu sayang mamam,nanti kang sayang mamam abang pulak baru tau"Kataku.
"Eleh,mamamlah abang.Abang sikit pun tak takutlah.Abang niekan SUPERHERO kat maktab nie.Abangkan gagah perkasa.Hahahaha."Gurau Zikri.
"Eeee,geramnya sayang dengan abang."kata Erika dengan nada yang perlahan.
"Huh?Apa dia sayang?Abang tak dengar tadi apa yang sayang cakap.Boleh ulang?"Kata kesayanganku.
"Takde apa-apalah.Werkk"Gurauku pada si dia.

Alahai,kalau begini tiap-tiap hari boleh gila dibuatnya.Sudahlah dia itu seorang pandai bergurau,memang hariku sentiasa akan dipenuhi oleh gurauannya.Alangkah indahnya.Haii,Zikri Zikri.

*****

POP

"Burung nielah,kalau nak berak pun janganlah atas aku.Ape?ingat aku nie lubang tandas ke huh?HAISH.Sabar jelah."Kataku.

Dari jauh,kuperhatikan terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang mentertawakan aku kerana terkena tembakan berak burung yang berkicauan diatas.Seraya aku membuka mulut.
"Apa gelak-gelak,ingat lawak ke?"Kataku kepada mereka.

Sudah menjadi kebiasaan aku diejek,dihina,dan dikhianati.Tetapi,aku hanya membiarkan sahaja kerana setiap perbuatan yang tidak baik pasti akan mendapat balasan daripada-Nya.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.


WILL BE CONTINUED
Coretan daripada pengarang: Sorry ya kalau terdapat bahasa yang kurang enak dibaca.I know my story mula-mula nampak macam story yang dah biasa.Later,i will publish my new part of this story.Bye bye.Muahhh ciked😘

Kisah Cintaku Akhirnya BernoktahWhere stories live. Discover now