"Weyyy,jom gi club nak?Malam nie ada parti besar siaa.Rugi oo kalau tak pegi."Ajak Lisa kepada Erika.
"Astaghfirullah al-azim,sudah2lah tu kau nak pegi club.Apa yang Best sangat pegi masuk tempat tu?Dosa wey.Ingat Allah.Apalah nak jadi dengan kau nie.Dunia akhir zaman sungguh."Celoteh Erika.
"Takpelah kalau kau taknak pegi,aku pegi dengan Zetty jelah.Bye you.Muahhh."Kata Lisa kepada Erika.
Ya Allah,apalah yang nak jadi dengan Lisa dan Zetty ini.Tidak habis-habis dengan CLUB CLUB CLUB.Ya Allah,Ya Tuhanku semoga kau kembalikan sahabat-sahabatku ke jalan yang benar dan dirahmati oleh-Mu,Ya Allah.Amin
Lisa dan Zetty merupakan sahabat karibku sejak dari semester 1.Bersama merekalah aku menempuhi segala suka dan duka selama berada di maktab ini.Kadang-kadang,mereka ini juga BAJET ALIM.Aku pun kurang memahami dengan karenah mereka.*****
GRINGG GRINGG GRINGG
*MY LOVE CALL*"Ini tak lain atau bukan mesti nak BERGAYUT sampai tengah pagi nie.Hehe"Kataku didalam hati sambil tertawa riang.
"Assalamualaikum Sayang"
"Wa'alaikumsalam Abang"
"Abang tengah buat ape tu?"
"Tengah OTP gan sayanglah"
"Ohh,HEHEHE.Abang dah mamam?"
"Dah sayang.Kenyang giler abang.Hahaha."
"Dah kenyang giler pulak tu.Hahahaha.Memang giler pun."
"Nak abang cubit sayang tak?Geram pulak abg.Eeee"
"Werkkk,ade sayang kesah?Hehehe"
"Ni abang dah solat?"
"Alhamdulillah sayang,abg dah solat."
"Abang sayang syg tak?"
"Sayang abang dekat sayang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.Hehehe"
Ini antara contoh-contoh soalan yang wajib ku tanya kepada Zikri iaitu cinta hatiku.Tidak pernah kurasa jemu antara aku dan dia ketika bersama.Beginilah rutin harianku ketika bergayut dengan si dia.Kalau boleh hendak dikatakan,sampai esok pagi pun tidak mengapa sekiranya bergayut dengan Zikri sahaja.
*****
Jam tepat menandakan pukul 5:50 pagi.Lantas ku kejutkan rakan sebilik denganku untuk menunaikan solat subuh.Cepat sungguh masa berlalu.Pejam celik,pejam celik hari ini sudah merupakan hari peperiksaan akhir bagi semester 2.Aku harus menjawab dengan baik bagi agar tidak mengecewakan mama dengan papa aku.
Aku tahu,sudah banyak mama dengan papa aku mengorbankan semua masa mereka selama ini dengan mencari rezeki untuk menyara keluarga.Jadi,aku harus membalas jasa mereka dengan memberikan mereka segulung ijazah yang ku terima.Lantas itu,aku teringatkan kata-kata mama...
"Kakak,mama tak minta apa-apa pun dari kakak.Mama cuma nak tengok akak berjaya dalam pelajaran dan hidup kakak.Mama nak anak mama yang sulung nie belajar betul2 biar sampai ke U dan dapat kerja yang baik.Ingat tau pesan mama.Yang paling penting,kalau nak berkawan dengan lelaki boleh,cuma jangan terlampau mementingkan sangat diorang dari mama,papa,dan Allah.Biarlah kakak kejar dulu impian dan cita2 akak.Lepastu,nak menggatai ke gatailah.Biar nak menggatai tu yang halal,barulah hidup akan diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T."
Ya Allah,rindunya aku dengan papa dan mamaku.Sudah berapa lama tidak kupulang ke halaman rumah yang sejak kecil aku menetap disana.Alangkah indahnya sekiranya aku dapat menziarahi mereka walaupun sekejap.
DDebaran kian terasa,kertas peperiksaan mula diedarkan.Ku mulakan dengan membaca ayat-ayat suci al-quran supaya mudah menjawab dan tenang.Aku menjawab satu persatu dengan tenang sambil memerahkan otak agar dapat menjawabnya.
Masa semakin berlalu,jam menunjukkan 12:30 tengahari.Dalam beberapa minit sahaja lagi,masa menjawab akan tamat.Alhamdulillah,ku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang dan lancar.Begitu juga dengan hari yang berikutnya,tenang sahaja aku menjawab kesemua paper yang aku ambil.
YOU ARE READING
Kisah Cintaku Akhirnya Bernoktah
RandomJanganlah menganggap perempuan itu untuk dipermainkan oleh kaum Adam.Perempuan sememangnya lemah lembut.Perempuan memang tabah.Perempuan seharusnya kena kuat menempuhi dugaan.