Ayden memecut kereta laju. Dia hilang arah tujuan. Bukan dia pandai sangat selok belok Kuala Lumpur, bandaraya yang pesat dan sesak.
Malam yang sepatutnya jadi malam yang indah untuk dikenang, musnah begitu sahaja. Sungguh dia tak faham. Sebulan mereka seolah olah pasangan kekasih yang berkongsi rasa yang sama tiba tiba malam ini lamarannya ditolak.
Andai Rania mahu waktu untuk berfikir, Ayden tak kisah. Ayden boleh beri sebanyak mana masa yang Rania perlukan. Seluruh waktu yang dia ada. Ini Rania tolak semahunya atas alasan yang langsung tak boleh dihadam Ayden. Kalau dari awal Rania bertegas tolak cintanya, dia akan belajar untuk terima. Ini Rania seolah olah mempermainkan hatinya.
Ayden hentikan kereta di hadapan deretan bar dan kelab. Anak anak muda dan pelancong pelbagai warna kulit sedang berpeleseran di situ. Menghabiskan masa bersama teman teman dan kekasih hati barangkali. Bunyi muzik kuat datang dari segenap sudut. Memang kawasan itu kelihatan 'hidup'. Tempat orang berhibur. Entah macam mana Ayden boleh sampai ke situ.
Mungkin Ayden perlu singgah di mana mana bar. Meneguk minuman beralkohol. Memabukkan diri agar dia boleh lupakan kekecewaan hati. Sama macam teman temannya. Setiap kali ada masalah, pasti minuman itu yang diteguk.
Berbeza dengan yang lain, Ayden sedikit alah dengan minuman tersebut. Sebab tu dia terlalu jarang menikmatinya. Dua, tiga tahun sekali pon payah. Kalau dia minum, cuma seteguk itu pon kesannya dia akan muntah sepanjang malam, kepalanya akan rasa macam nak pecah. Paling teruk dia akan demam panas berhari hari.
Tapi mungkin malam ni dia patut minum saja. Alang alang dia sudah nampak jahat di mata Rania, biar dia jahat sungguh! Lagi elok kalau dia dapat kelek sorang atau dua perempuan, biar keluar surat khabar muka depan. Biar. Kalau dia kecundang dengan demam teruk pon tak apa. Dia memang tak ada sebarang aktiviti beberapa hari ni. Nak keluar dengan Rania, orang dah tak sudi.
Ayden sembam mukanya pada steering kenderaan. Mata dipejam sebentar.
Gedebukkk!!
Terangkat kepala Ayden. Bunyi apa pulak? Ayden nampak seorang lelaki menendang tayar keretanya. Calar sportrim kang jenuh dia nak berjawap dengan Karl! Lelaki itu kemudian menjerit jerit dalam bahasa yang tidak difahami Ayden sambil menunjuk isyarat lucah. Ayden garu kepala. Lelaki lewat 40an itu kemudian beredar dalam keadaan marah marah dan terhuyung hayang. Sah mabuk!
Ayden tukar gear dan turunkan handbrake. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan yang makin meriah itu. Ayden tukar plan. Dia cancel plan 'mabuk mabuk kelek perempuan dia'. Tak ada faedah! Makin dia teruk di mata Rania ada la.
Kereta Ayden berhenti pulak di hadapan sebuah binaan berkubah dan bermenara. Ayden pasti, ini masjid. Tempat umat Islam beribadat. Kawasan itu sunyi dan lengang tanpa penghuni. Kemudian kelihatan seorang lelaki berjubah putih bersih melangkah memasuki kawasan masjid.
Ayden matikan enjin dan segera turun mengekor langkah lelaki itu yang sudah memasuki ruang dalam masjid. Ayden mengintai lelaki itu dari muka pintu. Lelaki itu sedang duduk bersila dengan sebuah buku tebal ditangannya. Kesunyian malam dipecahkan dengan suara lelaki itu sedang mengalun sesuatu dengan irama yang cukup indah.
Sajakkah? Atau syair? Berlagu cukup indah di pendengaran Ayden. Ayden pejamkan mata dan menghayati alunan itu. Ayden dapat rasakan hatinya yang serabut kembali tenang. Alunan itu ibarat titisan hujan yang pertama setelah kemarau panjang. Damai.
Alunan yang terhenti memanggil Ayden untuk kembali membuka matanya. Anehnya lelaki itu sudah tiada di depannya! Ayden keseorangan di situ. Ayden menjenguk jenguk namun bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan. Ayden mula meremang. Siapa lelaki itu? Bagaimana dia boleh ghaib tiba tiba dalam tempoh beberapa saat?
Bahu Ayden ditepuk perlahan. Laju Ayden berpaling. "Assalamualaikum." muncul pulak di hadapan Ayden lelaki lewat 30an hanya bertshirt kolar dan berjeans hitam. Tangan yang dihulurnya disambut Ayden yang masih kebingungan.
"I.. I don't understand." Ayden berterus terang. Lelaki itu tersenyum cuma. "You're Kim Ayden, right?" dia menyoal pula. Ayden cuma mengangguk.
"May peace be upon you, that's what it means." Lelaki itu menerangkan. Barulah Ayden faham, "May peace be upon you too." Ayden kemudian membalas sambil tersenyum.
"What are you doing here? Why didn't you go inside?" Lelaki itu menyoal. Pelik barangkali melihat Ayden berdiri tegak di muka pintu. "Err.. I'm not a Muslim." kalau lelaki itu kenal Ayden, pasti lelaki itu tahu Ayden bukan penganut agama Islam. "Mosque is not just for a Muslim. Anyone can enter it. You'll always welcome." Lelaki itu tersenyum lagi. Wajahnya kelihatan tenang. Bahu Ayden ditepuk lembut sebelum lelaki itu beredar meninggalkan Ayden.
"Err waittt.." Lelaki itu kembali berpaling ke arah Ayden. Ayden masih ragu ragu. Kalau dia ceritakan kejadian tadi, percayakah lelaki itu? Atau dia akan gelakkan Ayden dan cakap Ayden mengarut? Namun Ayden tetap nak cerita, "err.. just now.. I.. I.. I saw someone. He entered here, he sat and reciting something from that thick book but few seconds later, he.. he disappeared."
"There's nothing to be surprised. We're not living this life on our own. There's other 'living things' too. Scared of nothing else but God, you're good to go. One day, we will leave this world to the eternity place. Do good, you'll be good. Maybe God try to communicate with you through 'him'." Lelaki itu tersenyum lagi sebelum berpaling mengadap ke satu arah.
Ayden nampak lelaki itu berdiri tegak. Kedengaran suaranya mengalun sesuatu. Bunyinya seakan sama seperti 'lelaki' tadi tapi kurang jelas di telinga Ayden. Lelaki itu kemudian membongkok dan kembali berdiri tegak sebelum turun bersujud. Setiap perbuatannya disulami alunan alunan merdu yang menampar telinga Ayden.
Ayden kembali ke keretanya dengan perasaan aneh dan ingin tahu yang membuak buak.
Petunjuk apakah ini?
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...