Prolog

260 3 0
                                    

"Liana,maafkan i,i tak bermaksud nak..."

"Stop it Ammar!"Cecair jernih mula terbit dikelopak mata Liana atau nama penuhnya Liana Aryani anak kepada Dato' Akmal pemilik Aryani Holdings Sdn. bhd.

"Sayang,please...i can explain semuanya...perempuan itu bukanlah seperti yang awak sangkakan,kami cuma kawan...Tak lebih daripada tu,u trust me...tadi yang u nampak tu...tak sengaja...bukan i yang mulakan,tetapi dia!"Ayat buku teks yang direka-reka cukup membuatkan Liana jengkel dengan lelaki yang bernama Ammar itu.

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!". Gumamnya sendirian.

"Sudah!Sekarang semuanya sudah jelas Ammar,tak ada apa untuk u jelaskan pada i lagi,pergilah kepada 'kawan' perempuan awak tu..."ucap Liana lalu meninggalkan Ammar bersendirian disitu.

Beberapa jam yang lepas...

"Tok,tok,tok"

Liana tersedar daripada tidurnya apabila terdengar ketukan pintu bilinya.

"Liana...Liana dah bangun sayang?"ucap Datin Effa isteri kepada Dato' Akmal.Seorang yang sangat patuh kepada suami dan seorang ibu yang penyayang dan tidak pernah mengeluh memberi anak-anaknya kasih sayang.

"Ya ma...Liana dah bangun ni"katanya sambil bangkit daripada katilnya dan segera mengambil tuala lalu ke tandas.

Usai daripada membersihkan dirinya,Liana ke dapur untuk bersarapan.

"Amboi,cantiknya anak papa pagi ni,nak pergi ke mana?" Tanya Dato' Akmal.

"Ke mana lagi bang,kalau bukan nak jumpa kekasih hatinya itu lah,bakal menantu abang yang seorang tu"perli Datin Effa.

"Pa...Ma...mana anak kesayangan mama dengan papa tu?matahari dah tegak atas kepala pun tak bangun tidur lagi ke?"ujar Liana.

Datin Effa dan Dato' Akmal memandang Liana sambil ketawa,"adik kamu tu pagi-pagi lagi sudah keluar,jumpa kawan katanya,kamu tu bila lagi nak bawa si Ammar tu jumpa mama dan papa?Tak sabar dah kami ni nak timang cucu..."

Seakan-akan bau hanyir disitu dan tidak mahu terus menerus diasak dengan soalan yang menjengkelkan lantas Liana berkata "papa,mama,Liana pergi dulu ya...Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam,mulalah tu nak larikan diri daripada kami".Namun Liana tidak menghiraukan kedua orang tuanya yang sering mengasaknya dengan soalan killer berkaitan hubungan dia dan Ammar.

Langkah Liana terhenti apabila tersentak dengan aksi manja dan romantik dua orang makhluk yang sangat dikenalinya yang berada di hadapan matanya.

"Ammar..."Liana bagaikan dipanah petir.Terkejut dengan apa yang dilihatnya.Kakinya bagaikan di gam dengan gam uhu dan hatinya bagai dihiris dengan pisau.Sungguh sakit!Cecair jernih yang ingin jatuh ke pipinya ditahan.

Liana lari sekuat hatinya.Dia tidak mampu lagi untuk melihat semua itu.Sungguh sakit!Tiba-tiba tangannya direntap dengan kuat.

"Wait,sayang u nak pergi mana,i dah lama tunggu u"ujar Ammar.

Sambil menyeka airmatanya Liana berkata"maaf ganggu u dan kekasih u sedang dating.Lepaskan tangan i."

"No Liana,tu salah faham...i dengan dia tak ada apa-apa...kami just kawan"ujar Ammar dengan suara yang separuh merayu agar kekasihnya itu percaya padanya.

Liana tersenyum sinis kepada Ammar "kawan konon,depan mata i,u peluk dia Ammar! Itu tak cukup jelas ke? Now we're nothing, u dah khianati cinta kita selama 4 tahun ni! Selama 4 tahun ni juga u banyak selingkuh dengan i Ammar! I dah serik dengan janji u,dengan maaf daripada u setiap kali u selingkuh dengan i! So, i taknak ada apa hubungan u dah Ammar Rizki Bin Dato' Hazim atau mana-mana lelaki lain! I serik!".

Tanpa mereka sedari,sepasang mata yang sedang memerhati mereka sejak tadi melemparkan senyuman yang mempunyai seribu makna. "This is Arisha Aryani anak Dato' Akmal sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan cinta aku walau dengan cara menyakiti hati darah dagingku sendiri!Ha ha ha!" Ketawanya tidak ubah seperti ahli sihir yang kenyang apabila dapat minum darah daripada manusia!

Pintu rumah dihempas dengan kasar sehingga mengejutkan Datin Effa dan Dato' Akmal. Lian terus berlari ke biliknya dan sekali lagi pintu menjadi mangsa,dihempas dengan begitu kuat sekali!

"Liana anak mama,are you okey sayang?"

Namun tiada balas daripada anak sulungnya itu membuatkan dirinya resah."Abang,kenapa dengan anak awak itu,macam ada sesuatu yang berlaku saja"ujar Datin Effa kepada suaminya.

"Biasalah tu bergaduh,awak ni macam tak biasa pulak dengan anak kita seorang tu, esok lusa baiklah tu,biarkan aje"ujar Dato' Akmal tenang tanpa ada sebarang tanda-tanda resah di wajah suaminya itu.

Liana menangis semahu-mahunya! Perkara yang berlaku di taman sebentar tadi begitu mengejutkannya.Bagaikan dipanah petir apabila melihat adegan manja dua orang makhluk yang sangat dikenalinya dan dia tidak salah! Perempuan itu! Perempuan itu ialah adiknya sendiri,Arisha Aryani!

Arisha Aryani anak kedua daripada tiga orang adik beradiknya sangat hormat kepada sesiapa sahaja tetapi betapa teganya adiknya sendiri melakukan perkara begitu dengan kekasih kakaknya sendiri di hadapan mata Liana!

Lalu iPhonenya dicapai dan satu-satunya rakan karib Liana,Anis Farhana didailnya.

"Assalamualaikum Anis...aku tak kuat."lalu air matanya jatuh kembali menghangatkan pipinya yang putih kemerahan itu.

"Waalaikumussalam,Liana kau kenapa ni beb? Cakap dekat aku siapa yang buat kau menangis ni...Bagitahu!"bentak Anis kepada Liana.Sungguh pantang Anis Farhana apabila rakan karibnya menangis kerana baginya airmata perempuan sangat berharga dan tidak patuk disiakan begitu saja!

Lalu Liana menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Anis.

"Sampai hati Ammar buat begitu pada kau Liana,kalau aku lah...dari dulu aku undur diri beb". Ujar Anis.

"Arghhhhh!!!!! Aku kusut Anis! Aku kusut! Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan! Aku tidak menyangka bahawa dia ada wanita lain selain diri aku! Aku ditipu lagi!" Lalu panggilan dimatikan dan Liana Aryani menangis keseorangan dan tertidur dalam tangisannya.

Keesokan paginya...

"Morning papa,mama"ujar Liana perlahan dan tidak mahu sedikit pun bertentangan mata dengan adiknya Arisha atau lebih dikenali lagi perampas!

"Morning anak papa,Liana okey? Kalau ada masalah share dengan mama atau papa or Liana boleh cerita pada adik Liana, Arisha atau Andi?". Ujar papa tenang. Dato' Akmal sangat prihatin terhadap anak-anaknya dan tahu segala masalah anaknya dengan hanya memandang wajah anak beliau.

"Nothing ma...pa... Liana just penat. Sebenarnya ada sesuatu yang Liana nak bagitahu. Liana terima tawaran papa untuk sambung belajar di luar negara. Secepatnya Liana mahu pergi pa...". Kata Liana jujur.

Papa Akmal dan mama Effa sungguh teruja dengan berita itu. Sungguh tidak percaya kerana mereka tahu Liana merupakan anaknya yang paling malas belajar apatah lagi mahu sambung ke peringkat yang lebih tinggi.

"Alhamdulillah...akhirnya doa mama dan papa kabul...". Ujar kedua orang tuanya.

Liana hanya tersenyum kelat dan ya! Ada seseorang yang tersenyum kemenangan!







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteriku Singa,Suamiku Sotong!Where stories live. Discover now